Pada asasnya, kita tidak boleh menentukan dengan khusus atau mengatakan seseorang itu mati syahid kecuali mereka yang telah dipersaksikan oleh Rasulullah S.A.W atau yang telah disepakati oleh umat atas kesyahidannya.
Hal ini kerana hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui hakikat seseorang itu sama ada syahid atau sebaliknya. Sebelum itu, perlu difahami bahawa syahid itu terbahagi kepada tiga jenis mengikut pandangan jumhur ulama’, iaitu seperti berikut:
Pertama: Syahid Dunia dan Akhirat
Iaitu orang-orang beriman yang ikhlas berjuang di jalan Allah untuk meninggikan syiar agama dan mengharapkan keredhaan Allah semata-mata serta mati di medan peperangan. Mereka tidak lagi berada dalam keadaan hayahmustaqirrah (masih hidup) sebelum berakhirnya peperangan dengan golongan musyrikin (Rujuk: Syarh al-Nawawi ‘ala Sahih Muslim, 2/164; Al-Iqna’, 1/414-415).
Dia dianggap syahid akhirat kerana di sisi Allah mereka mendapat pahala syahid dan dianggap sebagai syahid dunia kerana mereka tidak dimandikan, tidak dikafankan dan tidak disolatkan. Bahkan mereka ditanam secara terus bersama dengan darah dan pakaian mereka. (Rujuk: Syarh al-Nawawi ‘ala Sahih Muslim, 2/164; Al-Iqna’, 1/414). Hal ini berdasarkan hadis daripada Saidina Jabir R.A bahawasanya Nabi S.A.W bersabda:
Maksudnya: “Nabi SAW pernah menghimpunkan dua lelaki dari mereka yang telah dibunuh di (peperangan) Uhud seraya baginda bertanya kepada mereka siapakah antara mereka yang mempelajari lebih banyak Al-Qur’an? Dan ketika salah seorang dari mereka ditunjuk, baginda mengarahkannya agar diletakkannya di lahad (kubur) terlebih dahulu. Baginda bersabda “saya saksi ke atas mereka.” Maka baginda memerintahkan supaya mereka dikebumikan dengan darah mereka, tidak boleh disolatkan, dan mereka tidak boleh dimandikan”.
Ads
Riwayat al-Bukhari (1347)
Kedua: Syahid Dunia
Sesiapa yang meninggal dunia kerana berperang di jalan Allah tetapi dalam masa yang sama melakukan mawani’ al-syahadah (perkara yang menghalang daripada mendapatkan syahid) seperti berjuang di jalan Allah kerana inginkan ghanimah (harta rampasan) semata-mata, atau berjuang untuk dikatakan berani, atau untuk mendapatkan kedudukan di sisi manusia atau seumpamanya (dengan tujuan keduniaan), maka dia dianggap syahid dunia iaitu tidak disolatkan, dikafakankan dan dimandikan. Sementara itu dia tidak dianggap sebagai syahid akhirat iaitu tidak mendapat pahala syahid yang sempurna dan urusannya di akhirat adalah antara dia dengan Allah S.W.T. (Rujuk: Syarah al-Nawawi ‘ala Muslim, 2/164; Syarh Mukhtasar al-Kharqi, 72/14).
Ketiga: Syahid Akhirat
Adapun syahid akhirat ialah selain daripada golongan yang telah disebutkan di atas, iaitu sesiapa yang syahid bukan di medan peperangan akan tetapi disebutkan dalam hadis dengan istilah syahid. Contohnya seperti orang yang meninggal dunia kerana penyakit perut, taun, ditimpa runtuhan bangunan dan lain-lain sebagaimana yang disebutkan di dalam hadis sebagai syahid. Mereka dikurniakan dengan pahala dan ganjaran sebagai orang yang syahid di akhirat tetapi ganjarannya tidak sama dengan golongan yang pertama (syahid dunia dan akhirat). Adapun hukumnya di dunia adalah sama seperti kebiasaan orang yang meninggal dunia iaitu wajib dimandikan, dikafankan dan disolatkan. (Rujuk: Syarah al-Nawawi ‘ala Muslim, 2/164; Syarh Mukhtasar al-Kharqi, 72/14).
Maksudnya: “Dan barangsiapa berperang di jalan Allah, lalu gugur atau memperoleh kemenangan maka akan kami berikan pahala yang besar kepadanya.”
(Surah An-Nisa’: 74)
Daripada Miqdam bin Ma’dikarib, Sabda Rasulullah SAW:
للشهيد عند الله ست خصال: يُغفر له في أول دَفعة ويَرى مقعده من الجنة، ويجار من عذاب القبر، ويأمن من الفزع الأكبرِ، ويوضع على رأسه تاج الوقار؛ الياقوتة منها خير من الدنيا وما فيها، ويزوج اثنتين وسبعين زوجة من الحورِ العِين، ويشفّع في سبعين من أقاربه
Ads
Maksudnya: “Bagi orang yang mati syahid ada 6 keistimewaan iaitu: 1) Diampuni dosanya sejak mulai pertama darahnya meluncur keluar, 2) melihat tempatnya didalam syurga, 3) dilindungi dari azab kubur, 4) terjamin keamanannya dari malapetaka besar merasakan kemanisan iman, 5) dikahwinkan dengan bidadari, 6) diperkenankan memberikan syafa’at bagi 70 orang kerabatnya”.
Syarat-syarat untuk mendapatkan syahid
Telah dinukilkan daripada Imam al-Subki bahawa untuk mendapatkan ganjaran syahid, seseorang itu hendaklah menepati syarat-syarat berikut iaitu: sabar, ikhlas mengharapkan keredhaan Allah S.W.T semata-mata dan tidak melarikan diri daripada medan perang serta tidak melakukan mawani’ al-syahadah (perkara-perkara yang boleh menghalang daripada mendapatkan ganjaran syahid) seperti mengambil ghanimah (harta rampasan) perang orang lain, ada menanggung hutang manusia serta mencerobohi hak manusia yang lain. Antara contoh lain (yang menghalang daripada mendapatkan syahid) ialah seseorang yang mati dalam keadaan melakukan perbuatan maksiat contohnya orang yang memasuki sesebuah rumah untuk mencurinya lalu dia mati kerana ditimpa runtuhan rumah tersebut atau seorang wanita yang mati ketika melahirkan anak yang dikandung hasil daripada perzinaan. (Rujuk: Fatawa al-Subki fi Furu’ al-Syafie, 3/314-318).
Justeru, seseorang yang meninggal dunia dianggap syahid dan mendapat ganjaran syahid di sisi Allah S.W.T di akhirat kelak sekiranya dia menepati semua syarat-syarat yang disebutkan di atas. Adapun sekiranya dia melakukan salah satu daripada perkara yang dilarang tersebut, maka dia terhalang daripada mendapatkan ganjaran yang sempurna serta kelebihan yang dijanjikan oleh Allah S.W.T kepada orang yang syahid di akhirat kelak.
10 Golongan yang Mati Syahid
Terdapat hadis-hadis lain menyesebutkan golongan mati syahid, secara ringkasnya, menurusi portal Pejabat Mufti Wilayah simpulkan beberapa golongan yang diberi pahala syahid akhirat berdasarkan banyaknya hadis sahih yang menyebutkan sebab-sebab kesyahidan (tersebut) serta ia merupakan ciri-ciri yang masyhur dalam kalangan para ulama’, antaranya seperti berikut:
Orang yang mati kerana penyakit berjangkit.
Orang yang mati kerana penyakit perut.
Orang yang mati lemas.
Orang yang mati dihempap bangunan.
Orang yang mati kerana kebakaran.
Orang yang mati kerana dizalimi.
Orang yang mati kerana berkata benar dihadapan pemimpin yang zalim.
Orang yang mati dalam keadaan menuntut ilmu.
Wanita yang mati ketika bersalin.
Orang yang mati kerana mempertahankan agamanya, nyawanya, hartanya dan keluarganya. (Rujuk:Syarh al-Nawawi ‘ala Muslim, 13/62-63; Fath al-Bari, 6/51-52)
Sesungguhnya kita semua mengimpikan mati yang dicemburi umat lain, berdoalah agar diberikan kematian husnul khotimah dan syahid ke jalan yang diredhaiNya. Semuanya atas keredhaan dan ketentuan Allah s.w.t. Disamping itu masih belum terlambat untuk kita didik diri menjadi ummah yang berkualiti.
SUMBER: Mufti Wilayah Perseketuan
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Gemar melihat personaliti ini yang kelihatan cantik, ceria dan cukup positif dalam setiap gambar deserta posting yang dimuat turun dalam laman sosialnya. Wanita cantik ini sering dilihat memuatkan kata-kata nasihat kepada followernya yang semakin hari kian bertambah. Terbaru personaliti TV, Dato’ Nurulhidayah Ahmad Zahid memuat turun satu nota yang ditulis oleh arwah suaminya.
Nota bertajuk ‘Kelebihan Bersuami itu dikongsi olehnya untuk panduan kepada kaum isteri di luar sana. Walaupun arwah sudah tiada, tetapi beliau tetap mengingati segala pesanan yang dititipkan dan dijadikan panduan untuknya melayari bahtera perkahwinan yang baru dibina bersama suamnya kini.
Bukan sahaja untuk dirinya, bahkan buat wanita di luar sana yang sudah berkahwin dan mahukan hidup berkeluarga itu kekal hingga ke jannah.
Bismillahirahmanirahim. Satu perkongsian buat semua wanita. Kelebihan wanita yang bersuami. Nota ini diberikan kepada saya daripada arwah suami yang terdahulu. Sy ingin menyampaikan dan berkongsi nota ini agar arwah mendapat sedikit ganjaran dari kebaikan yg arwah tinggalkan. Sy ingin menjadi isteri yang terbaik untuk suami terakhir sy inshaa Allah. ?? Kelebihan bersuami. .
1) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.
2) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”
3) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.
4) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.
5) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.
6) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.
7) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)
8) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.
Dalam situasi pandemik COVID-19 yang masih lagi berleluasa di Malaysia dan serata dunia, semakin ramai rakyat yang terkesan dalam meneruskan kehidupan harian. Ada yang kehilangan ahli keluarga, ada yang kehilangan sumber pendapatan.
Dengan niat untuk membantu secara berpanjangan, initiatif #KitaBersama hari ini dilancarkan sebagai pemangkin untuk menggalakkan syarikat-syarikat barangan pengguna bekerjasama dalam membuat kebajikan. Initiatif inimerupakan gabungan antara syarikat Baba Products (M) Sdn. Bhd., Mamee Double Decker (M) Sdn. Bhd., Sime Darby Oils, dan Kumpulan Syarikat Etika, bersama dengan Food Aid Foundation (FAF), sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).
Sebagai permulaan, syarikat-syarikat tersebut telah pun berjaya membuat penghantaran pertama produk-produkBABA’S, MAMEE, ALIF, dan SUSU GOODDAY berjumlah melebihi RM90,000, pagi ini. FAF akan segera mengedarkan makanan dan minuman yang diterima kepada mereka yang memerlukan, terutamanya penduduk di dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sekitar Lembah Klang.
.
Pengurus Komunikasi dan Pemasaran Pengguna Baba Products (M) Sdn. Bhd, Farhan Hafetz berkata b initiatif #KitaBersama dimulakan dengan niat untuk menggalakkan syarikat- syarikat barangan pengguna untuk menghulurkan bantuan. “Kebanyakan syarikat sudahpun membuat aktiviti amal secara bersendirian, tetapi lebihbaik jika dibuat bersama-sama. Apabila kita semua bekerjasama, lebih ramai yang dapat dibantu secaraberterusan”
Penolong Pengarah Hal Ehwal Islam dan Pengurusan Kerajaan Mamee Double Decker (M) Sdn. Bhd, Ahmad Syukry Ibrahim mengalu-alukan inisiatif sebegini dan menyatakan bahawa gabungan bersama ini merupakan susulan dari program Mamee Prihatin yang ditubuhkan sejak tahun 2011. Manakala Pengurus Kanan Bahagian Jualan Pengguna Sime Darby Oils, Mohamad Rahimi Abdullah berkata “Sime Darby Oils berbesar hati untukmenyertai initiatif ini yang menggalakkan kerjasama ke arah kebaikan. Kami berharap ia dapat menjadi inspirasikepada syarikat-syarikat lain untuk turut serta menghulurkan bantuan terutamanya dalam keadaan sekarang”
“Sejak bermulanya pandemik, Etika Cares, sebuah program bantuan jangka panjang oleh Etika telahpunmelancarkan beberapa kempen untuk membantu komuniti yang terkesan. Menyertai initiatif berkumpulan sebeginiadalah salah satu cara untuk kami meluaskan lagi peluang membuat kebajikan”, kata Khalid Alvi, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat Etika Malaysia, Singapura, dan Brunei.
Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama diperkenalkan pada bulan Mac 2020, FAF telah mengedarkanlebih daripada 2 juta kg makanan kepada yang memerlukan. Walau bagaimanapun, sejak PKP 3.0, peningkatanpermintaan naik secara mendadak, khususnya dari komuniti B40. “Kami tidak mampu untuk memenuhi keperluanmasyarakat sepenuhnya. Oleh itu kami mengalukan-alukan sumbangan terutama daripada syarikat pengeluarmakanan agar kami dapat meningkatkan jumlah bantuan”, kata Rick Chee, pengasas FoodAidFoundation.org.
Semua syarikat pengeluar makanan dan minuman di Malaysia dijemput untuk bersama-sama menjayakan initiatif #KitaBersama.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Siapa tidak kenal dengan ibu kepada dua cahaya mata kembar sepasang, hasil perkahwinan Datin Paduka Eina Azman dengan cinta hatinya Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden.
Baru-baru ini pasangan merpati dua sejoli itu telah pun berangkat menunaikan umrah kali kedua ke tanah suci Mekah, bertujuan untuk menyempurnakan nazar sewaktu suaminya bertarung nyawa melawan jangkitan Covid-19 sekitar Ogos tahun lalu.
Ketika sedang melaksanakan ibadah itu, Eina sempat berkongsikan gambar dan video mereka di tanah suci untuk tatapan para peminat. Namun, ada sesuatu mengenai Eina dan kakaknya yang menjadi menjadi bualan netizen.
Fashion Spec Besar Eina Azman Dan Kakak Curi Tumpuan Netizen
Menerusi hantaran Eina di laman Instagram, memaparkan dia tidak hanya menunaikan umrah berdua bersama suami. Malah pasangan itu turut disertai oleh kakaknya dan juga sahabat Kaiser.
Namun, perkara yang menarik perhatian netizen pada hantaran itu adalah fesyen ‘spec mata besar’ yang digayakan kedua-dua adik beradik itu sewaktu menunaikan umrah.
Menurut netizen, fesyen kacamata Eina dan kakaknya seolah-olah memberi bayangan terdapatnya pertandingan kaca mata siapa yang ‘paling besar’ antara mereka berdua.
Bagaimanapun, meninjau keruangan komen pada hantaran itu, Hijabista mendapati, rata-rata netizen melontarkan pujian dan rasa syukur serta mendoakan perjalanan Eina dan suami agar memperoleh umrah yang mabrur.
Sekadar info, Datin Paduka Eina Azman menyempurnakan nazar mengerjakan umrah buat kali kedua dengan suaminya, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden sebagai tanda kesyukuran kerana diberikan nikmat kesihatan semula.
Terdahulu, pasangan itu disahkan positif Covid-19 pada 31 Ogos tahun lalu, iaitu pada hari ulang tahun ketujuh perkahwinan mereka.
Namun, siapa sangka ibu jelita kepada dua orang cahaya mata ini, juga pernah mengharungi fasa tidak yakin diri apabila berat badanya pernah mencecah...