Mengerjakan ibadah umrah merupakan salah satu perkara yang diimpikan oleh seluruh umat Islam dan wajib dilakukan bagi individu yang mampu. Betapa indahnya dapat melihat keindahan bumi Mekah dan Madinah serta merasai suasana tempat kelahiran Rasulullah dan Kota penghijrahan Baginda.
Buat individu yang kurang berkemampuan, mereka membanting tulang demi mengumpul wang yang cukup untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci Makkah untuk mengerjakan ibadah umrah. Ada juga yang sanggup berniaga di mana sahaja demi mencapai hasrat itu.
Seperti kisah yang tular di laman TikTok baru-baru ini; mengenai kegigihan seorang pakcik yang berniaga ikan masin di hadapan sebuah pasar raya semata-mata untuk mengumpul duit bagi mengerjakan ibadah umrah.
Pemilik akaun TikTok @vitaminbae_ telah memuat naik video tersebut yang telah mendapat perhatian serta ‘menjentik’ hati masyarakat. Difahamkan, pakcik yang ditemui itu berusia dalam lingkungan 40 hingga 50 an dan menjual di hadapan sebuah pasaraya di Tawau, Sabah.
Menerusi video tersebut, dapat dilihat pemilik akaun tersebut mendekati serta menghulurkan sedikit bantuan. Apa yang lebih sebak adalah pakcik tersebut hanya mengira dengan menulis pada tapak tangannya.
Ads
Setelah itu, lelaki tersebut telah menghulurkan duit melalui polisterin makanan. Dia juga sempat bersembang dengan pakcik tersebut sehingga pakcik tersebut menyatakan bahawa dia ‘memasang niat’ untuk mengerjakan umrah.
Tulis @vitaminbae_, dia langsung tidak menyangka bahawa pakcik itu berusaha keras melakukan perniagaan tersebut bagi mengerjakan umrah pada tahun hadapan walaupun keuntungan yang diambilnya tidak banyak iaitu hanya RM 0.50 sahaja untung yang diambil dari setiap pek yang dijual.
Sebak mendengar hasrat pakcik ini, lelaki tersebut terus menghulurkan lagi sejumlah wang kepada pakcik tersebut. Bersyukur atas pemberian yang diberkan, pakcik ini terus mengangkat tangan untuk berdoa.
“Mudahan panjang umur, umur dunia. Ini kita punya umur.
Ads
“Akhirat pun inshaaAllah, masuk syurga kita sama-sama,” kata pakcik tersebut.
“Semoga termakbul…”
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sebak serta mendoakan agar suatu hari nanti hasrat pakcik tersebut akan tercapai. Video tersebut kini telah tular dan mendapat lebih 360.7K tontonan dan 34.2K kesukaan.
“Saya berdoa Ya Allah semoga rezekinya dpt pergi umrah…”
“Alhamdulillah syukur mudah2an doa pakcik t’makbul amin….”
Ads
“Semoga Allah permudahkan segala urusan pakcik tuk menunaikan ibadah Umrah..aamiin”
“Mahal tuh doa dari Pakciknya.. semoga makbul”
“Moga murah rezeki dan dipermudah urusan saudara dunia akhirat…”
“Alhamdulilah. tkasih hamba Allah yg mulia hatinya..memudahkn urusan org lain..semoga pakcik juga dijemput menjadi tetamu Allah”
Kehidupan sosial seseorang itu berpandukan dengan cara mereka membawakan diri pada khalayak ramai. Pada ketika itulah ramai yang akan tahu tentang peribadi mereka.
Ramai daripada kita yang inginkan persepsi yang baik sewaktu pertama berjumpa dengan seseorang. Sudah tentu juga ada yang ingin berubah dari versi diri yang lebih baik dari yang dulu.
Keperibadian seseorang yang menarik
Setiap manusia membawa karakter serta perangai yang berbeza-beza, semuanya disebabkan oleh pengalaman dalam hidup serta latar belakang yang berbeza. Jadi tidak semua akan memiliki keperibadian yang sama.
Ada yang dahulunya sering di kritik kerana mempunyai keperibadian yang pendiam, pemarah dan sebagainya–anda pasti akan terasa dengan komen yang dilontarkan. Sebenarnya ada sahaja pandua peribada kualiti yang menarik boleh anda ikuti. Ayuh kita nilai bersama.
#1 Ada perasaan ingin tahu
Perasaan ingin tahu sangat bagus dalam pendirian seseorang kerana mereka akan terselah menunjukkan karakter yang menarik. Rasa ingin tahu itu berbeza dengan ‘busy body‘ kerana ia lebih cenderung untuk memahami setiap perkara seperti ilmu agama, politik, dan sebagainya. Mereka yang ada kualiti ini juga tidak cepat buruk sangka!
#2 Jujur
Bersikap jujur adalah suatu kualiti yang senang untuk seseorang itu miliki. Namun, tidak semua boleh lakukannya kerana ingin menyembunyikan sesuatu perkara. Orang yang jujur ini kelihatan menarik kerana mereka akan cuba sedaya upaya untuk mengelakkan fitnah. Tapi, orang yang terlalu jujur juga boleh mengeluarkan kata-kata yang mengguris hati seseorang, jadi sila berhati-hati.
#3 Selalu mencari ilmu
Sikap ingin mempelajari sesuatu sangat bagus kerana mereka akan cenderung untuk menunjuk minat pelajari sesuatu benda. Tidak sombong untuk belajar dan masih ingin kumpul ilmu sebanyak mungkin membuatkan lagi seseorang itu tampak rendah diri dan tidak egois.
#4 Ada matlamat dalam hidup
Hidup mereka yang ada sesuatu benda untuk kecapi–mungkin matlamat itu tidak sebesar mana, cukup sekadar ingin mencari rezeki yang halal. Maka usaha yang datang bagi kecapi matlamat itu akan menjadikan seseorang itu tekun dalam pekerjaannya.
#5 Kurang mengeluh
Ada ketika kita lihat beberapa orang sekeliling kita yang suka mengeluh, ia menampakkan mereka kelihatan putus asa. Tetapi, sebagai menjadi panduan dan motivasi diri, kita harus cuba untuk kurangkan dari mengeluh. Ambil setiap percubaan itu suatu pengajaran untuk kita lebih maju kehadapan.
Bagi setiap orang, pendapat berbeza-beza untuk mencapai ‘kualiti yang bagus’ dalam peribadi seseorang itu. Apa yang penting, gunakan akal untuk menilai perkara yang baik dan salah.
Selain penjagaan wajah, rambut juga anggota tubuh kita yang perlukan perhatian. Walaupun berhijab, tidak semestinya kita mengabaikan penjagaannya. Malah jika tidak dijaga dengan sempurna, rambut akan berbau hapak, tidak bermaya, kurang seri dan ada juga mengalami masalah rambut gugur yang teruk.
Seperti perkongsian gadis ini, yang mencadangkan produk bersesuaian digunakan untuk mengatasi masalah rambut yang hampir nak botak disebabkan keguguran.
Sekadar satu posting pendek di laman twitter menggunakan akaun nama @qheese tetapi telah mendapat 16K retweet dan 23K butang komen.
Malah perkongsiannya ini juga mendapat respon pengguna lain di laman sosial apabila ada yang turut mencadangkan produk bersesuaian untuk mengatasi rambut gugur.
Cuba produk ini untuk atasi masalah rambut gugur.
Rambut kurang gugur setelah memakainya.
Kongsi sebab mampu menyelesaikan masalah rambut gugur dialami sebelum ini.
Boleh juga dipakai untuk kaum lelaki.
Buat dua kali sehari & beli di drugstore.
Pengguna lain yang turut berkongsi produk digunakan mengatasi masalah rambut gugur.
Pelbagai produk dicadangkan untuk rambut nipis atau tebal.
Pelbagai fungsi untuk masalah rambut lain.
Ini pula perkongsian netizen untuk atasi masalah rambut bercabang.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Tak sabar menantikan kelahiran cahaya mata permata, pereka fesyen terkenal iaitu Rizman Nordin berkongsikan berita gembira bahawa beliau dan isteri, Nurida Suraya bakal menimang anak perempuan tidak lama lagi.
Luahnya dengan penuh syukur, dia juga turut berterima kasih kepada semua yang telah mendoakan kesejahteraan isterinya.
“Bismillahirahmanirahim. Alhamdulillah, it’s a girl! Sempena Ramadan yang mulia ini, saya nak kongsikan berita gembira ini kepada semua.
“Sekalung penghargaan dan terima kasih pada anda yang tidak putus-putus mendoakan kesejahteraan sayang saya, Suraya.
“Kami berharap anda terus mendoakan juga agar ‘pinchesss’ kami dilahirkan cukup sifat, indah seindah makhluk ciptaanNya dan semoga dengan kehadirannya, dapat membawa kami, ibu dan ayahnya ke syurga Allah yang firdausi. Amin amin ya rabbalalamin.
Rizman juga turut berkongsi bilik bakal anak perempuannya yang telah dihias indah dengan pelbagai anak patung dan mainan indah buat hiburan anaknya nanti.
Di ruang komen laman instagramnya, ramai yang mengucapkan tahniah kepada mereka berdua termasuklah rakan artis seperti Dato Sri Siti Nurhaliza, Erra Fazira dan Atikah Suhaimie yang tidak sabar untuk melihat cahaya mata mereka.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Taruddin menyifatkan peluang membuat persembahan pada majlis makan malam rasmi bagi meraikan Presiden China Xi Jinping serta delegasinya...