Di khabarkan hari ini, 8 November, akan berlaku fenomena Gerhana Bulan Penuh pada kedudukan yang paling jauh dengan Bumi (apogee) iaitu dengan jarak 404,923km. Fenomena ini dapat dilihat secara keseluruhan di negara Asia, Australia, Amerika Utara dan Selatan serta pada sebahagian utara dan timur Eropah.
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menyeru semua masjid dan surau di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya untuk mengadakan jemaah solat sunat dan khubah gerhana bersempena fenomena hari ini. Kenyataan itu dimuat naik di laman rasmi Twitter sekaligus memaklumkan gerhana bulan penuh akan berlaku pada jam 6.45 petang hingga 8.49 malam.
Artikel berkaitan: Solat Sunat Yang Boleh Dilakukan Untuk Mengisi Malam Lailatul Qadar
Perkongsian mengenai gerhana bulan penuh ini telah dimuat naik di laman sesawang Agensi Angkasa Malaysia – MYSA
, fenomena ini berlaku apabila cakera Bulan berpaksi pada bayang umbra bumi yang berada di pertengahan bayang itu. Keadaan ini juga pernah berlaku dua kali pada tahun 2018.Malaysia juga tidak terlepas untuk menyaksikan fenomena ini. Ia akan mula terlihat pada jam 4.02 petang dan akan berakhir pada jam 9.56 malam mengikut waktu tempatan. Namun, kita tidak dapat menyaksikan permulaan fasa gerhana penumbra dan separa yang berlaku apabila Bulan berada di bawah ufuk.
Jangan risau! Masyarakat di Malaysia juga berpeluang untuk menyaksikan fenomena ini apabila Bulan mulai terbit di ufuk timur ketika ia mula mengalami fasa gerhana penuh bagi penduduk di Sabah dan Sarawak. Bagi mereka yang duduk di kawasan Semenanjung Malaysia, fenomena tersebut hanya akan mula terlihat sewaktu fasa gerhana maksimum sehingga fasa gerhana penumbra berakhir pada jam 9.56 malam.
Sudah menjadi kepastian untuk umat Islam mengerti kekuasaan Allah SWT yang mencipta sekalian alam. Maka, ini merupakan salah satu tanda fenomena yang mengukuhkan lagi Allah SWT menguasai segala-galanya.
Usaha dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk mengajak hampir seluruh masjid dan surau di kawasan Kuala Lumpur dan Putrajaya untuk adakan solat sunat dan khutbah gerhana bulan penuh. Ia bagi mengimarahkan orang ramai untuk mensyukuri serta mengagungkan kekuasaan Allah SWT.
Di fahamkan lagi, solat sunat dan khutbah Gerhana Bulan Penuh ini dilakukan seusai solat Maghrib untuk di Semenanjung. Manakala bagi Wilayah Persekutuan Labuan pula perlu melaksanakan selepas solat Isya’ pada hari ini. Ada juga di selitkan cara melakukan solat sunat ini pada laman sosial media Twitter.
Artikel berkaitan: Tiap Hari Bangun Sebelum Subuh Untuk Solat Sunat, Neelofa Kongsi Caranya Bagi Memperbaiki Diri
Jelas di sebut tentang kebesaran serta kekuasaan Allah SWT yang meliputi segalah aspek kehidupan Manusia. Mengikut Firman-Nya yang di sebut dalam al-Quran:
إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ وَالْفُلْكِ الَّتِي تَجْرِي فِي الْبَحْرِ بِمَا يَنفَعُ النَّاسَ وَمَا أَنزَلَ اللَّـهُ مِنَ السَّمَاءِ مِن مَّاءٍ فَأَحْيَا بِهِ الْأَرْضَ بَعْدَ مَوْتِهَا وَبَثَّ فِيهَا مِن كُلِّ دَابَّةٍ وَتَصْرِيفِ الرِّيَاحِ وَالسَّحَابِ الْمُسَخَّرِ بَيْنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَعْقِلُونَ ﴿١٦٤﴾
Maksudnya : “ Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kekuasan Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran.”
(Surah Al-Baqarah : ayat 164)
Sumber: Twitter JAWI dan MYSA
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.