Kerosakan gigi seringkali terjadi apabila anda tidak menjaganya dengan baik. Ada diantara kita yang mengambil mudah tentang penjagaan gigi sampai ada yang tidak berjumpa dengan doktor gigi langsung kerana takut. Selain itu, tahukah ada makanan yang boleh membuatkan gigi anda rosak?
Punca utama gigi seorang individu itu sakit adalah kerana makanan atau minuman yang diambil. Oleh sebab itu, berjumpa dengan doktor gigi sangat penting untuk mengetahui keadaan gigi kita. Berikut adalah senarai minuman dan makanan yang boleh anda elakkan atau hadkan jika ingin gigi anda kekal sihat:
Roti putih yang dijadikan roti bakar antara makanan yang mudah untuk diambil. Akan tetapi sebenarnya ia boleh merosakkan gigi anda. Roti bakar putih menyebabkan gigi rosak apabila mengunyah roti tersebut, ia akan membuatkan kanji di dalamnya mendjadi gula dan bertukar menjadi seperti pes bergetah. Ia menyebabkan roti tersebut melakat pada celahan gigi. Kesannya akan menyebabkan kaviti.
Dinasihatkan supaya memilih roti gandum kerana ia mengandungi kurang gula dan tidak mudah dipecahkan.
Ramai yang gemar menggigit ais ketika bosan. Sebenarnya, gigit ais ini boleh menyebakan kerosakan pada enamel dan boleh menyebabkan gigi patah, sumbing atau retak! Tidak salah jika anda menyejukkan air minuman dengan ais tetapi bukan mengunyahnya.
Ramai di antara kita yang menganggap gula-gula penyegar nafas pudina sangat bagus. Pada hakikatnya, gula-gula ini diperbuat dari gula. Nama pun gula-gula pasti bahan utamanya adalah gula. Jadi, ramai yang tidak tahu penyegar nafas pudina ini boleh menyebabkan bakteria suka akan kehadiran makanan seperti ini.
Artikel Berkaitan: Guna Timun & Daun Pudina, Jerawat Hilang, Kulit Anjal & Nampak Glowing
Buah yang sangat kaya dengan vitamin C seperti buah oren, limau dan lemon semestinya sangat sedap untuk dimakan. Namun buah seperti ini mempunyai kandungan asid yang boleh membuat gigi anda terhakis, gigi cepat reput dan merosakkan enamel.
Sekiranya anda menikmati buah citrus, pastikan mengambil dengan sederhana dan jangan lupa untuk berkumur selepas itu.
Buah-buahan kering seperti kismis, aprikot atau buah tin selalu dianggapkan sebagai buah yang sihat. Selalunya buah yang kering ini mempunyai tekstur yang melekit. Ia boleh menyebabkan tersangkut pada celahan gigi dan meninggalkan banyak gula.
Pastikan anda berkumur selepas makan buah-buahan kering ini. Pilihlah buah yang segar untuk mengekalkan gigi sihat.
Bagi yang meminati pasta pasti masak pasta dengan sos tomato. Pada yang tidak tahu, tomato merupakan sayuran yang berasid dan akan menyebabkan enamel gigi pecah. Selain itu, karbohidrat pada pasta juga membuatkan kita memberi makan kepada bakteria punca gigi berlubang!
Kopi dan teh boleh dikategorikan sebagai minuman sihat jika anda tidak menembah gula pada minuman tersebut. Selain itu, kafein di dalam kopi dan teh juga boleh membuatkan mulut menjadi kering. Jadi dinasihatkan apabila anda minum teh atau kopi, kurangkan kadar gula dan pastikan minum air kosong selepas itu ya!
Pisang merupakan salah satu buah yang boleh menyebabkan gigi anda rosak dan sakit. Pisang mempunyai kadar gula dan kanji yang sangat tinggi. Oleh sebab itu juga, gula di dalam pisang boleh membuatkan rasanya manis dan sedap!
Pisang sangat bagus untuk kesihatan tetapi bukan untuk gigi anda. Kanji yang terdapat pada pisang akan larut lalu melekat pada celahan gigi di mana ia dapat menarik bakteria disekitar mulut untuk berkembang. Bukan tidak boleh dimakan tetapi pastikan anda minum air kosong atau menggosok gigi untuk menghilangkan kanji dan gula dalam mulut.
Artikel Berkaitan: Sejuk Betul Tekak Makan Snek Yang Lazat Macam Ais Krim Ini. Guna Pisang & Yogurt Je!
Akhir kata, gula dan asid merupakan sumber paling besar punca sakit gigi. Dinasihatkan supaya hindari makan makanan yang boleh menyebabkan gigi rosak. Malah, anda boleh memilih untuk makan makanan yang kaya dengan vitamin dan mineral agar gigi lebih kuat. Pastikan juga anda berjumpa dengan doktor gigi untuk mengetahui keadaan gigi.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.