Geram betul bila ada banyak bintik-bintik hitam ataupun ‘blackhead’ di wajah terutamanya di kawasan hidung! Bukan sahaja menjadikan wajah tidak bersih malah keyakinan diri juga turut terjejas kerana adanya bintik-bintik ini!
Namun menghilangkannya bukan semudah membersihkan wajah dengan pencuci muka atau skrub, malah ramai yang berkunjung ke pusat kecantikan untuk sesi facial yang turut membuat proses extraction untuk mengeluarkan bintik hitam.
Sabar! Jangan bazirkan wang anda! Apa kata anda cuba dengan 5 cara ringkas dan semua jadi ini. Jauh lebih murah dan juga berkesan untuk anda lakukan sendiri di rumah. Jom cuba!
Cara 1
Cara pertama ialah dengan menggunakan putih telur. Ambil telur putih mentah (pastikan tiada telur kuning tercampur), pukul sehingga kembang dan ratakan pada bahagian hidung yang ada bintik hitam. Letakkan lapisan nipis tisu diatasnya. Biarkan ia kering dan buang tisu tersebut. Bersihkan wajah seperti biasa dan sapu pelembap.
Lakukan cara ini sekerap yang mungkin untuk memastikan wajah terhindar dari bintik-bintik hitam yang merosakkan keseluruhan wajah anda.
Cara 2
Untuk cara kedua ini, kita gabungkan campuran putih telur dan juga lemon, Caranya, pukul 2 biji telur putih dan perah 1 camca teh jus lemon. Sapu pada wajah biarkan selama 15-20 minit dan bersihkan setelah ia kering.
Pastikan tiada luka pada wajah anda. Jika tidak, anda akan berasa sedikit pedih kerana jus lemon itu memberi kesan yang kuat terhadap luka anda.
Cara 3
Cara seterusnya sedikit pelik, tetapi amat berfungsi untuk menghilangkan bintik-bintik hitam di wajah anda! Pastikan anda keluarkan bahan-bahan penting seperti baking soda, garam halus dan juga produk pencuci muka anda.
Caranya, campur satu camca teh baking soda, garam halus bersama pencuci muka gel. Ratakan pada wajah yang telah dibasahkan. Biarkan selama 5 minit dan bersihkan wajah.
Cara 4
Masih menggunakan perahan jus lemon, tetapi kali ini anda jadikan ia sebagai pes.
Caranya, perah jus lemon dan campurkan dengan baking soda sehingga ia menjadi pes. Ratakan pada bahagian bintik hitam selama 20 minit dan bersihkan dengan air sejuk.
Cara 5
Gabungan jus lemon dan madu benar-benar terbukti untuk menjadikan kulit berseri, menghilangkan jerawat dan paling penting melenyapkan segala bintik hitam yang ada di wajah. Caranya mudah sahaja!
Potong buah lemon kepada separuh, letakkan beberapa titik madu di atas permukaan yang dipotong tadi. Kemudian sapu pada kawasan bintik hitam.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe