Di waktu terluang begini membuatkan ramai rakyat Malaysia menjadi semakin rajin memasak dan mencuba pelbagai resepi baharu di dapur. Memandangkan susah untuk mendapat makanan yang diinginkan, lebih baik kita buat sahaja sendiri di rumahkan?
Terbaharu, seorang ibu berkongsikan resepinya menghasilkan roti seperti di kedai Paparoti. Wah, sedap sangat ni! Jomlah kita cuba buat!
Time cuti PKP ni anak2 teringin nak makan paparoti… Gigih la mama try buat 😆
Resepi paparoti
Bahan
Tepung gandum 250gm
Gula 50gm
Susu segar 150gm
Telur kuning sebiji
Mauripan 1 sudu
Mentega 30gm
(Semua bahan ni masukkn dlm besen kecuali mentega) Pukul semua hingga rata..Masukkan mentega … pukul lagi ..pastu uli pakai tangan sampai xmelekat..tutup ngn tuala lembab dlm 40 mnt.
Topping kopi.
Bahan2
Mentega 60gm
Gula 30gm
Serbuk nescafe 2 sudu ngn 2 sudu air suam(godak2 dlm gelas,ketepikan)
Telur sebijik
Tepung gandum 70gm
Pukul mentega dgn gula sampai creamy..Masukkan telur…aduk lagi.. Masukkan air bancuhan nescaffe tadi.. aduk lagi..last sekali Masukkan tepung… Aduk rata… Siap Masukkan dlm piping beg..pipingkan dr tgh secara melengkar atas roti tadi.. bakar 170′ dlm 20 minit.. api atas bawah.. tambah 10 minit api atas utk dpt efek roti yg rangup.
🤗 SiapKredit: juju minhad