Gigit Kasut Dah Ketinggalan Zaman! Ini Yang Anda Boleh Buat Bagi Elak Kaki Melecet Bila Pakai Kasut Baru

Share

Selain handbag dan tudung, kasut juga menjadi barang yang menjadi kegilaan kebanyakan wanita. Kiranya memang item wajiblah untuk dibeli jika keluar membeli-belah. 

Namun, kadang kala mesti terjadi masalah kasut yang dibeli itu makan tuannya. Haaa, macam mana tu? Iyelah, bila pakai je kaki jadi melecetlah, rasa sakitlah dan lain-lain lagi.

Biasanya petua mengatakan kita perlu gigit kasut tu dulu sebelum memakainya. Errkk, betul ke? Eh, sebenarnya tak perlu pun! Jom ikuti langkah mudah ini kalau tak nak kena kaki kena ‘gigit’ dengan kasut baru.

Langkah-langkahnya:

  1. Pakai stokin di kaki dan kemudian pakai kasut baru tersebut.
  2. Pasang pengering rambut dalam tetapan tidak terlalu panas dan halakannya ke kaki.
  3. Buka stokin dan pakai kasut itu seperti biasa. Siap!

Mudahkan! Sis pun belum try lagi cara ini. Jomlah kita cuba sama-sama. 😉

Photo by Godisable Jacob from Pexels

Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee 

Published by
Team Hijabista