Jika tahun lalu, pengacara, pelakon dan usahawan Neelofa dan co-founder FashionValet dan The dUC Group, Vivy Yusuf tersenarai dalam Forbes 30 Under 30 Asia 2018.Tetapi tahun ini tuah berpihak kepada penyanyi Shila Amzah untuk tersenarai dalam kategori berkenaan. Penyanyi yang mula mencipta nama seawal usiakanak-kanak ini menempa kejayaan demi kejayaan hinggalah dia berjaya menembusi tembok besar China. Shila Amzah 27 tahun antara rakyat Malaysia kini yang sedang mencipta nama di negara China.
Shila tersenarai bak kategori Hiburan dan Sukan dalam senarai tahunan yang kini memasuki tahun ketiga. Beliau antara 300 individu berusia bawah 30 tahun yang berjaya dalam bidang
masing-masing di Asia.Sementara itu di laman sosial penyanyi ini dibanjiri ucapan tahniah dengan pencapaian mengagumkan penyanyi ini. Ramai yang memberi komen Shila memang layak diberikan penghargaan ini memandangkan sumbangan yang telah diberikan dengan mengharumkan nama negara di mata dunia. Malah kejayaanya ini dianggap menjadi sumber inspirasi kepada orang ramai terutama golongan muda.
@azmnslmt279 Tahniah Shila..sumber inspirasi ramai orang..
@aiyzaniza Congrats kasha. Always proud of yo
@erba.official Congratsss!! so happy for you, you deserve it for all your hard work!!
@n.syahimma Derserving esp tht you are rising well abroad
@wan_combie congratulations …ni baru sesuai untuk jadi ikon
Ada juga di kalangan follower yang memberi ingatan kepada Shila agar terus kekal dengan sifat ‘humble’ dan menjadi seorang Muslimah yang sebenar. Mereka juga turut mendoakan semoga Shila Amzah akan sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah.
@wanirafikiandkids Tahniah sha. Ikut resmi padi ye. Smakin berisi,smakin tunduk❤❤. Moga berjaya creating name alongside with muslimah great dignity.
@missnur1 Alhamdulillah congrats @shahilaamzah semoga sentiasa didalam rahmat Allah
Jom layan #OOTD penyanyi ini yang mempunyai follower di instagram 2.3M. Shila Amzah yang sudah mengikat tali pertunangan ini juga dikenali antara penyanyi yang gemar berselfie.