Golongan Muda Pakai Gigi Palsu Untuk Lebih Konfiden! Kekal Positif Dengan 8 Cara Ini.

Share

Betul atau tidak gigi merupakan salah satu komponen di wajah yang kalau kita ada kekurangan bahagian tersebut pasti akan rasa sukar untuk berkomunikasi dengan orang. Pasti insecure atau asyik terfikir sama ada okay atau tidak rupa kita. Kebanyakan orang muda memakai gigi palsu disebabkan oleh beberapa faktor tertentu.

Malah ada yang berpendapat, kalau orang muda pasti mempunyai gigi yang sihat dan kuat. Jadi mereka tidak perlu memakai gigi palsu. Buat orang muda yang memakai gigi palsu pasti mempunyai tahap konfiden yang rendah kerana asalnya dia mengetahui dirinya itu hanya bergantung pada gigi palsu. Selain itu, ada juga yang terkena dengan gurauan tentang tiada gigi ini. Ianya dapat mengguris hati orang tersebut.

Artikel Berkaitan: Mahu Nampak Cantik, Wawa Zainal Tunaikan Hasrat Anak Pakai Gigi Palsu Di Usia 6 Tahun

Pasti jauh di sudut hati mereka akan merasakan perasaan sedih dan merasakan rendah diri. Jadi tak perlu risau kata-kata orang yang boleh menganggu mood seharian. Apa yang perlu anda lakukan untuk mengelakkan rasa sedih, stress atau perasaan negatif. Apa kata anda cuba tujuh tip untuk kekal positif:

1. Anda bukan berseorangan

Kebanyakan iklan gigi palsu banyak ditujukan kepada warga emas. Jadi ia akan membuatkan anda merasakan pelik apabila orang muda memakainya. Tahukah anda bahawa ramai juga individu dalam usia remaja seperti 20-an memakai gigi palsu kerana beberapa situasi yang berlaku seperti penyakit, kekurangan penjagaan pergigian, kemalangan dan sebagainya.

2. Buat keputusan yang tepat

 Buat orang muda, keputusan untuk mendapatkan gigi palsu pada usia muda sangat penting kerana ia akan mempengaruhi sepanjang hayat anda. Sesetengah orang pasti akan memilih gigi palsu atas sebab ianya memudahkan. Akan tetapi ia akan mendatangkan masalah jika tiada penjagaan yang betul.

3. Yakin dengan keputusan

Pastikan anda membuat keputusan dengan yakin. Jangan buat keputusan yang terburu-buru. Jika ada keraguan, anda boleh mendapatkan bantuan orang ramai. Anda juga boleh bertanya pada doktor gigi, keluarga, kawan rapat atau sesiapa yang sesuai memberikan pandangan.

A diverse group of friends sits on the grass with their hands wrapped around each other. They are looking at the camera and smiling.

4. Jangan kedekut

Kos rawatan gigi palsu yang berkualiti memerlukan sejumlah wang yang besar. Jadi, sebagai golongan muda, anda perlu berfikir tentang kebaikan masa akan datang kerana kebanyakan golongan muda mempunyai isu besar apabila melibatkan wang.

5. Practice makes perfect

Pemakaian gigi palsu juga akan mengambil masa sedikit untuk anda biasakan. Jadi, disarankan untuk luangkan masa berlatih menggunakan gigi palsu dengan kerap. Berlatih bercakap dengan orang yang anda selesa. Cara lain adalah bercakap sambil melihat cermin.

Artikel Berkaitan: Stres Punca Masalah Kesihatan Mulut & Gigi, Doktor Ini Nasihat Jika Hendak Sihat, Jaga Kesihatan Fizikal & Mental

6. Beri masa pada diri sendiri

Beri masa pada diri sendiri apabila anda sudah memakai gigi palsu kerana ada sesetengah orang susah untuk menyesuaikan dirinya memakai gigi palsu. Anda pasti boleh melakukannya.

7. Sayangi diri sendiri

Buang rasa ketakutan dan segala kata-kata negatif dari orang sekeliling. Sentiasa ingat bahawa memakai gigi palsu tidak akan mengubah sikap dan diri anda!

8. Senyum selalu

Bila dah pakai gigi palsu kan sudah melengkapkan kekurangan yang ada. Jadi senyumlah selalu. Senyum itu satu sedekah!

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

 

Published by
Nenaa M.