Ahli kumpulan De Fam iaitu Cik Manggis atau nama sebenarnya Nurshazwani Shamsuddin nampak semakin manis apabila mengambil keputusan untuk berhijab baru-baru ini.
Tetap setia meneruskan perjuangannya bersama kumpulan tersayang, penampilan isteri kepada Syazmin Firdaus ini mencuri perhatian ramai kerana gayanya yang ringkas namun tetap stailo.
“Orang kata, orang rendah jangan pakai baju oversized nanti nampak pendek. Manggis kata, pakai apa yang awak selesa.” 😋
Cantiklah gaya Cik Manggis ni. Memang sekarang knitwear dan sweat shirt menjadi trend yang hangat di pasaran. Sis janganlah takut nak pakai baju oversized, tengok Cik Manggis pakai cun je! Bukan sahaja nampak lebih sopan, malah bertambah cute tau!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Tahniah admin ucapkan buat pelakon, pengacara kecil molek Elfira Loy yang selamat bertunang dengan pilihan hatinya, Sufian Suhaimi dalam satu majlis secara tertutup di kediaman Elfira sekitar jam 3 petang tadi.
Dalam majlis itu kedua-dua pihak berbalas dulang 5 daripada pihak perempuan dan 7 daripada pihak lelaki. Kedua-duanya akan melangsungkan perkahwinan mereka pada bulan Mac tahun depan. Semoga segala urusan ke arah mendirikan majlis berjalan dengan baik dan lancar.
Pasangan yang sama cantik sama padan ini memilih tema batik di majlis ini. Kelihatan Elfira sangat cantik menggayakan persalinan batik yang lain daripada yang lain.
A post shared by rizmanruzaini (@rizmanruzaini) on
Kebetulan pula tema batik untuk majlis perkahwinan tengah trending dan digunakan oleh pasangan ini untuk merealisasikannya di majlis pertunangan mereka. Pereka Duo Rizman Ruzaini mencipta busana khas untuk Elfira gayakan di majlis pertunangannya itu. Cukup manis dan cantik sekali penampilan Elfira menggayakan kebaya peplum ini yang dipasangkan dengan kain batik.
A post shared by rizmanruzaini (@rizmanruzaini) on
Sementara Sufian pula tampak segak berada di samping Elfira dengan menyarung busana rekaan Fairuz Ramdan juga dari fabrik batik. Kejelitaan Elfira petang tadi cukup terserlah dengan sentuhan solekan Najeeb Azami.
Pasangan ini juga turut menggayakan persalinan kedua juga dari rekaan Rizman Ruzaini. Elfira tampak anggun menyarung kurung moden dengan suntikan ‘feather’ di bahagian dada dengan padanan hijab rona sedondon. Pasangannya pula lengkap berbaju Melayu Teluk Belanga dengan padanan sampin.
A post shared by rizmanruzaini (@rizmanruzaini) on
Elfira dan Sufian telah bertemu setahun yang lalu dan setelah mengenali hati budi masing-masing, kedua-duanya bersepakat untuk mengakhiri ikatan persahabatan dengan majlis pertunangan dan seterusnya perkahwinan tahun depan. Tahniah admin ucapkan.
Alexandrina Denysenko, seorang pramugari senior yang berpengalaman selama tujuh tahun, mengatakan bahawa dia kadang-kadang tidak mempunyai masa terluang untuk duduk semasa penerbangan dan selalu berharap dapat merehatkan kakinya yang bengkak setelah menghabiskan berjam-jam memakai tumit.
Kini, mimpinya menjadi realiti apabila SkyUp Airlines, syarikat penerbangan Ukraine memutuskan untuk menghentikan penggunaan kasut bertumit tinggi dan skirt pensil setelah mengumpulkan maklum balas daripada pramugari mengenai pakaian seragam mereka.
Pakaian seragam SkyUp yang baru untuk wanita kini merangkumi kasut Nike putih dan seluar oren longgar dengan seluar dan selendang sutera yang mana kedua-duanya dibuat oleh jenama Ukraine. Pemakaian T-shirt putih pula akan menggantikan blaus.
“Benar, kasut tumit tinggi kelihatan cantik namun kaki menderita dan membengkak pada akhir penerbangan kerananya. Berbanding sneakers, ia benar-benar selesa,” kata Alexandrina kepada Reuters.
“Minta dijauhkan, tetapi jika anak kapal harus melakukan pendaratan di air dan kecemasan, tumit boleh merosakkan tangga dan akan menyukarkan pergerakan,” katanya.
Syarikat itu mengatakan bahawa mereka meneliti sejarah seragam kru kabin dan memutuskan untuk membuang apa yang mereka sebut iaitu elemen ‘konservatif’ daripada penampilan pramugari.
“Walaupun gambaran kerja sebagai seorang pramugari wanita sangat popular, namun pekerjaan mereka menuntut banyak latihan fizikal,” kata ketua jabatan pemasaran SkyUp Airlines, Marianna Grygorash.
Pakaian seragam baharu ini akan dilancarkan secara rasminya pada 22 Oktober akan datang.
Marianna mengatakan syarikat itu juga merancang untuk melancarkan pakaian seragam baru untuk kru lelaki. Mereka akan mengenakan suit berbanding vest dan kemeja-T bukannya baju berkolar, digabungkan dengan kasut Nike hitam.
“Jika seluruh dunia dan semua fashionista memakai kasut, mengapa tidak membawanya ke dunia penerbangan?” kata pramugari Zoryana.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Pakaian Muslimah itu adalah pakaian yang ringkas dan tidak terlalu berlebihan serta banyak perhiasan.
Paling penting mengikut syariat. Berikut tujuh gaya sempurna hijabi yang sederhana tapi tetap nampak fashionable.
Berpakaian Longgar & Labuh
Pakaian longgar dan labuh pastinya tidak menampakkan bentuk badan. Hijabi boleh memilih sama ada untuk menyarung jubah atau dress.
Solekan Yang Tidak Berlebihan
Gaya makeup yang ringkas sudah memadai. Cukuplah sekadar sapuan bedak dan calitan gincu rona natural.
Hijab Ringkas
Hijabi tetap akan kelihatan menarik jika hanya menyarungkan hijab dengan gaya ringkas. Less is more adalah lebih baik sis!
Gaya ‘Old School’
Siapa kata gaya ini ketinggalan zaman. Contohnya, menyarungkan baju kurung polos atau bercorak bunga-bunga kecil. Sweet sangat! Bertambah sweet kalau ianya dipadankan dengan tudung bawal.
Pakai Stoking
Salah satu cara menutup aurat terutama jika hijabi memakai kasut tidak tertutup. Salah satu kelebihannya ialah mudah untuk solat tanpa mengenakan telekung.
Tidak Ketat
Cara berpakaian yang ketat, juga dilarang oleh Nabi SAW. Ini kerana gaya berpakaian yang ketat seperti orang yang berpakaian tetapi ‘telanjang’.
Menjadi Diri Sendiri
Hijabi yang tampil dengan sikap percaya diri pasti akan kelihatan menarik. Mereka yang mencintai dirinya sendiri juga akan lebih mudah dicintai oleh orang lain.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Serlahkan aura penampilan anda dengan stail yang lebih moden, ranggi dan sopan! Hijabista akan kongsikan idea dan juga tip untuk ‘upgrade’kan stail fesyen yang...