Pasangan sejoli Mira Filzah dan Wan Emir Astar yang baru sahaja menyambut kelahiran putera sulung mereka, akhirnya berkongsi nama cahaya mata mereka itu di laman sosial.
Menerusi akaun Instagram, mereka mengumumkan nama putera sulung itu yang diberi nama Wan Khair Amir bin Wan Emir Astar.
Hari ini hari ke-7 bersama putera tersayang kami. Dengan rasa penuh keinsafan dan kesyukuran, kami menamakan putera kami- Wan Khair Amir bin Wan Emir Astar.
Menurut pasangan ini, pemilihan nama tersebut dipilih sempena meraikan sifat-sifat yang elok. “Khair” itu sendiri membawa maksud baik dan elok. Manakala “Amir” pula sebagai simbolik penyatuan cinta pasangan Mira Filzah dan Wan Emir Astar.
Khair membawa makna ‘baik, elok’ juga diambil daripada nama arwah Papa (Wan Mohammad Khair-il Anuar). “Amir” pula bermaksud ‘orang yang memegang perintah, pemimpin’, juga diambil sebagai variasi daripada nama kami berdua Emir dan Amirah.
Dalam masa yang sama juga, ucapan terima kasih turut diucapkan kepada Ustaz Don Daniyal Don Biyajid kerana dapat meluangkan masa pada majlis tahnik dan bercukur yang dilakukan semalam.
Mengenai majlis yang dijalankan, Mira juga turut memuat naik Instagram Story memohon maaf kepada semua pihak yang tidak dijemput kerana majlis yang dibuat hanyalah sekadar kecil-kecilan sahaja untuk kaum keluarga terdekat.
Team Hijabista mendoakan agar putera sulung mereka Wan Khair Amir bin Wan Emir Astar menjadi anak yang soleh dan sentiasa mendapat keberkatan dari Allah SWT. InsyaAllah.
Sumber gambar: Instagram Mira Filzah
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.