Berita

Gelaran ‘Hajah’ Turning Point Buat ELFIRA LOY Jadi Muslimah Lebih Baik, Mantapkan Ilmu Agama & Ibadah

Share

Sejak pulang dari menunaikan ibadah Haji baru-baru ini, pelakon cantik berusia 30 tahun Elfira Loy dilihat semakin berseri-seri. Gelaran Hajah Elfira Loy menjadi turning point kepada kehidupan termasuk penampilan terkininya

Kredit Foto: elfiraloy
Kredit Foto: elfiraloy

ELfira Loy kini lebih menjaga penampilannya terutama dari segi pemilihan pakaian dan gaya tudung yang sesuai.

Berpakaian longgar, bertudung labuh serta berstoking dan mengenakan handsocks itulah yang paling dititikberatkan selain memantapkan lagi ilmu agama dan ibadah.

Kredit Foto: elfiraloy

Ternyata, ibu kepada dua cahayamata ini kelihatan sangat tenang menjalani rutin kehidupannya kini bersama keluarga seperti biasa. Malah, Elfira juga sudah mulai bekerja.

“Takut nak bekerja balik sebab takut salah mempersiapkan diri. MashaAllah tabarakallah.

“Semoga baik baik sahaja for us yang cuba untuk mengistiqamahkan diri untuk tidak berlebih dan sopan. Maaf kalau ada salah siap.”

Kredit Foto: elfiraloy

Menurut Elfira, bukan mudah membahagikan masa antara urusan duniawi dan akhirat contohnya menghadiri majlis-majlis ilmu.

Perlu diuruskan dengan baik agar kedua-duanya seimbang.

“It surely hard untuk bahagikan masa untuk berada dalam majlis ilmu but you surely can if you want to. Every week is a battle but Alhamdulillah Allah tolong. ( Thank you Aunty for the book, Allahumma Barik )

“Kita banyak korbankan masa untuk manusia, Jadi apa pengorbanan kita untuk Sang Pencipta?”

Kredit Foto: elfiraloy

Elfira turut mengharapkan agar dirinya kekal istiqamah dan hatinya tidak berbolak balik demi menuju ke jalan yang diredhai Allah SWT seterusnya menjadi Muslimah yang lebih baik.

“Wahai Rabb kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan setelah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi-Mu. Sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (karunia). Amin.”

Kredit Foto: elfiraloy

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata para pengikut dan peminat Elfira menitipkan kata-kata semangat serta doa agar dirinya terus istiqamah.

“Sekarang Elfira punya vibes dah macam Natasha Rizky. I know you can akak El and yang penting niat kita.”

“Jangan pelan2 singkat ya El.. because u salah sorang my inspiration..InsyaAllah u can do it El..Aamin”

“You can do it Hajjah Dr Elfira ku. U can. Just selalu zikir. Insya Allah.”

“Tips boleh guna: Lepas bersiap cuba check pakaian tu boleh bawa solat.”

BACA JUGA: “Doakan Semoga Saya Peroleh Haji Mabrur” Rezeki Tunai Haji Pada Usia 30 Tahun ELFIRA LOY Luah Syukur

 

IKLAN