Pelakon berdarah Cina, Jasmine Suraya Chin mengakui bahawa dia menghadiri kelas tahfiz anjuran rakan selebriti, Neelofa pada mulanya dengan niat hanya untuk mendengar sahaja.
Namun, lama kelamaan dia telah jatuh cinta dan gemar menghadiri kelas tahfiz itu. Malah Jasmine merasakan ia merupakan satu perjalanan terindah dalam kehidupannya.
“Ketika saya menghadiri majlis sebelum ini, saya pakai pelitup muka kerana kalau boleh tak mahu orang kenal, duduk pun belakang. Cuma saya hadir sekadar untuk mendengar,” ujarnya.
“Saya belajar secara berperingkat. Saya rasa saya suka kerana ia jadi pegangan hidup,” kata Jasmine.
Artikel berkaitan: Upload Foto Berhijab, Penampilan Versatile Jasmine Suraya Buat Semua Terpukau
Tambahnya lagi, jika dia harus memilih antara kerjaya dan agama, pilihan utama bagi Jasmine pastinya agama kerana ia penting untuk menentukan hala tuju dan kehidupan seseorang.
“Perubahan di dalam industri seni berubah dalam masa yang sangat cepat. Suatu hari kita berada di atas atau sebaliknya.
“Jadi, untuk memiliki sesuatu yang saya tidak ada dalam hidup (agama), bagi saya ia rasa selamat dan stabil seperti mempunyai arah,” ujarnya.
Ketika ditanya, setelah mendekatkan diri dengan majlis-majlis keagamaan, adakah dia akan melakukan penghijrahan iaitu menutup aurat dengan sempurna. Ini respons Jasmine.
“Biarlah perlahan-lahan belajar. Saya sayangkan sesebuah agama itu, saya tak tahu prosesnya berlaku dalam keadaan tertekan,” jelasnya.
Terdahulu, pelakon drama Hilang mengatakan dia hadir secara senyap-senyap ke program agama kerana tertarik untuk mengetahui tentang Islam sejak tiga tahun kebelakangan ini.
Sumber: Media Hiburan & Instagram Jasmine Suraya Chin
Artikel berkaitan: 6 Influencer Hijabi Dari Luar Negara Yang Boleh Jadi Inspirasi Gaya Baru Anda!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.