Ada pelbagai cara yang dikongsi pengguna laman sosial bagaimana cara paling mudah untuk mendapat berat badan ideal. Lebih-lebih lagi menjelang Syawal, pastinya ramai yang memasang impian untuk memakai baju raya diidamkan. Ada yang menggunakan pil suplemen, suntikan dan juga cara serta petua tradisional.
Perkongsian wanita ini, Shienasan Abdullah di laman sosial facebook agak berlainan sedikit. Dia berkongsi petua menghilangkan berat badan menggunakan cara GM Diet yang boleh dilihat kesannya hanya dalam masa seminggu sahaja.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Dia menyarankan apa diet perlu diambil dari hari pertama hingga ke tujuh. Jika diamalkan secara konsisten, hasil ketara akan dapat dilihat dalam tempoh itu.
Assalamualaikum semua sahabat positif ina..mesti ramai yg sedang menunggu result penurunan berat badan ina selama 7 hari buat GM Diet kan maaf lewat sikit update sebab anak ina x berapa sihat..
Alhamdulillah berjaya juga ina habiskan misi 7 hari GM Diet dan dapat turunkn berat sebanyak 6.2kg
Ina hanya makan menu seperti yg di sarankn..sehari ina makan 3 kali..tidak ada tambahan Puasa Sunat atau IF atau OMAD atau yg selain nya..rasa lapar je boleh makan hingga kenyang..
perlu di ingatkn result penurunan berat setiap badan adalah berbeza..jika turun banyak tu rezeki..klau turun sikit jgn give up..teruskn saje diet seperti biasa hingga hari ke 7
okey bawah ni ina dah cuba translate kn info GM Diet dr bahasa indonesia ke bahasa kebangsaan kita..haa tgk tu gagah tau umi translate kn utk sahabat kesayangan semua lebih faham
APA ITU GM DIET??
GM DIET adalah :
General Motor Diet
Diet GM pertama kali dikandung khusus untuk pekerja di General Motors, Amerika Syarikat. Program diet 7 hari ini adalah bidang yang diuji oleh Pusat Penyelidikan John Hopkins dan hasilnya telah diluluskan oleh pengurusan atasan General Motors.
Program diet ini berjaya meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan pengurusan General Motors, sekali gus meningkatkan daya saing produk General Motors
Diet GM dirancang untuk menurunkan berat badan sekitar 5-8 Kg dengan aman dalam satu minggu. Diet GM juga bersifat detoksifikasi serta memperbaiki pola makan serta emosi.
Diet GM adalah program diet 7 hari penuh dengan pelbagai jenis makanan setiap hari. Semasa diet harus minum sekurang-kurangnya 10 gelas air setiap hari dan tidak minum alkohol semasa program diet
Diet GM dapat diulang sekali sebulan tanpa mengganggu keseimbangan gizi. Berat badan ideal maksimal anda adalah 22,5 x Tinggi Badan (M) x Tinggi Badan (M).
Bila tinggi badan anda 162cm, maka berat badan maksimum anda adalah 22,5 x 1,62 x 1,62 = 59 Kg.
Ibu menyusu yang berlebihan berat badan, penderita diabetes mellitus, penderita penyakit jantung, penderita penyakit lambung (gastritis) sangat di sarankn untuk melakukan diet ini..
Hari Pertama: Buah-buahan, kecuali pisang.
Pada hari pertama ia hanya dibenarkan makan buah-buahan. Apa-apa buah di benarkn kecuali pisang. Anda boleh makan sehingga anda kenyang. Ia disyorkan untuk mengambil lebih banyak tembikai dan buah rock melon.
Hari Kedua: Sayuran
Hari kedua hanya dibenarkan makan sayur-sayuran. Apa-apa yang mentah atau di masak. Boleh dimasak tumis, sup atau direbus. Membuat pecal juga boleh digunakan selagi jumlah kacang adalah terhad. Tiada had untuk jenis sayuran dan boleh makan hingga kenyang.
Hari ketiga : Sayuran dan buah buahan
Hari ketiga hanya dibenarkn makan sayur sayuran dan buah buahan sahaja kecuali buah pisang..tiada had pengambilan..boleh makan sehingga kenyang.
Hari keempat : Pisang dan susu rendah lemak
Pada hari keempat, hanya 8 biji buah pisang dimakan dan meminum 3 gelas susu rendah lemak. Tidak makan jenis makanan lain. Jika anda alah kepada susu lembu (intoleransi laktosa), anda boleh menggantikannya dengan susu soya. Jika anda tidak makan buah pisang boleh gantikn dengan buah jambu, buah kiwi atau tembikai.
Hari Kelima: Daging, Ikan dan tomato
Pada hari kelima, hanya dibenarkn makan Daging atau Ikan dan tomato
500 grm daging lembu dan 6 biji tomato adalah menu utama pada hari kelima. Daging Hamburger atau Meat Ball dibenarkan..Lebihkn minum air putih untuk membersihkan sistem pencernaan. Daging lembu boleh digantikan dengan ayam tanpa kulit atau tempe untuk vegetarian.
Jika anda tak makan buah tomato boleh gantikan dgn buah belimbing.
Hari keenam: Protein dan sayur sayuran
Pada hari ke enam hanya di benarkn memakan daging atau ikan dan sayur sayuran..tiada had pengambilan..boleh makan hingga kenyang.
Hari Ketujuh: Beras Merah, Jus buah, dan Sayuran
Di hari terakhir diet mulai kembali ke pola makan yang biasa dengan menu beras merah, jus buah serta sayuran.
Catatan Tambahan:
Resipi ini hanya dilakukan sebulan sekali. Perhatikan bagaimana anda tidak perlu menghabiskan banyak wang dan menjalani diet keras untuk mengekalkan berat badan yang sihat.
Diet GM boleh menjadi satu penyelesaian bagi mereka yang memerlukan diet dengan penurunan berat badan yang cepat tanpa perlu risau tentang kelaparan atau kebosanan kerana diet yang membosankan.
Diet GM ternyata berjaya mengurangkan tahap gula dalam darah pada orang yang menghidap diabetes mellitus. Ibu menyusu yang beratnya melebihi berat badan ideal boleh mengikuti diet ini.
Anda boleh kongsikan info diet ni pada kenalan, teman teman, saudara mara untuk membantu mereka mendapatkn berat badan ideal dan tahap kesihatan yg lebih baik.