Bakal menyanyikan lagu tamil, Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak menafikan rasa perasaan gemuruh menjadi salah seorang penyanyi jemputan di Konsert AR Rahman – Secret of Success yang bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.
Mesra di sapa sebagai TokTi, meluahkan rasa teruja kerana ini merupakan pengalaman kali pertamanya berganding bersama idola.
Di temubual bersama Harian Metro, TokTi juga pernah berjumpa bersama AR Rahman di kediamannya beberapa tahun lalu. Pertemuan itu mengeratkan lagi hubungan persahabatan mereka sekali gus membuka peluang kepadanya untuk menyanyi pada pentas yang sama.
“Sebenarnya beberapa tahun lalu saya pernah menjemput AR Rahman untuk datang ke rumah selepas dimaklumkan beliau berada di Malaysia. Jadi saya ada menghubungi pihak penganjur dan tak sangka dia menyambut baik pelawaan itu,
Ads
“Bermula dari situ, kami saling berbalas emel untuk berkongsi segala perkembangan dan terbaru saya dapat tahu dia akan buat konsert di sini. Beliau juga ada maklumkan dan bertanya mengenai jadual seni saya,
“Bagaimanapun saya beritahu yang saya bercuti panjang di luar negara, kemudian beliau mempelawa saya untuk berkolaborasi dengannya pada tarikh yang diberikan. Saya pun apa lagi, ibarat pucuk dicita ulam mendatang, saya terus bersetuju.” katanya.
Berguru Untuk Fahami Sebutan Bahasa Tamil…
Ads
Katanya lagi, beliau agak gementar dan teruja kerana bakal membawa lagu berbahasa Tamil hasil ciptaan AR Rahman. TokTi juga membuat persiapan dengan merujuk kepada rakan baik suaminya yang berbangsa India untuk mengajar dari segi sebutan.
“Saya agak gementar untuk menjayakan persembahan ini kerana pertamanya saya bekerjasama dengan idola saya selain perlu memastikan sebutan lagu ini disampaikan dengan betul,
“Mujur ada kawan baik Datuk K (Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa) yang berbangsa India sudi mengajar dan membantu saya. Hari pertama dengannya, saya hanya belajar sebutan, kemudian saya ambil masa dua hingga tiga hari untuk menghafal lirik,
“Lagu yang bakal disampaikan ini adalah sebuah lagu lama yang cukup terkenal ciptaan AR Rahman. Jadi setiap hari saya berlatih dan pastikan sebutannya jelas dan betul.” ujarnya.
Dalam keterujaan TokTi sudah tentu ramai juga peminat di luar sana yang tidak sabar menantikan hasil dendangan beliau dalam bahasa Tamil.
Dalam ketika bergembira menyambut hari raya yang mulia ini, mungkin ramai yang lupa dalam menjaga batas-batas yang disyariatkan dalam Islam. Kita seolah lupa dan terlalu berseronok sehingga banyak larangan yang diabaikan.
Tidak dapat dinafikan setiap kali hari raya, tidak kiralah hari raya Aidilfitri mahupun hari raya Aidiladha, apa bila ada ahli keluarga yang menginap di hotel ataupun di homestay, pasti ada yang memandang serong.
Hakikatnya ia demi menjaga aurat sesama sendiri. Hal ini kerana pabila sudah bercampur beramai-ramai, agak sukar untuk menjaga perihal aurat.
Berikut perkongsian daripada Ustazah Asma’ Harun yang mengupas tentang topik ini secara menyeluruh.
BALIK KAMPUNG TAPI TIDUR HOTEL/HOMESTAY
Apabila tiba musim raya, isu tidur di homestay atau hotel akan jadi ‘trending’. Penuh berita mengenai isu ini dan kebanyakannya menjurus kepada tanggapan negatif, sama ada daripada ibu ayah, adik-beradik atau saudara-mara.
Maka ada yang mencemuh, pandang atas bawah atau cakap belakang. Cerita di sebalik beraya di kampung memang seronok tapi sebenarnya mudah terpalit dosa jika tidak diteliti sebaiknya.
Jika banyak keluarga berhimpun dalam satu rumah, tidur berjemaah di ruang tamu sebab tak cukup bilik, maka akan berlaku pendedahan aurat ipar, sepupu atau biras semasa tidur. Bukan itu sahaja, bagi yang menyusu badan lagi sukar kerana mungkin tak sedar auratnya terdedah ketika sedang tidur selepas menyusukan anak. Allahu Akbar.
WAHAI IBU BAPA, SELIDIK DAHULU. WAHAI ANAK, JANGAN MELULU
Semasa menjadi perunding cara rumah tangga dulu, memang ramai ibu bapa mengadu bahawa anak mereka terjebak dengan pornografi atau ketagih melihat benda lucah bermula dengan situasi begini di kampung.
Pada awalnya hanya ternampak sikit, kemudian datang keinginan untuk melihat dengan lebih banyak. Keadaan ini harus difahami oleh semua pihak dengan berlapang dada. Sudah menjadi tanggungjawab buat seorang suami untuk memelihara maruah anak isteri.
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.” (Surah at-Tahrim 66: 6)
Sebelum ibu ayah berkata sesuatu yang mungkin akan timbulkan salah faham, maka fahami dahulu situasinya kenapa. Bukanlah sebab rumah itu tidak selesa, tiada aircond, suasana kampung, dan lain-lain tetapi bagi menjaga maruah, aurat dan pergaulan anak dan isteri.
Seorang anak pula harus jujur jika bermalam di hotel/homestay. Terangkan kepada ibu ayah dengan baik dan jelas, kadang mungkin mereka terlalu rindukan anak yang sudah lama tak pulang, jadi tugas kita ialah cuba jelaskan dengan baik. Mudah-mudahan ibu ayah memahami dengan lapang dada.
Anak-anak yang memilih untuk tidak bermalam dirumah ibu bapa, perlulah sebab yang berkaitan syara’, bukan kerana tidak selesa dan lain-lain, dibimbangi akan membuatkan orang tua dan keluarga berjauh hati.
Dan pada waktu selain rehat malam maka sepatutnya perlu berada di rumah supaya boleh berbakti dan menggembirakan hati orang tua dan keluarga.
PENTING SANGAT, janganlah jadi seperti tetamu pula, datang pada waktu makan atau waktu tertentu sahaja, sikap ini memanglah akan menyakitkan hati banyak pihak. Tidur hotel atau homestay asalnya tiada masalah, tapi sikap kita yang bermasalah.
Maksudnya: “Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai ilmu tentang itu, maka janganlah engkau menaati keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik, dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku. Kemudian hanya kepada-Ku tempat kembalimu, maka akan Aku beritahukan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.” (Surah Luqman 31: 15)
BATAS AURAT WANITA DENGAN LELAKI AJNABI
Kita maklum bahawa batas aurat seorang wanita dengan lelaki yang bukan mahramnya (ajnabi) ialah seluruh tubuh badan kecuali muka dan kedua tapak tangan.
Maksudnya: “Apa yang zahir daripadanya (perempuan) ialah muka dan telapak tangannya. Kedua-duanya bukanlah aurat kerana terdapatnya keperluan (hajat) untuk mendedahkannya. Adapun diharamkan untuk melihat pada kedua-duanya kerana biasanya kedua-duanya akan membawa kepada timbulnya fitnah.” (Kitab Asna al-Matalib, 1/176)
Walaupun batasan auratnya masih boleh dijaga, namun sebagai langkah berjaga-jaga, khususnya bagi saudara-mara yang ramai dan tiada privasi, sebaiknya bermalam di tempat berasingan kerana waktu tidur kita tak sedar apa yang terdedah.
Kecuali jika di kampung memang tak ramai atau setiap keluarga mendapat privasi yang diperlukan. Maka ketika itu tidur di rumah ibu bapa lebih baik bagi meraikan dan menggembirakan mereka.
Jika kita miliki anggota keluarga yang ramai, maka semakin ramailah orang yang perlu dijaga batas auratnya, terutama sekali wanita.
Mereka perlu menjaga aurat daripada sepupu, ipar, bapa tiri, adik-beradik angkat, biras, dll.
Maksudnya: “Dan hendaklah mereka menutupkan kain yang dipakai untuk menutup kepala (tudung) ke dadanya. Dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau anak-anak lelaki mereka, atau anak-anak lelaki suami mereka, atau saudara-saudara (adik-beradik) lelaki mereka, atau anak-anak lelaki kepada saudara-saudara (adik-beradik) lelaki mereka, atau anak-anak lelaki kepada saudara-saudara (adik-beradik) perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak suruhan (hamba) yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita.” (Surah an-Nur 24: 31)
Semoga para suami, ibu ayah, abang, adik lelaki, ibu ayah mertua memahami akan kepentingan dalam penjagaan aurat ini dan tidak semudahnya berkecil hati dan bersangka buruk terhadap anak-anak yang memilih untuk bermalam selain di rumah.
Maksudnya : “Sesiapa yang memelihara penglihatannya, maka Allah SWT akan menyinari (memberi petunjuk) pandangannya dan juga hatinya.” (Kitab Tafsir Ibnu Kathir: Tahzib wa Tartib, Dr. Solah al-Khalidi, 4/2343)
DOA MENJAGA MARUAH DIRI
Mari kita amalkan doa ini, mudah-mudahan maruah diri dan keluarga kita sentiasa dipelihara oleh Allah SWT:
اللَّهُمَّ اسْتُرْ عَوْرَاتِي وَآمِنْ رَوْعَاتِي
Maksudnya: “Ya Allah lindungilah auratku, amankanlah apa-apa yang menjadi pemeliharaanku.” (HR Ibnu Majah, hadis sahih)
Semoga penerangan ini bermanfaat, Allah merahmati dan melindungi seluruh ahli keluarga kita daripada perkara mungkar serta salah faham di dalam rumah tangga. Ameen Ya Rabbal Alamin.
Jumlah suntikan vaksin COVID-19 yang dikemaskini pada 24 Julai adalah 11,507,070 dos pertama. Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) menerusi perkongsian di laman sesawang memaklumkan 19,721,086 yang sudah berdaftar.
Umum orang ramai yang telah menerima dos pertama ketiga-tiga jenis vaksin ini Pfitzer, Astrazeneca dan Sinovac masing-masing berkongsi pengalaman dan kesan sampingan setelah divaksin. Namun ketiga-tiganya ada perbezaan kesan sampingan dan ini bergantung pada tahap ketahanan imunisasi badan individu itu sendiri.
Bercerita pada pengalaman warga Malaysia yang menerima baik vaksin bagi mencegah penularan virus covid-19 di dalam badan, rata-rata mengatakan mereka yang menerima vaksin Astrazeneca mempunyai kesan sampingan yang paling ketara berbanding dengan vaksin yang lain. Paling ketara individu tersebut mengalami sengal-sengal badan, demam dan pening kepala.
Perkongsian ini termasuklah anda di nasihatkan makan sebelum menerima vaksin, minum vitamin C dan paling popular adalah pengambilan PANADOL sekiranya mengalami kesan sampingan seperti demam dan sakit kepala. Apabila terlalu banyak perkongsian, pasti timbul kekeliruan. Kekeliruan sehingga langkah yang salah di ambil.
Lelaki ini tampil menjelaskan kekeliruan ini, Sir Mas Faiz seorang guru tutor, pernah menjadi ahli kimia di syarikat ternama dan sekarang calon PhD di Universiti Malaya menjawab kekeliruan pengambilan PANADOL selepas atau sebelum divaksin dan jenis-jenis panadol dan tahap keberkesanannya. Jom ikuti perkongsian lelaki ini di laman sosial:
1. Soalan wajib tahu pengambilan panadol sebelum atau selepas divaksin?
Jenis-jenis PANADOL kesan sampingan
1. Panadol Antifast
2. Panadol Optizorb
3. Panadol Extra
4. Panadol Extend
5. Panadol Soluble
6. Panadol Menstrual
Di harap dengan perkongsian ini, tiada lagi kekeliruan dikalangan rakyat Malaysia, namun Sir Mas Faiz juga berpesan kepada semua yang telah divaksin yang mempunyai kesan sampingan agar tidak mengambil PANADOL dengan dos yang berlebihan. Jaga SOP jaga kebersihan kendiri!
SUMBER: Twiter @masfaizhakim
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Keletihan, mabuk dan juga sakit-sakit badan adalah perkara biasa buat seorang wanita yang sedang mengandung. Tidak kurang juga yang mengalami ketidakstabilan hormon dan emosi, marah-marah suami dan juga stress.
Namun, tahukah anda wahai bakal ibu sekalian bahawa terdapat 14 kemuliaan yang Allah S.W.T kurniakan kepada anda sepanjang anda hamil dan ianya tiada galang gantinya.
1. Apabila seorang perempuan mengandung dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
2. Apabila seorang perempuan mulai sakit hendak bersalin atau melahirkan, maka Allah S.W.T mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad di jalan Allah S.W.T.
3. Apabila seorang perempuan melahirkan anak, hilanglah dosa-dosanya seperti keadaan dia baru dilahirkan.
4. Apabila telah lahir anaknya lalu disusuinya,maka bagi ibu itu setiap seteguk daripada susunya diberi SATU kebajikan.
5. Apabila semalaman si ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.
6. Rakaat solat wanita yang sedang hamil adalah lebih baik dari pada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
7. Wanita yang memberi minum air susu (ASLI) kepada anaknya dari dirinya sendiri akan mendapat 1 pahala pada tiap-tiap titis susu yang diberikannya.
8. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan diampunkan oleh Allah S.W.T seluruh dosanya dan apabila ia menghiburkan hati anaknya Allah memberi balasan 12 tahun pahala ibadah.
9. Wanita yang hamil akan dapat pahala terus berpuasa pada siang hari.
10. Wanita yang hamil akan dapat pahala terus beribadah pada malam hari.
11. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa, serta setiap kesakitan pada satu uratnya Allah S.W.T mengkurniakan satu pahala haji.
12. Sekiranya wanita mati di masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dianggap sebagai mati syahid.
13. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2.5 tahun), maka para malaikat di langit akan mengkhabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
14. Jika wanita memberi susu dirinya pada anaknya yang menangis, Allah S.W.T akan memberi pahala satu tahun solat dan berpuasa.
Jadi, janganlah kita sering mengeluh dan mendengus ketika mengandung. Banyakkan bersabar dan berdoa kerana kurniaan Allah S.W.T itu tidak ternilai harganya.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Siti Khadijah, jenama yang sinonim dengan kualiti dan keselesaan produk pakaiannya mengumumkan keraian ulang tahun ke-15 dengan majlis perasmian Laman Khadijah - The Home...