Astro kembali mengangkat pilihan pengguna media sosial menerusi penganjuran Gempak Most Wanted Awards (GMWA) 2024 dengan pengumuman calon Top 5 pada sidang media eksklusif yang berlangsung di DADI Cinema, Pavilion Kuala Lumpur.
Anugerah berprestij di bawah jenama Astro Gempak ini merangkumi 11 kategori termasuk Selebriti Tergempak, Program Digital Tergempak, Digital Creator (Lifestyle) Tergempak, Digital Creator (Foodie) Tergempak dan Digital Creator (Motivation & Education) Tergempak.
Edisi tahun 2024 turut memperkenalkan anugerah khas Keluang Man of the Year yang mengiktiraf individu yang memberi impak positif dalam komuniti, juga anugerah utama Gempak Most Wanted 2024 untuk calon individu yang mendapat undian tertinggi secara keseluruhan.
Antara yang tercalon dalam senarai Top 5 GMWA 2024 termasuk penyanyi popular Aina Abdul yang kembali mendominasi persaingan kali ini dalam tiga kategori iaitu ‘Lagu/Audio Tergempak’ (Cinta Tak Pernah Tepat Waktu, bersama Fabio Asher), ‘Program Digital Tergempak’ (Confession Bilik Gelap), dan juga menerusi lagunya Puas Sudah dalam ‘Video Muzik Tergempak’.
Pemenang anugerah utama edisi 2023, pelakon Anna Jobling, turut kembali tercalon dalam kategori ‘Selebriti Digital Tergempak’ bersama-sama pelakon pecah panggung Amir Ahnaf, Meerqeen, Erysha Emyra dan Scha Elinnea.
Manakala kategori ‘Digital Creator (Beauty & Fashion) Tergempak’ antara pecahan terbaharu dalam senarai kategori GMWA 2024 menampilkan personaliti media sosial kegemaran ramai Sofea Shra, Hawa Johanis, Malia Baby, Agy dan Yana Hassan sebagai calonnya.
Meneruskan tradisi meraikan pencapaian individu yang mencetuskan fenomena di media sosial, GMWA 2024 juga menampilkan lagu tema baharu bertajuk ‘Gempak Most Wanted’ nyanyian duet Hael Husaini dan Nadeera Zaini.
GMWA 2024 turut mencatat sejarah baharu menerusi undian fasa pertama, yang berlangsung dari 28 November hingga 28 Disember 2024. Jumlah undian merekodkan pencapaian luar biasa sebanyak 9.5 juta, iaitu lapan kali lebih tinggi berbanding edisi sebelumnya iaitu1.3 juta undian.
Mengulas kejayaan ini Ketua Content Studio Astro, Syazwan Zakariah, berkata, “Peningkatan undian yang luar biasa tahun ini mencerminkan sokongan serta minat mendalam rakyat Malaysia terhadap GMWA. Rekod ini bukan sahaja mengukuhkan kedudukan GMWA sebagai platform utama meraikan bakat dan personaliti digital, tetapi juga menjadi inspirasi buat kami untuk membawa edisi 2024 ke tahap yang lebih gemilang. Kami amat berbesar hati dan teruja untuk terus meraikan kejayaan ini bersama para peminat dan komuniti digital. Setinggi-tinggi terima kasih kepada Fritilldea, selaku pereka seni GMWA pada kali ini kerana membawa idea-idea kami menjadi nyata menerusi visual yang diterbitkan.”
GMWA 2024 bakal menyinari pentas dengan tema ‘Flex Your Art’, menyeru setiap pencipta kandungan digital untuk meneroka dan menonjolkan keunikan karya menerusi pelbagai medium. Tema ini menjadi platform untuk meraikan nilai dan keistimewaan setiap ciptaan, memupuk rasa bangga secara positif, serta menginspirasi keberanian berkongsi karya di pentas dunia tanpa batasan. Acara ini mengekalkan hos tetap program, Amelia Henderson dan Sean Lee, di samping Sherry Alhadad sebagai pengacara.
Malam anugerah berprestij ini akan dimeriahkan dengan persembahan daripada artis-artis terkenal seperti Zizan Razak, Ernie Zakri, Hael Husaini, Amir Masdi, Ara Johari, Nadeera Zaini, Mimi Fly, Insomniacks, serta wajah-wajah baharu seperti 53 Universe, Naki dan Najmi Niery. Bakal membuat kejutan adalah persembahan seorang diva terkemuka, sebuah band popular dan bintang dari seberang.
“Kita akan umumkan seminggu sebelum acara berlangsung. Semuanya sudah ‘confirm’ cuma kita hendak ada kejutan kepada peminat-peminat. Kita akan ada seorang diva terkenal. KIta juga akan ada band popular dan juga Insha-Allah tetamu dari Indonesia,” jelas Syazwan kepada pihak media.
TOP 5
#GempakMostWantedAwards
Undian fasa kedua, atau pemenang utama bagi setiap kategori boleh dilakukan di laman rasmi www.gempakmostwantedawards.com bermula 15 Januari 2025, jam 6 petang sehingga 23 Februari 2025, jam 12 tengah hari.
GMWA 2024 bakal berlangsung secara LIVE pada 23 Februari 2025 dari Auditorium MBSA, Shah Alam, eksklusif di saluran Astro Ria (104), On Demand, Astro GO, sooka dan semua platform digital Astro Gempak. Malam anugerah ini bakal membawakan tema ‘Flex Your Art’.
Pakej Astro One kini tersedia dari RM49.99. Tingkatkan pengalaman penstriman anda dengan menambah Astro Fibre 500Mbps bersama Pakej Entertainment hanya dengan RM139.99/bulan. Untuk melanggan atau menaik taraf ke Astro One, layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03 9543 3838.
SENARAI KATEGORI & CALON GMWA 2024
Lagu/Audio Tergempak 2024
1 “Sabar, nape tak sabar ni?”
Pipija
2 Alahai
Ezra Kairo
3 Angau
Fahimi Rahmat
4 Cinta Tak Pernah Tepat Waktu
Aina Abdul & Fabio Asher
5 Sangkar Derita
Haqiem Rusli
Program Digital Tergempak 2024
1 Confession Bilik Gelao
Aina Abdul
2 Dol’s Podcast
EP05 (Part 3)
3 PodcaSTERK
Keputusan SPM 7G
4 Sembang Seram
Janna Nick
5 Seram Selebriti
Fadhli Masoot
Ads
Drama Tergempak 2024
1 Cinta Untuk Sekali Lagi
Astro Ria
2 Dedaun Hijau Di Angin Lalu
Astro Ria
3 Nuh & Nayla
TV3 Malaysia
4 Syurga Itu Bukan Mudah
Astro Ria
5 Uncle Boss Mama
Astro Ria
Video Muzik Tergempak 2024
1 Belum Mulai
Insomniacks & Nabila Taqiyyah
2 Classic
DOLLA
3 Masing-Masing
Ernie Zakri & Ade Govinda
4 OMK
Zubir Khan ft Ezra Kairo
5 Puas Sudah
Aina Abdul
Digital Creator (e-sports) Tergempak 2024
1 Kambing Golek
2 King Yonnyz
3 Pok Ro
4 Thanuk Nukk
5 Zulfikar Obot
Ads
Digital Creator (Motivation & Education) Tergempak 2024
1 Adzrin Adzhar
2 Dr Say Shazril
3 Fathi Hussein
4 Muhammad Noor
5 Tun Laila
Digital Creator (Lifestyle) Tergempak 2024
1 Afie
2 Amin Abid
3 Fikri Zamri
4 Nor Padilah
5 Rasyidinneedyou
Digital Creator (Entertainment) Tergempak 2024
1 Acap S
2 Kasih Iris Leona
3 Ryan Bakery
4 Shah Zakaria
5 Steph Beauty
Ads
Digital Creator (Beauty & Fashion) Tergempak 2024
1 Agy
2 Hawa Johanis
3 Malia
4 Sofea Shra
5 Yana Hassan
Digital Creator (Foodie) Tergempak 2024
1 Capikkkkkk
2 Che Sayang Kitchen
3 Hazwan Ramli
4 Khairul Aming
5 Syiqin Azrin
Selebriti Tergempak 2024
1 Amir Ahnaf
2 Anna Jobling
3 Erysha Emyra
4 Meerqeen
5 Scha Elinnea
Keluang Man Of The Year
1 Aleeya Zailan
2 Yayan
3 Kapten Zahiruddin
4 Abbe Hae
5 Team LKP
6 Leeroy Wong
7 Abang Nobady
8 Staf Sarjan Nor Khalid
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Pendakwah terkenal, Oki Setiana Dewi yang juga kakak kepada pempengaruh Indonesia, Ria Ricis baru-baru ini berkongsi perkembangan terkininya bersama suami dan anak-anak di Kaherah, Mesir.
Perkongsian itu dimuat naik di Instagram miliknya. Kelihatan Oki Setiana Dewi bahagia dan gembira dengan kehidupan terkininya itu bersama suami dan anak-anak tersayang.
Memetik perkongsian di portal HaiBunda, hampir dua minggu mereka sekeluarga menetap di sana.
Pendakwah ini turut memaklumkan dia kini sedang mencari sekolah yang sesuai buat empat orang anaknya iaitu Maryam Nusaibah Abdullah, Khadeejah Faatimah Abdullah, Ibrahim Muhammad Abdullah, dan Sulaiman Ali Abdullah.
Menerusi hantaran yang sama, Oki Setiana Dewi berkongsi koleksi foto yang memaparkan aktiviti bersama suami dan anak-anak selama beberapa hari mereka di Mesir.
“Sudah 10 hari di Mesir. Hari-hari sibuk menguruskan visa pelajar, mendaftar sekolah anak-anak, mencari tempat tinggal, menghadiri beberapa jemputan rakan-rakan di sini,” tulisnya.
Bukan itu sahaja, Oki Setiana Dewi turut memberitahu dia kini sedang sibuk menyiapkan ilmu untuk pendidikannya serta anak-anak.
“Persiapan ilmiah untuk memasuki tahun persekolahan baharu untuk saya dan anak-anak pada September nanti.”
Oki Setiana Dewi turut berdoa agar segala urusannya selama tinggal di Mesir sentiasa dimudahkan oleh Allah SWT.
“Tempat baru, lingkungan baru, orang-orang baru, ilmu-ilmu baru, semoga Allah mudahkan.’
Untuk info, Oki Setiana Dewi sebelum ini pernah mengumumkan perancangannya untuk berhijrah ke Mesir kerana mahu mendalami ilmu agama serta menyambung pengajian sekaligus meninggalkan kerjaya seninya.
Urusan penghijrahannya itu sebenarnya sudah dirancang sekian lama bersama suami, .
Sebelum terbang ke Mesir, Oki Setiana Dewi telah menyiapkan banyak perkara antaranya mempelajari bahasa Arab. Dia turut memindahkan anak-anaknya ke sekolah Arab di Jakarta.
Bintang filem ‘Ketika Cinta Bertasbih’ ini mengakui tidak ralat membuat keputusan tersebut di saat kerjaya seni dan aktiviti dakwahnya sedang berkembang.
Sepanjang ketiadaannya, Yayasan Maskanul Huffadz yang ditubuhkan untuk tujuan pendidikan keagamaan tetap diteruskan.
Hayat bateri telefon bimbit yang tidak tahan lama membuatkan anda jemu? Kini memperkenalkan HUAWEI Y6p yang hadir dengan bateri BESAR, skrin BESAR dan BESAR dari segi gayanya!
Bagaimanakah baterinya sebanyak 5000mAh mampu membuatkan segalanya menjadi lebih baik? Melalui uji kaji yang dijalankan, siri HUAWEI Y yang terdahulu (HUAWEI Y9s) dengan bateri 4000mAh mampu bertahan sekurang-kurangnya selama 10 jam untuk penggunaan internet, 9 jam masa bermain game atau seharian suntuk boleh memasang lagu-lagu kegemaran anda.
Selain itu, bateri yang hebat juga menunjukkan bahawa anda tidak perlu risau dan tercari-cari pengecasnya sewaktu merakam momen-momen indah semasa musim perayaan untuk dikongsikan bersama keluarga dan sahabat tersayang nanti.
Telefon pintar ini juga hadir dengan rekaan memukau yang ternyata sesuai dengan setiap OOTD yang anda gayakan. Memiliki rekaan yang sporty dan unik di bahagian belakang, Huawei Y6p juga hadir dalam tiga warna berbeza yang pasti menambat hati iaitu Emerald Green, Phantom Purple dan Midnight Black.
Visual Yang Luas Dan Jelas
Di samping itu, paparan Dewdrop 6.3” dengan ratio ‘88.4% screen-to-body’ memberikan anda visual yang luas lagi mengasyikkan. Jadi, dapatlah anda menonton segala filem pilihan atau bermain permainan pilihan dengan grafik yang mengujakan tanpa gangguan. .
Ia juga memiliki kamera 13 MP dengan kamera wide-angle yang boleh memuatkan seluruh ahli keluarga dalam sebuah foto. Kamera 8MP di bahagian depan pula membolehkan anda membuatkan panggilan video dengan visual yang jelas. Oh ya, video TikTok anda juga akan menjadi bertambah bagus dan menghiburkan bila segala aksi dapat dirakam dengan baik dan jelas.
Ciri Keselamatan Kukuh & Pelbagai Ganjaran Menarik
Memahami kehendak pengguna yang suka menyimpan gambar dan video, Huawei Y6p hadir dengan 64GB ruang simpanan dan ditambah lagi dengan 15GB cloud simpanan percuma selama 12 bulan.
Huawei juga turut memiliki AppGallery yang mengandungi pelbagai aplikasi popular seperti Maybank2U, RHB Bank, PB Engage, Touch n go e-wallet, Shopee, Lazada, Facebook, Whatsapp, Astro Go, Here WeGo dan banyak lagi!
Dengan 4 lapisan pelindungan, pengguna tidak perlu risau untuk menggunakan sebarang aplikasi dari AppGallery kerana ia lengkap dengan ciri keselamatan yang kukuh.
Tambah menarik lagi, anda boleh menggunakan pelbagai aplikasi yang anda mahu dari seluruh dunia berbanding menggunakan Google yang mana terdapat sesetengah aplikasi yang tidak dapat diakses melaluinya.
Selain itu, AppGallery dari Huawei membolehkan anda menebus pelbagai ganjaran menarik daripadanya. Ia sememangnya lebih selamat, lebih banyak ruang simpanan dan lebih ganjaran!
Pengguna juga boleh memuat turun aplikasi yang dipanggil FindApps di AppGallery. Ia meghubung anda terus ke aplikasi yang diperlukan seperti Grab, Facebook, Telegram, Facebook dan lain-lain lagi.
Jadi, apa tunggu lagi? Segeralah dapatkan Huawei Y6p anda sekarang berserta dengan Huawei Matepad T, Huawei Band 4 Pro untuk hanya RM3.69 sehari: https://huaweitogether2020.3ex.com.my/
Tawaran Istimewa Pelbagai Hadiah Istimewa
Sekarang, anda dapat berhibur dengan menggunakan Y6p together bersama dengan Matepad T untuk menonton filem atau Band 4 Pro yang membolehkan anda kekal berdisiplin sewaktu bersenam.
Selain menerima 15GB cloud simpanan selama 12 bulan secara percuma, anda juga bakal menerima sebulan langganan untuk HUAWEI Video dan VIU. (Penebusan VIU bermula pada 25 Mei, siapa cepat dia dapat!)
Pada masa yang sama, Huawei turut mengumumkan harga terkini untuk telefon Y5p adalah RM359.
Bersempena dengan bulan Ramadhan, Huawei akan memberikan tawaran istimewa bagi produk terbaharu mereka pada 16 Mei 2020. Segala produk terkini Huawei akan turut terlibat dalam promosi besar-besaran kempen mereka termasuklah telefon pintar, tablet, laptop dan pembesar suara.
Sesiapa yang membeli produk Huawei memang beruntung kerana mereka layak mendapat hadiah percuma. Untuk mengetahui lebih lanjut, layarilah ke https://bit.ly/2WC4n9a
Bagi mendapatkan Huawei y6p anda hari ini pada harga hanya RM559 sahaja, sila pergi ke https://bit.ly/3fY41kW
Siapa yang tak rambang mata apabila melihat pelbagai koleksi tudung yang pelbagai corak dan gaya. Hijabi yang stailo dan pandai bergaya mesti ada menjadikan tudung terkini sebagai koleksi mengikut kehendak pasaran. Pasti ada yang telan hanya air liur melihat harga edisi terhad dan edisi istimewa shawl dari dUCkscarves, Sugarscarf ataupun jenama lain.
Usah risau kerana admin nak kongsi bagaimana untuk anda mendapatkan tudung eksklusif ini. Bukan itu sahaja, malah cara ini juga boleh dijadikan bajet untuk pergi menunaikan umrah mahupun haji.
Selalunya apabila menerima gaji, masyarakat kita amat sukar menyimpan. Ada saja bayaran atau hutang yang perlu dilangsaikan. Niat mahu menyimpan itu ada, tetapi sering tergendala dek masalah kewangan yang tidak teratur. Kadang-kadang apabila sudah berjaya menyimpan, terpaksa mengeluarkannya untuk dibelanjakan.
Jadi, bagaimana caranya nak menyimpan wang dengan lebih berdisiplin dan selamat? Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Maybank menyediakan kemudahan untuk penggunanya menyimpan wang secara potongan bulanan yang ditetapkan secara online. Menarik bukan? Ibarat bermain ‘kutu’ dengan diri sendiri, lebih selamat dan bila tiba tempohnya, pasti akan dapat.
Ikuti perkongsian gadis ini yang memberi tunjuk ajar bagaimana caranya untuk bermain ‘kutu’ di bank secara selamat.
FLEXI SAVER PLAN
Salah satu cara saya menyimpan ialah dengan Flexi Saver Plan. Contohnya, ligat nak bayar lumpsum untuk bayar road tax kereta, kenapa tak cuba cara ini?
Sebagai contoh, saya simpan RM100 sebulan selama 12 bulan untuk bayar road tax kereta bulan Mei 2017 akan datang. Saya sudah mula menyimpan dengan Flexi Saver ini sejak bulan Mei 2016.
Jadi setiap bulan, RM100 akan ditolak dari akaun bank saya pada 2 hari bulan. InshaAllah pada 2 Mei 2017 nanti, RM1200 akan masuk semula dalam akaun. Maka dengan duit itu saya boleh bayar road tax kereta tanpa sebarang masalah.
Berikut adalah caranya (boleh juga rujuk gambar di bawah artikel ini)
Login akaun Maybank anda seperti biasa
Klik pada Accounts & Banking
Klik Personal Saver Account
Di sebelah kanan, klik pada Setup Flexi Saver Plan
Anda boleh pilih dari 12 bulan ke 60 bulan mengikut keperluan masing-masing
Tujuan? Pilih mengikut pilihan yang sedia ada
Pilih tarikh yang anda sendiri kehendaki duit ditolak dari akaun bank anda setiap bulan
LIHAT CONTOH DI BAWAH
Disember 2015 : RM150/bulan (12 bulan)
Setiap 30 haribulan setiap bulan bermula dari Disember 2015, RM150 dalam akaun akan ditolak secara automatik dan 30 Disember 2016, duit masuk semula ke dalam akaun. RM150 x 12 = RM1,800
Pastikan setiap 30 haribulan dalam akaun cukup RM150 untuk ditolak.
Duit ini tidak akan muncul dalam baki akaun anda sehingga tiba tarikh matangnya. Maksudnya duit itu pihak bank sudah siap letak tepi. Jadi, anda tidak perlu risau untuk berbelanja menggunakan wang yang ada dalam akaun bank kerana simpanan tersebut telah diasingkan.
Dengan cara ini bukan sahaja bermacam-macam koleksi khas tudung ada dalam almari, tetapi juga barangan lain. Bukan itu sahaja, cara ini juga boleh digunakan untuk membeli barangan atau keperluan lain yang memerlukan belanja tinggi. Cuba dulu baru tahu!
Nota Kaki:
Jika ada yang belum mempunyai akaun Maybank, cakap nak buka akaun Personal Saver. Initial RM10. Baki minimun RM1. Then baru boleh guna Flexi Saver Plan. Kalau dah ada (yang “Kawanku” atau tengok kat M2U takde function ni), pergi ke Maybank untuk convert je yang ada sekarang ke Personal Saver.Baca lagi kat sini : http://www.maybank2u.com.my/WebBank/m1acc_PerSaver300312.pdf
Ria Ricis adalah pencipta kandungan yang telah memberi impak besar di Indonesia. Auranya terus menarik perhatian ramai sehingga kini. Dia bukan sahaja terkenal dengan...