Para hijabi perlu mengetahui bahawa warna getah “braces” memainkan peranan yang sangat penting kerana mampu mempengaruhi penampilan anda. Pernah tak anda melihat seseorang yang memakai “braces” dan merasakan bahawa mereka kelihatan begitu menawan tetapi ada pula yang kelihatan biasa? Ha inilah rahsianya.
Dengan warna getah yang betul, anda boleh tampil dengan lebih yakin dan senyuman anda pasti akan menjadi kegilaan ramai.
Braces atau pendakap gigi adalah alat yang membantu untuk meratakan atau mengemaskan gigi yang berantakan. Penggunaan pendakap gigi ini biasanya mengambil masa yang lama sehingga bertahun-tahun mengikut pada keadaan gigi anda. Sebahagian golongan terutamanya golongan muda kini memakai pendakap gigi hanya disebabkan “trend“. Tetapi ingat ya, jangan terpedaya dengan “fake braces”. Buruk padahnya nanti.
Pemakaian warna getah braces mengikut warna kulit anda.
Untuk mendapatkan warna getah yang tepat, anda perlu terlebih dahulu menyesuaikannya dengan jenis kulit dan warna rambut anda. Jika anda mempunyai kulit gelap, anda disarankan untuk memilih getah yang berwarna gelap. Namun jika anda mempunyai kulit cerah, anda boleh mencuba warna yang cerah.
Ads
1.PINK
Warna ini adalah antara kegemaran pemakai braces. Jika anda mempunyai tona kulit yang cerah, warna ini sempurna untuk anda. Ditambah pula jika dipadankan dengan warna bibir merah jambu anda, memang menawan!
2. UNGU VIOLET
Warna ungu violet ini sangat sesuai untuk anda yang berkulit sawo matang. Ungu adalah warna yang selamat untuk dipadankan dengan apa-apa warna pakaian anda. Ini disebabkan warna ungu tidak menimbulkan kesan yang tajam atau menonjol, sebaliknya memberikan kesan neutral.
3. KELABU ATAU PERAK
Warna pendakap getah kelabu juga dikatakan warna yang selamat untuk dipilih. Kelabu atau perak merupakan warna neutral dan tidak menonjol. Terlihat seperti anda tidak memakai pendakap gigi langsung. Tambahan itu, warna getah ini tidak akan meninggalkan sebarang kesan makanan.
4. BIRU MUDA
Biru muda boleh menjadi pilhan yang tepat untuk anda. Warna biru muda selalunya melambangkan personaliti yang ceria,“bubbly” dan tenang. Selain biru muda, anda juga boleh mencuba warna teal. Ditambah pula jika anda berkulit cerah, amatlah sepadan. Jangan bimbang, jika anda berkulit sawo matang atau gelap, anda boleh memilih warna biru tua.
Ads
5. WARNA-WARNA GELAP
Warna-warna seperti merah, hitam dan biru sering menjadi pilihan utama pemakai “braces” terutama yang baru sahaja memakainya. Sebabnya adalah warna gelap boleh membuatkan gigi kita tampak lagi cerah. Jika anda seorang “beginner“, warna ini mesti menjadi pilihan hati anda kerana warna gelap sukar untuk menjadi kekuningan atau berubah warna. Biasalah, terkadang kita tidak dapat menahan diri untuk makan makanan yang mengandungi pewarna ataupun rempah yang kuat seperti kunyit, kari, masak lemak dan sebagainya.
6. WARNA WARNI
Para hijabi yang memakai “braces” pasti ada yang sudah mencuba kesemua warna diatas dan sudah bosan kan? Boleh lah cuba padankan getah dengan warna-warni. Anda boleh mimilih untuk memadankan dua warna atau lebih. Seperti sedia maklum, warna getah braces perlu ditukar setiap bulan, jadi jangan takut untuk mencuba dan bereksperimen ya. Lebih-lebih lagi dengan warna magenta, warna ini kelihatan tenang seperti pastel tetapi tidak membuatkan anda kelihatan pelik.
Selain itu, anda juga perlu tahu warna yang sebolehnya dielakkan agar gigi anda tidak terlihat kotor atau kekuningan.
Ads
KUNING atau OREN : Gigi anda akan terlihat seperti tidak digosok dan ada kekotoran.
HIJAU : Terlihat seperti ada sayur atau lumut melekat.
COKLAT : Akan terlihat karat.
PUTIH : Mudah bertukar warna.
Sebagai kesimpulan, memilih warna getah pendakap gigi mengikut warna kulit anda akan menjadikan anda kelihatan lebih yakin dan menawan. Yang paling penting, sentiasalah menjaga kebersihan gigi anda, dan bersihkan dengan ubat kumur. Penjagaan gigi semasa pemakaian “braces” sangatlah penting. Bahaya jika dibiarkan bakteria dan kuman terkumpul pada gigi anda.
Badan mula terasa lesu dan ‘lemau’ apabila tibanya hari Isnin–mana tidaknya, sudah sakan menikmati percutian hujung minggu kini terpaksa kembali kepada realiti. Tetapi fenomena Monday Blues ini sememangnya suatu perkara yang tidak asing tidak kira bagi yang bekerja atau sekolah.
Jadi adakah anda antara mereka yang tertanya fenomena Monday Blues ini hanya rekaan semata-mata? Ataupun ianya sekadar alasan untuk bersikap malas pada permulaan minggu yang baru?
Fenomena atau hanya sekadar alasan?
Kenapa hari isnin tiap kali menjadi satu hari yang sangat di benci oleh ramai orang? Adakah ia berpunca di sebabkan permulaan minggu baru buat semua kerana bakal menghadapi mesyuarat tak menentu, kerja yang semakin bertambah, bahkan, perlu memikirkan soal kehidupan seharian?
Ada perkongsian di Hellodoktor yang menerangkan lagi mengenai keadaan Monday Blues ini. Menurutnya, terdapat kajian yang di jalankan oleh laman web Gallup pada tahun 2015 menunjukkan peratusan sebanyak 32% pekerja di Amerika Syarikat yang di percayai komited dengan pekerjaan mereka. Melalui kajian ini mereka membuat kesimpulan bahawa jika seseorang itu tidak suka akan pekerjaan mereka, kebarangkalian mereka akan mengalami Monday Blues.
Hal ini di percayai kerana fenomena tersebut merupakan fenomena dari segi psikologi. Jadi bagi setiap hari yang anda lalui tetapi merasakan ia merupakan perkara yang sama berulang kali, mungkin itu merupakan satu tanda buat anda untuk mencari kerja yang anda suka dari meneruskan dalam pekerjaan yang anda ada sekarang.
Tunggu dahulu!–Fenomena ini juga ada di kaji oleh pengeluar makanan Marmite di United Kingdom, mereka mendapati kebanyakan ‘mangsa’ kepada fenomena ini adalah mereka yang berusia di antara 45 hingga 54 tahun. Monday Blues ini juga boleh di lihat dalam pelbagai cara berpandu kepada kelakuan pekerja itu seperti selalu datang lambat ke pejabat, menjadi kurang produktif sepanjang hari, dan ada juga yang hanya terukir senyuman mereka pada waktu tengahari.
Meski pun ia di anggap sebagai fenomena yang mengacau dari segi psikologi, tetapi anda boleh mengubahnya dengan niat permulaan dalam diri anda. Anda boleh cuba untuk mulakan perubahan itu dengan beberapa cara, sepertinya:
Jaga waktu tidur di hujung minggu: Mengikut nasihat pakar perubatan tidur, Dr Gregory Carter, elakkan untuk menggunakan konsep ‘ganti’ tidur di hujung minggu malah ikut sahaja jadual tidur awal dan bangun pada waktu yang sama. Ini kerana ia boleh menganggu ritma sirkadian (kitaran masa tidur) anda dan kesukaran anda untuk terus ubah jadual itu.
Makan coklat: Coklat buat anda rasa gembira? Ya! Kajian oleh Astrid pada tahun 2013 menunjukkan kandungan coklat yang mempunyai hormon serotonin boleh merangsang perembesan endorfin.
Rancang percutian anda: Elakkan dari pergi ke tempat yang membuatkan anda terfikir mengenai pekerjaan anda, rancang percutian yang boleh menenangkan diri dan alihkan perhatian anda dari fenomena Monday Blues.
Kondisi ini boleh menjadi dengan lebih teruk jika anda kerap menerapkan dalam diri untuk sentiasa stres dan tidak suka dengan kehidupan yang anda hadapi. Ingat–perubahan diri janganlah di paksa, pastikan anda pentingkan soal kepentingan mental anda terlebih dahulu. Jangan lupa makan coklat juga!
Ziana Zain adalah antara penyanyi yang sudah mempunyai anak-anak yang semakin membesar. Dalam satu gambar keluarga di muat turut Syawal lalu, ramai netizen memuji paras rupa anak-anaknya terutama anak lelaki sulung, Muhammad Aiman yang kini berusia 18 tahun. Selain itu, penyanyi ini juga turut mempunyai seorang lagi anak lelaki Muhammad Ammar berusia 14 tahun dan pasangan kembar Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh berusia 9 tahun. Kesemuanya anak-anak ini adalah hasil perkahwinan dibina selama 20 tahun.
@dillailah_othman Waaaa…dh besar2 anak kak @iamzianazain… finally dpt tgk your family…gembira sgt…slmt hari raya kak ziana…may Allah always bless and protect your family..
@nabilahudasham Handsome anak sulung ziana hehe they look more happy now
Bukan itu sahaja, follower beliau juga tidak putus-putus memberi kata-kata semangat padanya setelah mengetahui masalah yang terjadi pada rumah tangganya sebelum ini.
@merah2288 Moga Allah limpahruahkan rahmat dan kasih sayang pd ziana dan anak2..aamiin3x yra
@mizanjojo Kami doakan kakziana kuat dan bahagia di samping anak2..
Masing-masing mendoakan Ziana Zain terus tabah dan kuat dalam meneruskan kehidupan ini demi anak-anak.
Sebelum ini umum mengetahui kemelut rumah tangga yang dialami penyanyi Puncak Kasih dan Madah Berhelah ini setelah hampir 20 tahun hidup bersama lelaki bernama Armin Zaharin Ahmad Zambri .
Malah perkahwinan keduanya juga turut mencatat sejarah dunia hiburan dan mendapat liputan meluas kerana disiarkan secara langsung menerusi TV3.
Dan semalam, segala-galanya telah berakhir apabila Ziana Zain akhirnya sah berpisah dengan bekas suaminya apabila diceraikan talak satu semalam. Armin membuat lafaz itu di hadapan Hakim Syarie, Mohd Nizar Mohtar di Mahkamah Rendah Syariah.
Sebelum itu keduanya hadir ke mahkamah untuk proses perlantikan hakanm keluarga untuk menyelesaikan kemelut rumah tangga yang dialami.
Bagaimanapun Armin selaku defendan kes itu memaklumlah bersetuju untuk melafazkan cerai terhadap Ziana sebelum prosiding bermula.
Pada 4 April lalu penyanyi bersuara lantang ini memfailkan tuntutan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah selepas Armin enggan melepaskan cerai terhdap penyanyi ini.
Difahamkan fail tuntutan perceraian itu berkaitan penderaan mental dialaminya, nafkah dan kes dera anak-anak meraka.
Bagaimanapun Ziana yang sempat ditemui wartawan sebelum pulang memberitahu dia tidak menyimpan dendam terhadap bekas suaminya itu sepanjang 20 tahun mereka berkongsi kasih sebagai suami isteri.
Menurutnya dia bukan seorang pendendam malah sudah lama memaafkan Armin sebelum mereka bercerai lagi.
Ziana turut mengharapkan semua pihak dapat mendoakan segala urusannya dan bekaas suami dipermudahkan walaupun mereka tidak lagi mempunyai ikatan suami isteri.
Baru-baru ini, penyampai radio popular, Feeya Iskandar atau Cik Piah telah dimasukkan ke unit Penjagaan Kritikal (CCU). Berkongsi keadaannya sekarang yang semakin pulih, Cik Piah juga sempat menulis di Instagram mengenai pengalamannya sepanjang berada di wad berkenaan.
ini antara pengalaman yg tak dpt di lupakan.kena duk wad ccu okey.di sebabkan sesak nafas.pada mula nya g klinik sbb cikpiah kena gegata satu badan,bayangkan lah gatal nya mcm mana kan?allergic sbb salah makan ke apa.so mintak doc inject,lepas tu mmg hilang terus gegata tu tapi tup2 lepas tu kepala terus pusing2.rasa nk pitam.terus rasa susah nk bernafas.terpikir waktu tu sebelum nk g inject tu mmg x smpt bfast.perut kosong.mungkin jgak tindak balas ubat tu kot.terus lah husband bawak g hospital sampai2 check2 pulak tekanan darah rendah.tapi bila dia kasi neb tu lega rasa nya.oksigen waktu tu pun rendah.so kena lah duk ccu.jadi jgn lah memain dengan benda2 mcm ni.punca nya sikit je nk hilangkan gatal tapi sudahnya mendapat ko duduk ccu.jadi desas desus yg kata cikpiah pregnant lagi tu.dan ucapakan tahniah.anda silap.jgn membuat sebarang spekulasi tanpa anda ketahui keadaan sebenar ye.tak pasti jgn kongsi?? terima kasih yg mendoakan sy.
Alhamdulillah kesihatan Cik Piah sudah berada di keadaan yang baik sekarang. Hijabi kena ambil nasihat Cik Piah ini tau. Jangan main-main dengan soal kesihatan. Hijabista doakan agar Cik Piah sihat selalu sebab pastinya banyak peminat yang sedih kan kalau Cik Piah tak ke udara. Tak gitu?
Serlahkan aura penampilan anda dengan stail yang lebih moden, ranggi dan sopan! Hijabista akan kongsikan idea dan juga tip untuk ‘upgrade’kan stail fesyen yang...