Menginjak ke usia 38 tahun, penampilan artis bersuara lunak Siti Nordiana kini semakin anggun dan elegan.
Siti Nordiana atau nama komersilnya, Nana dilihat semakin bijak memilih fesyen yang sesuai untuk persembahan pentas.
Bermula dari pemilihan pereka fesyen sehinggalah kepada penata gaya.
Maka, terhasilnya ‘the new Siti Nordiana’ yang lebih segar dan berani!
Buktinya, penampilan Nana di pentas pertandingan All Stars Gegar Vaganza (GV10) sentiasa memukau! Pun begitu, walau berhijab Nana tetap tampil sopan, manis dan tidak berlebihan.
Rata-rata ramai yang memuji penampilannya setiap kali muncul di pentas berprestij itu.
Selain memilih busana yang sesuai dengan persembahannya yang mantap, penampilan menarik Nana turut terserlah dengan pemilihan warna yang ‘rare’ namun tetap ‘match’ dengan warna kulitnya yang sawo matang.
Selain ternanti-nanti persembahan hebat Nana, para peminatnya juga teruja untuk melihat fesyen yang bakal ditampilkan pada setiap minggu.
Begitu juga dengan sentuhan solekan yang lari dari kebiasaan. Nana tampak lebih berani dan tegas berbeza dari karakternya yang lemah lembut.
Ads
Malah, makin berseri-seri ibu anak satu ini dengan sentuhan makeup artist ternama tanahair.
Syabas buat glam team yang berjaya mencantikkan Nana pada setiap minggu. Buat Nana, semoga terus sukses!
Ads
Hijabista kongsikan lagi koleksi gambar cantik Siti Nordiana.
Ads
Kredit Foto: Instagram Siti Nordiana
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Gaga sering memakai cermin mata hitam, walaupun di dalam bangunan, pada waktu malam, dalam banyak temu bual dan juga dalam banyak swafoto atau bergambar dengan individu. Anda pasti terinspirasi dengan gayanya, bukan?
Lady Gaga adalah ratu fesyen avant-garde, yang sangat jelas melalui semua ensembel permaidani merahnya. Dengan pakaian avant-garde pastinya datang cermin mata hitam avant-garde, yang merupakan sesuatu yang anda kagumi gaya legenda ini. Gaga bukan sahaja seorang penyanyi dan pencipta lagu yang berbakat tetapi juga gemar bergaya melalui muziknya.
Mengimbas kembali beberapa tahun lalu, pilihan pemakaian kaca mata Lady Gaga sentiasa melampau dan mencuri perhatian ramai, namun berbeza dengan jenama terbaharu di pasaran ini.
KOMONO dengan bangganya mengumumkan kerjasamanya dengan penata gaya dan perunding fesyen Belgium Tom Eerebout. Bersama rakan kongsi kreatif Sandra Amador, kaca mata digayakan Lady Gaga tampak kelainannya.
Kerjasama itu terdiri daripada kapsul cermin mata pertama yang telah dilancarkan pada penghujung Mac 2022. Untuk usahasama pertamanya dalam pengayaan cermin mata, Tom menyaring estetika glamor di permaidani merah di dalam sepasang gaya bingkai yang menarik yang boleh dipakai oleh kedua-dua lelaki dan wanita. Diperbuat daripada bahan yang mampan, enam cermin mata hitam ini adalah kenyataan yang sesuai untuk menaik taraf setiap pakaian.
Inspirasi untuk koleksi ini datang daripada imej 1959 Buddy Holly dan Waylon Jennings yang diambil dalam gerai foto stesen Central New York. Bersama rakannya Sylvie Kreusch, Ogenn dan Charlotte De Waegenaere, Eerebout mencipta semula suasana spontan dan menggembirakan imej asal.
Kini boleh didapati
Vernacular Store, Time Zone Gallery Ampang, Time Zone IOI City Mall Putrajaya, Time Zone Sogo Kuala Lumpur www.thewatchlibrary.co, www.timezone.com.my, Lazada, Shopee dan Zalora.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Gadis ini antara yang bertuah mendapat Sugarscarf percuma dengan pembelian Hijabista edisi September lalu. Beliau kemudian berkongsi ‘OOTD’nya bersama-sama skarf tersebut maka Hijabista mahu ‘feature’kan beliau di sini.
Hijab: Jane Chiffon by Sugarscarf
Lilitan yang kemas, ringkas dan menutup dada adalah ciri yang tepat dalam berhijab. Hijabista jatuh hati!
Busana (top): Blaus Madelyn dari Fana Couture
Blaus ini di ‘tuck-in’ ke dalam skirt bgi ‘finishing’ yang rapi. Polos tanpa hiasan namun tetap menyerlah dalam pilihan warna ‘deep purple’ yang anggun.
Busana (bottom): Nylaa Skirt by CalaQisya
Skirt stail ini masih lagi ‘in-trend’ dan akan kekal klasik. Sesuai bagi mereka yang mahukan sedikit ‘volume’ dan hayunan ketika berjalan. Hijabista love, love love!
Aksesori: Tas tangan Sofina3 Signature Mini dari FashionValet.com dan sandal/’wedges’
Tas tangan bercetak ‘phyton prints’ adalah ‘uber chic’! Sesuai bagi hijabi yang berani dan ‘daring’. Sarungan sandal/’wedges’ hanya menambah lagi seri si hijabi. Gayakan sepatu tumit tinggi jika anda mahu ke majlis yang lebih formal.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Biasanya kita melihat penampilan YB Nurul Izzah yang cukup selesa mengenakan hijab bawal dengan lilitan begitu sinonim dengan dirinya. Malah Syawal lalu juga menyaksikan ramai di kalangan hijabi turut menggayakan hijab bawal ala ikatan Nurul Izzah. Apatah lagi turut ditunjukan tutorial ikatannya di youtube. Tetapi hari ini penampilan Nurul Izzah sedikit berbeza ketika menghadiri sidang Parlimen ke 14. Tiada hijab bawal sebaliknya selendang corak kekotak yang dililit ringkas. Cukup berbeza penampilan dan sudah semestinya mengundang pelbagai reaksi netizen.
Rata-rata follower beliau memuji stail hijab baru yang digayakan Ahli Parlimen Permatang Pauh ini.
Kebanyakan mereka teruja melihat gaya baru ini, tambahan pula tanpa mekap wajah polos Nurul Izzah tetap cantik untuk di pandang.
Macam-macam komen dilemparkan kepada beliau dan ada antaranya mengundang lucu yang menjadi perbualan di alam maya. Apa yang pasti meeka mahu Nurul Izzah kekal menggayakan tudung bawal yang cukup sinonim dengan dirinya.
YB Nurul Izzah nampak lain & cute pakai shawl
@imran_muhd91 YB @n_izzah nampak lain dgn style tudung cmtu ? selamat berjuang utk suara rakyat
Tidak kurang yang tawarkan khidmat mahu jadi perunding imej YB
@atc.izam@n_izzah YB..it is good ne.xt time you wear plain tudung instead of too many patterns..if possible,for formal event as well..,you cant go wrong with plain or minimal design/pattern..lemme give u personal consultation,the do and dont 🙂
Ini dapat dilihat apabila beliau muat turun status terbaru beserta tiga gambar yang menyaksikan beliau memberi ciuman kasih kepada ibunya, Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail ketika sama-sama berada di Parlimen atas tuntutan tanggung jawab dan amanah.
Dalam kapsyen diberi, Nurul Izzah meluahkan rasa gembiranya melihat ibunya juga berada di Parlimen.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana mereka berdua berada di Parlimen kerana kepercayaan yang diberi rakyat atas dasar demokrasi.
Ada juga netizen yang turut tumpang bangga dengan kejayaan dua anak beranak. Ramai terharu dengan semangat kedua-duanya yang tidak putus-putus berjuang sejak dulu bagi mendapat kedudukan seperti hari ini.
Hijabista ucapkan tahniah dan selamat bekerja demi negara, agama dan bangsa. Apa pun suka melihat gaya baru YB Nurul Izzah yang nampak lebih muda dan segar.
Ratu Rock negara, Ella terus mengorak langkah dalam bidang perniagaan dengan memilih bidang fesyen Muslimah.
Memiliki labelnya sendiri iaitu RockQueen yang ditubuhkan sejak tiga tahun...