Menjadi personaliti berhijab yang mencipta nama dan berdiri setanding dengan dengan personaliti televisyen lain di negara yang bukan majoriti beragama Islam merupakan sesuatu pencapaian yang membanggakan.
Di tengah-tengah stigma masyarakat yang memperlekehkan hijab, Ginella Massa berdiri teguh dengan pendiriannya sebagai sebagai seorang hijabi. Pada tahun 2015 dia memulakan kerjayanya sebagai wartawan penyiaran untuk CTV news dan dipercayai sebagai wartawan berhijab pertama yang muncul di kaca televisyen mana-mana stesen penyiaran di bahagian Amerika Utara.
Setahun kemudian di CityNews Toronto, wanita anggun ini menjadi wanita muslim berhijab pertama yang mengemudi rancangan berita utama di Kanada. Dek kecemerlangan dan integriti yang dimiliki dalam menyampaikan berita, pada 2021 Ginella telah diberi kepercayaan untuk memiliki rancangannya sendiri dan disiarkan pada waktu arus perdana.
Rancangan yang diberi judul Canada Tonight yang bersiaran di CBS News itu merupakan sebuah program bual bicara yang mengetengahkan isu-isu semasa yang berlaku dalam kalangan penduduk Kanada.
BACA JUGA: Dahulu Berbaju Renang Di Pentas Ratu Cantik. Kini, Miss International 2017 Tampil Menawan Berhijab
Memetik temubualnya bersama North Shore News, Ginella menyatakan yang kepercayaan yang diberikan kepadanya umpama mimpi menjadi kenyataan. “Perkara ini adalah mimpi yang menjadi kenyataan untuk menjadi sebahagian daripada penyiar awam kebangsaan Kanada dan mempunyai platform nasional sendiri. Saya melihat berita sebagai kebaikan umum.
“Dan itulah yang menarik apabila berkerja denga organisasi yang merupakan penyiar awam, ia bukanlah mengenai keuntungan sepertimana penyiar swasta. Saya sangat menyedari hakikat bahawa kami dibiayai secara publik, jadi saya melihatnya sebagai satu tanggungjawab,” kongsinya.
Dalam rancangannya itu, Ginella membawa pelbagai isu dan juga menjemput koresponden daripada pelbagai latar kaum, agama dan budaya untuk menonjolkan kepelbagaian yang dimiliki lapisan masyarakat Kanada.
Terbaharu, dia dijemput untuk menyampaikan anugerah berprestij di Anugerah Canadian Academy yang meraikan industri filem, televisyen dan media digital.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Kredit foto: Instagram Ginella Massa