Bila sebut tentang pakaian, anda mesti tidak ketinggalan trend dan fesyen untuk tampil segak dan cantik ketika mengunjungi orang tersayang di kampung halaman.
Meskipun banyak jenama tempatan yang mengeluarkan rekaan baju raya yang cantik-cantik. Namun, Bayu Somerset menampilkan rekaan dan warna yang terbaik untuk koleksi raya mereka tahun ini.
Bayu Somerset ialah jenama pakaian Malaysia yang pakar dalam Baju Kurung dan Baju Kebaya. Pakaian mereka diperbuat daripada kain kapas dan terkenal dengan reka bentuk yang elegan dan selesa. Mereka bercadang untuk mengeluarkan rekaan baharu untuk Hari Raya 2023.
10 Koleksi Baharu Bayu Somerset!
Bayu Somerset melancarkan sepuluh koleksi baharu untuk Raya 2023. Antaranya ialah Elora, Floral, Tie Dye, Niaasom, Bungadanbintang, Merdu, Pop, dan Premium Bersulam. Terdapat artis tempatan yang terlibat dalam koleksi ini, termasuk Elfira Loy, Niaasom, Nadiah Halim, Nina Khalil, dan Ezlisa Loy.
Bayu Somerset diasaskan oleh Diana Kamalul, yang terkenal dengan karya kreatifnya. Dia telah bekerjasama dengan bakat tempatan Niaasom dan lain-lain untuk mencipta reka bentuk untuk produk mereka.
Koleksi Raya 2023 merupakan koleksi istimewa kerana ia hadir selepas dua tahun memulakan syarikat mereka. Tahun pertama jumlah jualan adalah 7 angka, tahun kedua sasaran adalah untuk menyampai jualan 8 angka.
Ads
Pemilik Diana Kamalul dan suaminya Emir Fauzi meninggalkan pekerjaan korporat mereka untuk memulakan syarikat, dan sangat berbangga dengan kejayaan mereka. Mereka mempunyai pelbagai pilihan corak pakaian untuk dipilih untuk Koleksi Raya 2023. Harga untuk koleksi sangat berpatutan.
Koleksi Raya 2023 Mengetengahkan Pencetakan Fabrik Yang Elegan
“Untuk koleksi raya 2023, kami kehadapan lebih kepada pencetakan fabric yang warna- warni, yang menampilkan garisan elegan. Kami teruja kerana ia juga merupakan koleksi ibu anak perempuan pertama dan kami lancarkan, kami mempunyai sejumlah 133 corak untuk dipilih”
“Pilihan yang luas ini diharapkan sesuai untuk pilihan semua orang dan harga kami sangat berpatutan” tambahnya lagi.
Ads
Nia adalah seorang wanita muda yang berbakat dan ceria. Bayu Somerset dan Nia bekerjasama mencipta palet warna unik untuk koleksi Baju Kebaya Raya 2023.
“Nia memang gemar melukis bunga, ilustrasinya memang sesuai dengan gaya baju kebaya yang kami hasilkan. Saya memang terharu dengan bakat melukisnya, saya seronok kolaborasi dengan Nia untuk mencipta koleksi Niaasom ini.
Saya memang berharap bekerjasama dengan bakat tempatan yang lain pada masa depan, jangan risau pasti banyak lagi koleksi baru akan datang!” ujar Diana.
Terdapat kedai pop-up Raya di AEON Shah Alam, Melawati Mall, SOGO KL, ISETAN KLCC, Sunway Putra Mall, dan Lazada X Riuh. Ia adalah tempat yang baik untuk membeli pakaian kerana anda boleh merasa kain dan melihat cetakan berwarna-warni.
Ads
Tahun ini, anda semua berpeluang untuk memakai busana dari Baju Somerset kerana Hijabista dan Baju Somerset akan bersama-sama menaja baju hijabi. Mesti semua rasa tak sabar nak memenangi kan? Caranya mudah sahaja, jawab soalan di bawah ini dan pastikan Hijabi menepati syarat-syarat penyertaan yang ditetapkan untuk berpeluang memenangi sepasang busana!
Sekadar info, Bayu Somerset yang ditubuhkan pada 2021, bermula dengan keinginan untuk menandakan wanita yang feminin dan bergaya. ‘Sejenis keselesaan baharu’ akan menjadi penanda aras mereka kerana matlamatnya adalah untuk berusaha untuk menjadikan fesyen terbaik yang paling selesa, corak bertekstur yang ringkas namun bergaya dan harga mampu milik.
Apabila bercakap tentang alat solekan, concealer antara yang mesti ada. Selain menutup cela, concealor turut membantu menutupi lingkaran hitam bawah mata. Concealer yang ringan dan lembuit membantu solekan agar tidak mudah merekah.
Namun adakalanya solekan nampak kurang cantik apabila adanya rekahan atau garis-garis halus di bahagian bawah mata.
Berikut beberapa cara mudah bagaimana untuk mengelakkan daripada ianya berlaku.
Melembabkan Bahagian Bawah Mata
Setiap hari pastikan kawasan bawah mata terhidrat dengan baik dengan menggunakan krim mata. Ia dapat membantu menegangkan kulit dan mengurangkan kemunculan garis-garis halus.
Sapu Primer
Sapukan primer yang direka khusus untuk kawasan bawah mata sebelum mengenakan solekan. Primer mencipta permukaan licin, menjadikan solekan tahan lebih lama serta mengurangkan rekahan.
Pilih Concealer Yang Tepat
Pilih concealer yang ringan dan lembut, diformulasikan untuk kawasan bawah mata. Concealer ringan lebih fleksibel dan kurang berkedut. Elakkan formula tebal dan matte yang boleh menghasilkan garis halus.
Lapisi Dengan Bedak
Lengkapi solekan dengan bedak. Adalah sangat penting untuk membuang lebihan concealer dan garis-garis halus sebelum menyapu bedak.
Sejak 2019, Soraya Larasati telah mengambil bahagian dalam acara maraton di pelbagai negara. Salah satunya ialah Tokyo Marathon.
Menurutnya, pemilihan tudung yang sesuai untuk larian amat penting bagi menyokong keselesaan.
Berikut adalah tips memilih tudung untuk bersukan menurut Soraya Larasati: –
Tudung Jenis Dry Fit
Elakkan memakai tudung biasa untuk bersukan. Menurutnya, untuk aktiviti bersukan atau berpeluh sebaiknya pakailah tudung jenis dry fit.
“Sekarang ada banyak pilihan tudung dry fit,” kata Soraya Larasati.
Dia menyatakan kini pelbagai jenama tempatan turut mengeluarkan tudung dry fit untuk sukan.
Mengapa anda memerlukan tudung dry fit?
“Tudung dry fit mempunyai teknologi untuk menyokong aktiviti sukan,” jelasnya.
Tudung dry fit juga mempunyai pori-pori dan bahannya mudah menyerap peluh.
Walaupun terkena peluh, material dry fit juga mudah kering, menjadikan ia selesa dipakai.
Itulah nasihat Soraya Larasati. Maka, pastikan anda sebagai hijabi memakai tudung dry fit untuk bersenam!
Semalam telah berlangsungnya satu anugerah berprestij iaitu Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL32) yang menyaksikan 12 penyanyi tanah air bertanding untuk merebut gelaran Juara Lagu. Hijabista sendiri akui para peserta yang terpilih ke pertandingan akhir hebat-hebat belaka dan saingan memang sengit.
Tahun ini menyaksikan lagu Jampi nyanyian Hael Husaini diangkat sebagai pemenang Anugerah Juara Lagu 32 (AJL32) yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil. Lagu Sejati nyanyian Azmi Caliph Busker berjaya mendapat tempat kedua manakala Tergantung Sepi nyanyian Haqiem Rusli berada di tempat ketiga.
Dengan tema Fesyen dan Muzik, AJL32 telah mendapat sambutan yang cukup meriah dihadiri barisan selebriti dan para tetamu yang cukup sporting. Bila tibanya anugerah, tentunya perkara yang paling ditunggu-tunggu adalah pakaian yang digayakan oleh selebriti. Inilah masa untuk melaram dan bergaya sakan di karpet merah.
Ayuh kita saksikan #OOTD 10 selebriti berhijab yang turut hadir memberi sokongan kepada para peserta pada Ahad lalu.