Ramai selebriti yang mengambil keberkatan Syawal untuk meraikan hari bahagia. Selain pengacara popular, Dayah Bakar, anak sulung kepada pelakon dan juga penerbit Datuk Ziela Jalil, Dr Puteri Julia Nabilah juga selamat diijab kabulkan bersama pasangannya. Majlis yang berlangsung penuh meriah ini turut dihadiri sanak saudara dan rakan terdekat. Selain terpesona melihat kecantikan wajah puteri sulung Ziela Jalil yang menggayakan busana indah, inai tangan bertatah batuan manik yang dilukis juga turut mencuri tumpuan ramai.
Pada majlis penuh bersejarah itu, Puteri Julia cukup anggun menggayakan dress persalinan rona putih rekaan Nurita Harith dengan layangan layah rona senada. Manakala wajah comel Puteri Julia pula mendapat sentuhan mekap artis tersohor Saidatulnisa Aminuddin.
Pasangannya juga Dr Dziya Faqhran Datuk Mohamad Fauzi tampil cukup segak lengkap berbaju Melayu Teluk Belanga dengan samping serta songkok.
Kedua-duanya dilihat bagai pinang dibelah dua usai majlis ijab kabul dan disandingkan di pelamin yang dihias indah oleh Razak Flora dengan bunga-bungaan mewah.
Sebelum itu, pada Mei yang lalu pasangan ini telah mengikat tali pertunangan. Menerusi laman instagram Ziela Jalil juga turut berkongsi momen indah majlis khatam quran, berinai dan juga ijab kabul.
Sebaik dimuat turun ramai yang mengucapkan tahniah melihat momen indah sekitar majlis perkahwinan ini.
Bukan itu sahaja ramai yang turut memuji kecantikan Dr Puteri Julia Nabila yang dikatakan seiras ibunya, Ziela Jalil. Mereka turut mendoakan pasangan ini akan kekal hingga ke jannah.
@timprincesslly Tahniah @zielajalil Selamat Pengantin Baru utk @juliamjunid semoga bahagia hingga ke jannah
@wan_robeahtul_adawiyah Tahniah dato @zielajalil n family…. selamat pengantin baru @juliamjunid dan suami.. semoga berbahagia kekal hingga jannah.. aamiin
@haszmidee Subhanallah…tahniah… cantik tul
@annnoraini SUBHANALLAH….so cantik.
@sis.lara_diza kecantikaan puteri julia mcm kak zila masa remaja sama syantikkkk…
Satu lagi yang menarik mengenai majlis perkawinan pasangan yang sama-sama bergelar doktor ini adalah tentang inai yang dipakai oleh Dr Puteri Julia.
Memilih inai putih dengan rekaan cukup indah dengan taburan batuan menjadikan ia seperti sarung tangan yang membaluti tangan. Inai yang cukup indah dan kemas ini dilukis oleh Sheema Henna Artist.
@semuacomel Cantiknya inai di tangan tu. Sangat unik
@nadiaimie im so in love with white henna! so elegant!!
@dilla.aziz cantik sungguh inai Dr Julia
@tudung4kids Selamat pengantin baru buat dr julia, cantik sgt henna dia
KREDIT FOTO: INSTAGRAM IKRAM ISMAIL PHOTOGRAPHER , QIPPY PHOTOGRAPHY & ZIELA JALIL