
Seperti yang anda semua tahu, Mawar Karim, isteri kepada Fizo Omar telah pun selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada 29 Disember 2017 yang lalu tepat jam 4.01 petang. Tahniah Hijabista ucapkan kepada Fizo Omar & Mawar Karim.
Sememangnya ini satu momen yang paling dinantikan oleh mereka kerana pasangan ini telah menunggu kehadiran cahaya mata sejak 4 tahun yang lalu. Semoga dengan kehadiran cahaya mata ini menjadi penyeri pada rumah tangga mereka.
Dua minggu telah berlalu tetapi pasangan ini masih lagi belum mendedahkan wajah anak mereka di laman sosial masing-masing. Tetapi hari ini, Fizo Omar & Mawar Karim telah mendedahkan nama serta wajah anak mereka di laman Instagram (IG) masing-masing.
Bayi comel ini diberi nama Wan Maryam binti Wan Hafizol. Subhanallah, memang comel wajah anak mereka. Putih dan gebu! Hijabista sendiri pun rasa cukup teruja apabila melihat post mereka di IG.
Alhamdulillah, semoga bayi ini membesar dengan sihat dan menjadi anak yang menyenangkan hati kedua-dua ibu bapanya.
Buat Mawar, Hijabista ucapkan selamat berpantang. Selamat menunaikan tanggungjawab sebagai seorang ibu dan bapa. Semoga kalian berbahagia selalu.
Sumber: IG Mawar Karim & IG Fizo Omar
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
5 Selebriti Berhijab Ini Kekal Istiqamah Berhijab, Cantik Dengan Gaya Tersendiri

Kini ramai selebriti memilih untuk berhijab. Masing-masing mempunyai alasan dan kisah tersendiri yang menjadi asbab kepada ‘penghijrahan’ tersebut. Termasuklah lima selebriti cantik Indonesia ini yang kekal istiqamah berhijab sampai ke hari ini. Malah, cantik dengan gaya tersendiri.
Biarpun bukan mudah apatah lagi pada zaman mencabar sekarang ini namun mereka tetap berpegang kepada niat kerana Allah SWT.
CITRA KIRANA
Bapanya berketurunan Belanda manakala ibu pula berbangsa Sunda. Citra Kirana mengambil keputusan untuk berhijab selepas melakonkan watak wanita berhijab dalam sinetron Tukang Burur Naik Haji.

Berusia 29 tahun, Citra Kirana nekad untuk ‘berhijrah’ selepas menunaikan ibadah umrah pada April 2019. Menurut Citra, berhijab merupakan keputusan terbesar dalam hidupnya. Satu lagi sebab, dia berhijab kerana ayahnya sedang sakit ketika itu. Citra ingin menjadi anak yang solehah untuk ibu bapa dengan menjalankan kewajipan. Dari situlah dia mula berazam dan yakin untuk berhijab.
BACA JUGA: 7 Selebriti Berhijab Nusantara Ini Sentiasa Presentable Dalam Berfesyen
CUT MEYRISKA
Selebriti berketurunan Aceh yang sekian lama menyimpan hasrat untuk berhijab. Dia mengakui malu dengan pakaiannya yang tidak menutup aurat. Suatu hari Cut Meyriska mendengar ceramah seorang ustaz. Ketika itu Cut Meyriska tiba-tiba menangis. Selepas pulang dari mengaji, dia menjadi takut mati.

Cut Meyriska merasa tidak bersedia untuk menghadapi kematian. Dia mula meminta maaf kepada semua orang. Selepas kejadian itu, dia memutuskan untuk berhijab. Dengan penampilannya itu, Cut Meyriska merasa banyak perubahan positif dalam hidupnya, merasa lebih tenang dan ikhlas menjalani kehidupannya kini.
NINA ZATULINI
Nina Zatulini mula berhijab selepas berkahwin sekitar 2017. Wanita kelahiran 22 November 1991 ini tidak menunjukkan sebarang perubahan sejak mula menceburi dunia hiburan.

Nina seorang yang mementingkan gaya. Sejak berhijab penampilannya kelihatan semakin cantik dan anggun. Nina bijak menggabungkan warna, pakaian dan aksesori untuk pakaian hariannya.
VEBBY PALWINTA
Vebby Palwinta mendedahkan punca dia berhijab ialah kerana ingat kepada ibu bapanya. Selain itu, dia juga sering melihat mesej-mesej dakwah yang menyentuh jiwanya.

Isteri kepada Razi Bawazier ini mengakui sudah lama berhasrat untuk berhijab namun disebabkan tuntutan karier, Vebby sering menangguhnya. Vebby Palwinta akhirnya berhijab pada awal 2018.
CHACHA FREDERICA
Ahli kumpulan Girlsquad ini kelihatan sangat cantik berhijab. Chacha juga selesa dengan penampilan barunya yang menutup aurat. Biarpun sebelum ini sering tampil tanpa berhijab, Chacha mengakui sudah lama berniat untuk berhijab. Selain itu, Chaca mendapat sokongan daripada rakan-rakannya dan komuniti Girsquad.

Menurut Chacha, berhijab bukan penghalang untuk dia berinteraksi dengan rakan-rakan. Walaupun rakan-rakan dari Girlsquad berbeza agama, mereka tetap menghormati antara satu sama lain. Bukan mudah untuk Chacha menyesuaikan diri dengan penampilan barunya itu namun dia terus belajar dan mengekalkan hijabnya.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Berselawat Bersama Juara Tilawah Al-Quran, Bacaan Taranum Zizi Kirana Dipuji Ramai

Video Zizi Kirana membaca ayat suci Al-Quran mendapat perhatian ramai sejak dia memuat naiknya di laman TikTok.
Ayu bertudung dan berjubah hijau muda, suaranya yang jelas dan merdu membuatkan ramai yang terpesona dengan alunan bacaannya.
Bukan itu sahaja, sebuah lagi video selawat bersama Juara Qariah Tilawah Al-Quran Antarabangsa 2019, Farhatul Fairuzah juga telah menarik perhatian ramai. Ramai yang menyukai kolaborasi mereka berdua dan mengakui keindahan suara mereka.

Difahamkan, Zizi telah membacakan ayat Al-Quran tersebut bagi sesi rakaman program kerohanian yang akan ditayangkan pada bulan Ramadhan nanti. Wah, tak sabar rasanya untuk meyaksikannya di kaca televisyen nanti!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hasil Menabung, Masya Masyitah Beli Rumah RM300 Ribu Secara Tunai Di Usia 19 Tahun

Rezeki itu datang tidak mengira usia. Janji kita perlulah berusaha untuk mendapatkannya. Walaupun baru sahaja menginjak usia 20 tahun, penyanyi Masya Masyitah mendedahkan dia sudah berjaya membeli sebuah rumah kondominium di Cheras secara tunai bernilai RM 300,000 pada tahun lalau pada usia 19 tahun.
Gadis yang berasal dari Kulim ini mendedahkan duit yang diperolehnya itu merupakan hasil daripada kerjayanya sebagai seorang penyanyi.
“Saya sudah menyanyi sejak kanak-kanak lagi, termasuk banyak menyertai pertandingan nyanyian dianjurkan. Jadi, saya dah kumpul duit dari kecil dan Alhamdulillah, kini dapat beli rumah.
“Itu merupakan duit yang saya kumpul sejak kecil lagi. Bila menang, dapat duit saya akan simpan di ASB (Amanah Saham Bumiputera). Jadi di situ dapatlah dividen setiap tahun.
“Pembelian dibuat secara tunai kerana lebih mudah dan saya tak perlu terikat dengan kadar faedah pinjaman di bank. Apatah lagi, saya tiada kerja tetap yang mempunyai penyata gaji bulanan.
“Apapun, saya amat bersyukur sudah memiliki aset sendiri seperti rumah dan kereta, hasil daripada aktif menyanyi selama ini,’ jelasnya kepada Harian Metro.
Bagi pembelian kereta pula, Masya atau nama sebenar Siti Nur Masyitah Yusoff berkata dia membuat pinjaman bank untuk memilikinya selepas dinasihati oleh ibu kerana bimbang dia akan menukar kereta suatu hari nanti.
Dikatakan menunjuk-nujuk kemewahan rumahnya di laman YouTube, Masya menjelaskan ia sekadar perkongsian buat peminat.
“Apa yang saya tunjukkan dalam video di YouTube itu hanya perkongsian biasa kepada peminat yang menyokong selama ini. Tidak ada niat nak menunjuk-nunjuk langsung.
“Bagaimanapun, saya tahu tidak semua yang dilakukan atau ditunjuk kepada umum itu disukai orang lain. Pasti, ada segelintirnya yang akan beri komen negatif,” ujar penyanyi lagu Halimunan ini.
Menetap bersama ibunya, Masya akui dia memang gemar menabung sejak kecil. Dia juga berharap moga apa yang dilakukan ini dapat menjadi inspirasi kepada remaja di luar sana. Hebatlah Masya!
View this post on InstagramA post shared by 玛莎 Masya Masyitah (@masyitah_masya) on
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI