Nampaknya bukan sahaja anak perempuan Didie Alias menerima ijazah sempena konvokesyen, rupanya seorang lagi anak perempuan pelakon popular Fauzi Nawawi juga menghadiri majlis konvokesyen. Hanna Faresha yang juga merupakan anak tiri pelakon Lisdawati meraikan majlis gembira ini yang berlangsung beberapa hari lalu. Lisdawati yang muat turut foto mereka berdua di laman sosial turut menarik perhatian bukan sebab bijak saja tapi ramai memuji kecantikan anak tirinya ini. Malah ada yang berkata mereka berdua seperti adik beradik.
cherys_lens Cantik ibu dan anak ni mcm siblings je
Hanna yang pernah jadi perhatian sebelum ini kerana mendapat 10A dalam keputusan peperiksaan SPM. Selain itu menurut Fauzi Nawawi perpisahan dengan bekas isteri sebelum ini tidak menghalang untuk anak-anaknya berjaya dalam pelajaran.
Ads
“Bekas isteri saya seorang penjawat awam. Dia sangat mementingkan pelajaran, sama juga seperti saya dan Lisdawati terapkan kepada semua anak-anak saya. Walaupun kami sudah tidak bersama lagi tetapi kami berhubung untuk kebaikkan anak-anak. Sebelum ini, anak sulung saya turut mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM dan kini telah melanjutkan pelajarannya di Universiti Malaya.
“Perpisahan saya dengan bekas isteri bukan penghalang untuk anak-anak berjaya kerana cara mendidik mereka harus betul dan pelajaran serta keperluan harian mereka harus diberikan keutamaan. Saya, bekas isteri dan Lisdawati sama-sama memberikan tumpuan kepada anak-anak kami supaya mereka pentingkan pelajaran dan agama.
Ads
Fauzi juga terima kasih dengan Lisdawati kerana dia turut menjaga anak-anak saya bersama bekas isteri seperti anak-anaknya sendiri. Apa sahaja masalah yang melanda anak-anak, Lisdawati akan mengambil inisiatif untuk menghubungi bekas isteri dan bertanyakan sendiri masalah yang terjadi.
Hanna Faresha juga turut mengakui selesa belajar di dalam negara walaupun mendapat keputusan cemerlang. Hanna turut meraikan majlis konvokesyen dalam Diploma Perakaunan di Intec Education College, Shah Alam bersama rakan-rakannya.
Sistem pembiakan wanita terdiri daripada beberapa organ termasuk ovari, tiub fallopio, rahim, serviks dan faraj. Ovari ialah dua organ kecil yang menghasilkan telur (ovum) dan hormon.
Mengikut laporan Pendaftaran Kanser Kebangsaan Malaysia 2012 hingga 2016, barah ovari adalah barah keempat paling biasa dialami wanita di negara ini.
Dicatatkan bahawa setiap seorang daripada 167 wanita mempunyai risiko mendapat penyakit barah ovari seumur hidup.
Lebih daripada separuh kes penyakit ini (56.3 peratus) dikesan pada peringkat lanjutan iaitu peringkat tiga dan empat.
Dalam keadaan ini, penyakit itu sudah merebak di luar ovari membabitkan peritoneum dan organ bersebelahan seperti hati, usus serta pundi kencing.
Berikut perkongsian daripada Dr. Ahmad Samhan tentang penyakit kanser ovari.
Kanser ovari adalah kanser ke-4 yang paling tinggi di kalangan wanita di Malaysia. Ovari adalah organ yang menghasilkan telur wanita dan juga menghasilkan hormon wanita seperti estrogen dan progesteron.
SIAPA BERISIKO DAPAT KANSER OVARI?
1. Wanita yang tidak pernah hamil
2. Wanita yang tidak mempunyai banyak anak
3. Makan makanan tinggi lemak dan obesiti
4. Wanita yang mencapai akil baligh awal dan lewat menopos
5. Wanita yang hamil pada usia lewat
6. Sejarah keluarga kanser ovari
APA TANDA-TANDA KANSER OVARI?
1. Keletihan yang melampau
2. Kesakitan semasa seks
3.Kesakitan di bahagian perut, pelvis, belakang, atau kaki
4. Bengkak di bahagian perut(perutnya membesar/membusung)
5. Loya, senak, gas, sembelit, atau cirit-birit
6. Pendarahan faraj yang luar biasa (tempoh berat, atau pendarahan selepas menopaus)
APAKAH PERINGKAT KANSER OVARI?
Peringkat 1: Kanser adalah pada salah satu daripada kedua-dua ovari. Ia tidak merebak ke bahagian lain badan.
Peringkat 2: Kanser telah merebak di luar ovari ke rantau pelvik. Ini boleh melibatkan rahim, tiub fallopian, pundi kencing dan rektum.
Peringkat 3: Kanser telah merebak di luar pelvis ke bahagian perut.
Peringkat 4: Kanser telah merebak di luar abdomen ke organ-organ lain seperti hati dan paru-paru.
RAWATAN KANSER OVARI
1. Pembedahan membuang ketumbuhan kanser ovari
2. Rawatan kemoterapi: rawatan ubat yang membunuh sel-sel kanser
3. Rawatan radioterapi: menggunakan dos radiasi yang tinggi untuk membunuh sel-sel kanser
Salam takziah buat pemergian penyanyi lagu Terlalu Istimewa, Adibah Noor. Al- fatihah.
Hari-hari baca doa tapi antara faham ke tidak apa yang anda baca. Mungkin dari doa di dalam Bahasa arab anda hanya menghafal tanpa endahkan maknanya. Selepas ini boleh tukarkan doa-doa yang kita baca itu kepada Bahasa Melayu pula.
Bila dah faham doa, pasti lebih seronok untuk memohon permintaan dari Allah. Sekali gus kita juga akan lebih khusyuk dan lebih menghayati doa yang dibacakan. Di saat inilah kita disarankan perbanyakkan doa agar dijauhkan dengan wabak yang tular.
Teknik 1: Berilah kekuatan vs lapangkan kesulitan
Sebelum ni kita selalu berdoa, “Ya Allah berikanlah aku kekuatan”.
Jika doa begini, maka Allah akan sentiasa menguji hambaNya untuk test kekuatan kita.
Jadi doa yang kita boleh betulkan ialah, “Ya Allah lapangkan kesulitan apa yang aku hadapi hari ini, Ya Allah keluarkanlah aku dari kesulitan ini, Ya Allah bantulah diriku ini.”
Teknik 2: Berilah vs kurniakanlah
Sebelum ni kita selalu berdoa, “Ya Allah BERILAH aku..”
Jadi cara doa yang kita boleh betulkan ialah, “Ya Allah KURNIAKANLAH aku..”
Sebab bila kita sebut BERI, bila-bila masa Allah boleh ambil nikmat tersebut. Jika sebut KURNIA, maka Allah akan kurniakan sesuatu pada kita sampai bila-bila masa, InshaaAllah.
Teknik 3: Dimurahkan rezeki vs dilimpahkan rezeki
Sebelum ni kita selalu berdoa, “semoga DIMURAHKAN rezeki.”
Jadi cara doa yang kita boleh amalkan ialah, “semoga DILIMPAHKAN rezeki yang berpanjangan dan berkat.”
Bila kita sebut “dilimpahkan”, maka benar Allah betul-betul limpahkan rezeki yang sangat banyak, berbanding dengan dimurahkan, sebab bila sebut murah, Allah berikan rezeki yang biasa dan mencukupi sahaja. Satu lagi perkataan selain dilimpahkan, boleh juga guna perkataan TAMBAHKANLAH. Dan ini doa yang boleh kita amalkan bersama setiap kali dalam sujud terakhir kita.
“Ya Allah, TAMBAHKANLAH bagiku rezeki yang banyak lagi halal, iman yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang baik, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar.”
Teknik 5: Cara mengaminkan doa
Sebelum ni kita selalu meng’amin’kan doa begini, “Amin Ya Rabbal Al-Amin.”
Jadi cara yang lebih baik untuk kita amalkan bersama-sama adalah, “Amin Ya Allah Ya Mujib”.
Sebab maksud Mujib ni ialah memakbulkan. Kita bersungguh-sungguh nak Allah makbulkan doa kita ni, jadi sebut dengan penuh yakin Ya Mujib.
Teknik 6: Doa untuk orang lain
Sebelum ni kita selalu berdoa dengan cara kita ‘mengarahkan’ Allah untuk cepat-cepat keluarkan kita dari masalah-masalah yang kita hadapi.
Jadinya doa yang terbaik kita boleh amalkan sambil mendoakan juga untuk orang lain, adalah dengan cara ini,
(Allah adalah Rabb kami yang kami tidak pernah sekutukan dengan siapa pun)
Baca 100x, doa ketika beramai-ramai.
“Allah.. Allahu Rabbi.. Laa Usriku Bihi Syai’a”,
(Allah adalah Rabbku yang aku tidak sekutukan dengan siapa pun)
Baca 100x, doa apabila seorang diri.
Kenapa kita baca doa atau zikir ini adalah sebab doa ini penyingkir kesulitan, kesusahan, kegelisahan, kekhuatiran dan keresahan.
Sekali gus doa ini boleh menghilangkan beban hutang, beban hati, beban fikiran, serta sangat baik sekali buat bantu sahabat-sahabat kita dalam mencapai hajat-hajat mereka.
Teknik 7: Doa ketika bersedekah
Sebelum ni kalau di masjid nak sedekah tu, mungkin ada yang sedekah dan berlalu pergi macam tu je tanpa berdoa, atau mungkin ada yang berdoa dan terlalu mengharapkan Allah bagi rezeki cepat-cepat kat kita. Allahu.
Jadi InshaaAllah selepas ini, betulkan niat kenapa kita nak sedekah dan berdoalah dengan bersungguh-sungguh kepada Allah,
“Ya Allah aku sedekahkan sejumlah ini kerana untuk digunakan demi mencari redhaMu. Semoga sedikit sumbangan ini dapat menghapuskan segala dosa-dosaku yang membuka segala pintu rezeki yang tidak pernah ku duga.”
Teknik 8: Doa orang yang terlalu sibuk berniaga
Doa di bawah ini adalah khusus untuk orang yang sibuk berniaga siang malam, solat pon kadang hujung waktu dan lebih sedih lagi sampai tak ada masa nak spend time bersama dengan keluarga tersayang.
Faktor jadi macam ini mungkin antara sebabnya doa kita tak spesifik minta kepada Allah. Jadi, InshaaAllah doa di bawah ini dapat membantu anda yang berniaga.
“Ya Allah ilhamkanlah kami dengan perniagaan ini dapat membawa kami dekat denganMu, yang membuatkan kami banyak masa untuk beribadat denganMu, banyak masa bersama suami/isteri, anak-anak kami serta ahli keluarga kami. Ya Rabb, kurniakanlah kami jutawan Islam yang kembali menegakkan ekonomi Islam. Dan Engkau kurniakanlah kami hamba-hambaMu yang menyebarkan dakwah dalam berniaga.”
Teknik 9: Doa mendapatkan zuriat
Sebelum ni kita selalu berdoa, “Ya Allah kurniakanlah kami zuriat, anak yang soleh dan solehah”.
Dan setiap kali tak dapat pasti kita akan rasa kecewa. Jadi doa yang boleh kita amalkan bersama adalah,
“Ya Allah sekiranya dengan mempunyai zuriat dapat mendekatkan diriku dengan diriMu, maka makbulkanlah Ya Allah, sekiranya dengan mempunyai anak membuatkan Engkau melihatku, maka kurniakanlah anak yang soleh dan solehah. Kerana Engkau sebaik-baik perancang dan Engkaulah Tuhan Yang Maha Mengetahui atas segala sesuatu.”
Teknik 10: Zahirkan kesyukuran sebelum membuat permintaan
Paling penting sekali adalah tips yang terakhir ini, kita dah berdoa bersungguh-sungguh ni dan dah tukar cara berdoa kita. Namun kita terlupa, untuk bersyukur kepada Allah swt terlebih dahulu.
Sebab barangsiapa yang bersyukur, Allah akan tambahkan lagi nikmat buat dirinya. Waktu terbaik untuk kita ucapkan kesyukuran kita adalah setiap pagi bangun je dari tidur dan juga waktu malam sebelum tidur, buat terapi kesyukuran iaitu 7 rasa kesyukuran kita kepada Allah swt. Contohnya begini,
“Syukur Alhamdulillah terima kasih Ya Allah.. aku bersyukur masih lagi bernafas pada pagi ini, aku bersyukur Engkau kurniakanku kesihatan yang baik, aku bersyukur Engkau kurniakanku rezeki yang melimpah ruah buat diriku..”
Kesibukan menjalankan rutin harian di rumah mahupun di luar menjadikan kita semakin jauh dari Allah yang Maha mencipta. Ketenangan akan membawa kita jauh tersasar dari kehidupan seorang muslim.
Bimbang diri semakin jauh denganNya, amalkan zikir Rabbaniyah setiap hari. Melalui perkongsian Ustaz Jafri Abu Bakar Mahmoodi muat turun di media sosial, zikir Rabbaniyah mempunyai 7 amalan zikir yang boleh kita pratikkan setiap hari. Ini antara amalan zikir Rabbaniyah:
Serlahkan aura penampilan anda dengan stail yang lebih moden, ranggi dan sopan! Hijabista akan kongsikan idea dan juga tip untuk ‘upgrade’kan stail fesyen yang...