Genap usia 38 tahun namun menjadi sambutan hari jadi pertama tanpa figura abah, Diana Amir luah kerinduan hati.
Kerana rindu yang paling sakit adalah rindu pada orang yang sudah tiada. Inilah yang dialami oleh selebriti dakwah, Diana Amir apabila pertama kali meraikan hari bermakna ini tanpa abahnya.
Allahyarham Dr Amir Hashim Bin Mohd Kassim menghembuskan nafas terakhir kira-kira 5 bulan lepas iaitu pada 5 Januari 2024.
Arwah yang bergelar Prof Emiritus merupakan tokoh ilmuwan disegani, malah pernah menjadi timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).
ABAH DIANA AMIR
“My first birthday without abah,” coret Diana Amir ringkas menjelang hari lahirnya yang bertarikh 22 Jun 2024.
Diana atau Nurdiyana Amir Hashim merupakan seorang selebriti dakwah dan ikon kemanusiaan terkenal, malah beliau sering dijemput menyerikan majlis-majlis ilmu serta keagamaan.
Ibu kepada tiga cahaya mata ini telah dilahirkan di Birmingham, England, dan memiliki Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia dari Universiti Sains Malaysia.
Selepas bersara daripada dunia seni pada tahun 2022, kini Diana focus menambah ilmu serta menguruskan keluarga di rumah.
Sanah helwah Diana, semoga semua kebaikan dibalas dengan ganjaran pahala melimpah-ruah.Tonton video penuh di bawah…
ISTIQAMAH
HIJABISTA berpeluang bertemu mata dan menemu bual beliau sewaktu sesi rakaman No Turning Back, Diana sempat menjawab beberapa persoalan yang diutarakan.
“Saya rasa ini satu fasa untuk saya, untuk diri saya nak dekatkan diri pada Allah SWT. Jadi saya cuma mengharapkan semua orang doakanlah.
“Bagaimanapun yang pentingnya saya tidak melanggar syarak dan yang paling penting sekali hati saya melakukan apa-apa sahaja bukan hanya berniqab tapi ibadah yang lain ikhlas lillahi ta’ala dan semoga mendapat rahmat Allah. Itu sahaja sebenarnya,” ujar pelakon Strawberi Cinta ini.
Ditanya mengenai perjalanan untuk istiqamah, Diana menjelaskan bahawa kita haruslah mencari hikmah dalam setiap tindakan yang dilakukan agar segalanya terasa dipermudahkan oleh-Nya.
“Perjalanan untuk istiqamah itu saya rasa paling penting untuk semua orang adalah dia. Kalau niat dia kerana Allah, insyaAllah pastinya kita berjalan kepada Allah, Allah akan ‘berlari’ nak membantu kita. Nak dekatkan diri kita kepada Allah SWT.
Jadi, saya rasa kita sebagai hamba Allah yang banyak kekurangan ini haruslah bersangka baik dengan Allah. Jadi apa saja yang kita buat, kita kena cari apa kebaikan di sebaliknya.
Kalau kita dapat yang buruk-buruk, kita akan rasa susah. Kita akan rasa banyak cabarannya. Tapi kalau kita nak istiqamah, cari apa hikmahnya yang kita akan dapat. Itu akan mudahkannya. InsyaAllah,” kata Diana.
Untuk rekod, setelah hampir 10 tahun berhijab, pelakon dan pengacara Diana Amir akhirnya mengambil keputusan memakai niqab sejak 2022.
Artikel berkaitan: https://www.hijabista.com.my/tak-mahu-rezeki-terlalu-banyak-lufya-omar-reda-jika-namanya-bukan-pilihan-jenama-antarabangsa/
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI