Siapa tidak kenal pelakon jelita Nora Danish yang dahulu namanya berada dipuncak kerana memegang watak utama sitkom Puteri hingga tagline ‘Kita Enjoy’ menjadi fenomena di Malaysia.
Terdahulu, bekas isteri kepada Mohamad Nedim Nazri berjaya menjadi sorotan wargamaya apabila dia memenuhi jemputan, menghadiri majlis ilmu di kediaman rakan artis, Betty Rahmad.
Nora Tampil Manis Dalam Busana ‘Patuh Syariah’ Pemberian Arwah Sarah!
Ini demikian kerana, Nora kelihatan anggun dan menawan menggayakan persalinan sopan jubah berserta tudung dalam rona warna putih kekuningan. Hijabista difahamkan persalinan berkenaan merupakan hadiah pemberian arwah Siti Sarah Raisuddin kepadanya.
Perkara berkenaan dimaklumkan Nora menerusi sebuah muatnaik hantaran di laman Instagram miliknya. Jelas, Nora dia sememangnya berniat memakai persalinan pemberian arwah Sarah ke majlis-majlis ilmu, kerana ingin ‘menghadiahkan’ semula pahala dan mahu pahala terus mengalir kepada arwah.
Artikel Berkaitan : “Allah.. Cantik Sangat Ni,” – Peminat Doakan Semoga Nora Danish Terus Istiqamah!
“Jubah dan tudung pemberian arwah Siti Sarah. Memang niat nak pakai untuk majlis ilmu hari ni. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Amin.
“Mari kita sedekah al-Fatihah buat arwah Siti Sarah Raissuddin dan kepada semua yang telah pergi meningggalkan kita,” tulis pelakon berusia 412 tahun itu.
Menerusi hantaran sama, dapat dilihat Nora memuatnaik beberapa keping gambar dia bersama tetamu lain. Malah, Nora turut mengambil kesempatan menzahirkan ucapan terima kasih kepada tenaga pengajar yang dikenali sebagai Ustazah Jiha kerana berkongsi ilmu serta doa.
“Terima kasih mu (Betty) atas jemputan ini dan terima kasih tau sebab selalu ingat kat ku. Terima kasih juga pada Ustazah Jiha di atas segala ilmu dan doa.
“Setiap kata2 masya-Allah sampai di hati, air mata tak berhenti mengalir. Semoga anda sekeluarga sentiasa dirahmatiNya,” kata Nora.
Hijabista sempat meninjau ruangan komen pada hantaran berkenaan untuk melihat respon warganet tentang perkara ini. Kebanyakkan netizen menyifatkan pelakon filem Polis Evo itu amat beruntung dikelilingi rakan-rakan yang sanggup menuntunya ke arah kebaikan.
Selain itu, netizen juga memuji penampilan Nora yang ‘patuh syariah’ dan menutup aurat dengan sempurna serta berharap agar suatu hari nanti Nora akan dikurniakan istiqamah dalam penghijrahanya berhijab dan menutup aurat sepenuhnya.
Artikel Berkaitan : Usaha Sepenuh Hati, Nora Danish Berjaya Khatam Quran Sekali Lagi Di Bulan Ramadan
Sumber : IG @noradanish
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
10 Barang Bersih Rumah Wajib Beli Di Kedai Eco, Harga Murah, Kualiti Pun Bagus!
Ramai yang mengambil peluang sempena tahun baharu untuk mengemas kediaman. Acara spring cleaning ini mampu mewujudkan mood yang lebih segar dan bertenaga. Rumah yang bersih bukan sahaja membuatkan setiap penghuni berasa selesa malah mendapat ketenangan fikiran dan kebahagiaan jiwa.
Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah menyediakan peralatan mengemas secukupnya. Dengan cara itu segala urusan mengemas kediaman menjadi lebih mudah dan lancar.
Berikut perkongsian Hani Mynis
10 barang Pembersihan wajib beli di Eco.
Berikut 10 barang pembersihan wajib beli di Eco. Ke semua barang-barang ini boleh dibeli di kedai Eco untuk memudahkan kita membersih dan mengemas rumah. Harga walaupun rm2.10, murah tapi kualiti setanding!
So boleh tengok satu-satu gambar ya hani sertakan sekali penerangan untuk setiap barang pembersihan itu.
Apa lagi, lain kali kalau tak tahu nak beli apa kat Eco tu, tengok senarai dan cari barang-barang ni ya. Disebabkan barang-barang ni ada yang viral, susah benor nak jumpa, kalau dah jumpa jangan lupa ambil lagi dua tiga.
TISU BASAH
Sebenarnya tisu basah ni dah ada dalam senarai 12 barang Pembersihan rumah wajib ada yang hani dah buat dulu. Tapi dulu takde tisu basah khas utk pembersihan rumah so gunalah wet tissue yang khas utk baby dan muka guna utk buat pembersihan rumah 😂
Sekarang ni dah ada tisu khas utk rumah, hani wajib restock ketiga tiga jenis wet tissue ni. Yang antibacterial wipes tu paling hani suka sebab dia multipurpose. Boleh dikatakan kat ruang rumah hani ada je satu hani letak supaya senang dicapai.
Untuk yang window wipes tu bukan je untuk cermin atau tingkap, hani guna juga utk barang perhiasan rumah yang dibuat dari kaca atau kristal semasa Pembersihan habuk. Pintu peti ais pun hani guna yang ni utk kilatkan dia.
Untuk yg furniture wipes pula hani guna utk lap semua perabot dan barang perhiasan kayu yg ada kat rumah. Papan landas kayu (yg hani buat hiasan) pun hani guna ni. Hani perasan kulat susah nak naik kalau guna wet tissue ni lap perabot. Lagi2 musim hujan gini mmg kena ada.
Selalunya hani memang guna wet tissue untuk Pembersihan pantas 30 minit, utk kecemasan atau untuk lap kesan minyak sahaja.
KAIN LAP MICROFIBER
Hani sebenarnya tak suka sangat guna kain “buruk” sebab kadang-kadang susah nak hilangkan kesan kotoran kat kain lap ni. Tapi ianya berubah sejak hani jumpa kain ni. Specifically this one.
Dalam banyak2 kain lap hani dah test (selain dari reuseable wipe cloth) , this one the best! Sebab dia sangat water absorbent. Dan paling penting sangat senang dibersihkan (dengan syarat lepas guna kena bersihkan terus).
Kalau guna utk lap permukaan cermin, dia tak akan tinggalkan cebisan2 kain kat atas permukaan, dimana hani sngtt lah tak suka kalau guna kain untuk mengelap last2 ada “sisa-sisa” kain melekat pada permukaan yang dah dilap tu.
Untuk buat deep cleaning, hani guna kain lap ni untuk buat lap dan bersihkan habuk.
KITCHEN CLEANER
Hani dah try mcm jenama sebelum ni untuk hilangkan kesan minyak dengan mudah kat dapur masak 🤩 nampaknya kitchen cleaner ni setanding tapi dengan harga jauh lebih murah haha kesannnya pun terbaik. Tak perlu explain panjang2 haha
Spray kitchen cleaner ni kat dapur gas masak tu, lepas tu lap dengan kain lap tadi. Instant cleaning
PEMBERSIH BOTOL SUSU DAN SAYUR
Sebelum ni hani guna yang berjenama beli kat Tesco harga boleh tahan juga RM9.90 utk satu pek. Kenapa bayar lebih kalau kualiti yg sama boleh dapat harga yg jauh lebih murah. Bersih dan wangi. sama je mcm yg hani pakai sebelum ni. Beli banyak terus kalau jmpa sbb nak basuh buah dan sayur pun boleh guna ni.
ANTI URINE DAN ANTI TABACCO
Dua pembersih hilangkan bau ni pun baru hani masukkan dalam list. So far hani baru try anti bau urin je. Anti tabacco hani tak try lagi. Haritu hani try anti urine sbb kucing bertuah pergi kencing kat bawah sofa. So kena sikit air dia kat sofa tu, hani dah lah ada sikit sensitif bau kencing kucing. Terus g Eco beli benda alah ni. Masukkan dalam spray. Cairkan sikit (ratio 2 anti urin : 1 air paip). Spray dan buat wet cleaning terus guna cecair yg sama. Hilang terus bau.
PEMBERSIH MESIN BASUH
Rasanya ramai dah tahu pasal pembersih mesin basuh ni kan. Memandangkan hani buat deep cleaning mesin basuh sebulan sekali, pembersih ni sngtt lah membantu. Nak guna pun senang je.
LAUNDRY BALL
Alang2 cerita pasal mesin basuh ni, hani ceritakan sekali pasal barang Pembersihan no 7 iaitu laundry ball. Dulu2 hani beli laundry ball ni kat Mr Diy je. Sekarang kat Eco pun ada jual.
Laundry ball ni fungsi dia untuk tambah geseran kat pakaian semasa dia dalam mesin basuh je bila geseran bertambah insyaAllah pakaian lebih bersih. Lagi banyak kita pakai laundry ball lagi banyak geseran antara pakaian terhasil so pakaian pun lebih bersih. So fungsi utama laundry ball ni bukan untuk elakkan pakaian bergumpal.
LAUNDRY NET
Masih lagi berkenaan laundry hehe. Barang ke 8 ialah laundry net.sejujurnya hani tahu kegunaan laundry net ni sebab MIL hani ajarkan 8 tahun dulu hehe. Hani banyak belajar mengenai pengurusan laundry dengan Mil hehe so dia ajar semua benda2 kecil2 kena masuk dalam laundry net baru lah inner wear kita tak cepat rosak, tak cepat stretch getah kat pinggang seluar dalam atau tali bra.
Sebab kalau tak masuk dalam laundry net, tali bra dan seluar dalam ni berpusing-pusing, bersimpul-simpul dengan pakaian lain semasa proses membasuh dalam mesin basuh. Kadang-kadang pakaian lain ni akan meregangkan tali bra so nnt keluar semua dah hilang keelastikan getah nya haha
Yang best kat Eco ni dia ada laundry net utk ketiga-tiga ni iaitu khas utk bra, seluar dalam dan stokin. Haha so organised which i like! Setiap barang2 ni ada rumah masing2 siap berlabel.
Siapa yang sebelum no tak pernah try guna laundry net untuk cuci pakaian dalam, boleh guna lepas ni.
CLEANING GEL
Sebelum ni hani pernah try jenama lain. Sebab nak try? Saje haha tgk mcm best je. Sbb dulu rasa tak pernah nampak cleaning gel ala gini. Macam biasa, harga boleh tahan.
Bila Eco keluarkan je cleaning gel guna style yg sama terus hani beli.
Resultnya? Not bad not bad. Bau dia walaupun x kuat wanginya tapi ada baunya. Hani stampkan kat dalam mangkuk tandas dan sinki. Setiap kali kena air dia hasilkan buih dan bebaskan bau yang wangi.
COMPRESSED BAG
Last but not least.! Compressed / vaccum bag!
Hani dah pernah tunjuk macam mana hani susunatur comforter, cadar patchwork kat rumah hani kan sebelum ni? Hani gunakan vacuum bag utk jimatkan ruang. Hani masukkan dalam beg ni, kemudian guna pump atau vacuum cleaner untuk sedut udara dalam beg. Dari tebal jadi nipis perginya. So lebih menjimatkan ruang utk disimpan.
Tapi satu yg x best kalau tak silap hani ada satu je saiz dia jual kat Eco.
Kemas tersusun macam kedai Eco. Semua barang ada jadi senanglah hendak buat kerja.
Kalau berhajat hendak bersihkan rumah secara besar-besaran, boleh cari produk-produk pembersihan rumah ini di kedai Eco. Memang sangat membantu dan memudahkan kerja-kerja rumah sis!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
8 Cadangan Warna Blush On Wanita Asia Dan Cara Aplikasi Dengan Betul Ikut Bentuk Muka
Memilih warna produk yang tepat cukup sulit, terlebih untuk pemilik kulit medium hingga gelap. Warna blush on yang terlalu terang akan terlihat kontra dengan warna kulit, sedangkan warna yang terlalu gelap malah tidak akan terlihat sama sekali di kulit.
Riasan juga terasa kurang lengkap bila wajah masih kelihatan pucat seperti orang yang sedang sakit. Blush on dapat menjadi senjata untuk memberi rona pada pipi agar terlihat segar. Selain pemilihan warna yang tepat, mengaplikasikan blush on pada area tertentu dapat memberi efek berbeza yang sesuai pada bentuk wajah anda.
Jangan kuawatir! Faktanya, blush on untuk kulit sawo matang dan gelap sangat unik dan istimewa. Ini senarai warna blusher yang boleh anda cuba.
1. Warna berry
Sekilas warna blush on seperti buah berry ini akan kelihatan terlalu terang. Padahal jika disapukan, warnanya akan terlihat sangat natural. Kamu juga boleh mencuba warna buah wild berry atau rapsberry.
2. Warna plum
Pernah mencuba membeli blush on warna keunguan? Meski terlihat sebagai warna yang tidak biasa untuk sebuah blush on, tapi warna ungu seperti plum ini dapat menambah kesan drama dan menonjolkan tulang pipi untuk pemilik kulit gelap!
3. Warna pink yang lebih gelap
Untuk tampilan pipi yang terlihat berkilau dan sihat, pilih warna pink yang lebih tua. Warna ceria seperti ini juga dapat memberikan kesan penampilan yang ceria, sesuai untuk dipakai ketika musim panas.
4. Warna peach
Tidak hanya untuk pemilik kulit yang lebih terang, warna peach juga sangat sesuai untuk pemilik kulit medium, tan, dan dark, loh! Blush on warna peach dapat memberikan kesan merona yang sangat natural, sesuai untuk diaplikasikan pada riasan sehari-hari.
5. Warna aprikot
Warna blush on seperti aprikot sangat sesuai untuk pemilik kulit medium dengan undertone warm. Warna seperti ini menjadikan pipi terkesan memiliki rona natural dan terlihat segar. Blush on juga sesuai untuk diaplikasikan dengan riasan mata dan bibir yang lebih bold.
6. Warna mauve
Sempat menjadi warna paling dicari di tahun lalu, blush on warna mauve rupanya sesuai untuk pemilik kulit medium. Warna seperti ini dapat mempertegas pipi pada pemilik kulit yang lebih gelap. Ingin tampil lebih edgy? Aplikasikan riasan monokromatik bertemakan warna mauve! Blush on matte pada pipi, eyeshadow mauve dengan tekstur shimmer pada mata, dan lipstik mauve yang glossy di bibir.
7. Warna brick atau terra-cotta
Jika warna plum kurang sesuai dengan undertone kulit anda, pilih warna brick atau dark terra-cotta. Kedua warna blush on itu sangat menawan pada kulit gelap. Bahkan, warna ini juga boleh digunakan sebagai contouring untuk mempertegas tulang pipimu!
8. Warna bright tangerine
Warna jingga yang ceria memang bukan blush on untuk semua orang, tapi pada kulit sawo matang, warna orange yang menyala ini akan terlihat natural dan cantik. Cuba aplikasikan pada pipi anda, wajah akan terlihat merona tanpa terkesan menor!
Ternyata, ada banyak sekali warna blush on untuk pemilik kulit gelap. Semuanya unik dan istimewa! Jom, tambah koleksi blush on-mu sekarang.
Cara Tepat Menyapukan Blush On Sesuai Bentuk Wajah
Tidak ada beza jauh dengan teknik contouring, anda juga boleh membuat wajah terlihat lebih tirus dan proposional. Lalu, pada area mana anda harus memulas blush on? Semak caranya di bawah ini:
1. Wajah Kotak
Bentuk wajah ini ditandai dengan dahi yang rendah dan melebar, tulang pipi yang kuat dan rahang yang menyudut. Dengan bentuk wajah yang melebar pada semua titik, anda harus pintar dalam merias wajah untuk membuatnya terlihat lebih panjang. Bila kamu aplikasikan blush on langsung pada bahagian pipi yang menonjol atau apple cheeks dengan gerakan memutar dapat menyamarkan sudut wajah dan memberikan fokus pada area bulat di bahagian wajah.
2. Wajah Diamond
Bentuk wajah diamond ini memiliki bahagian pipi yang melebar namun dengan dahi dan dagu yang menyempit. Untuk membuat wajah kelihatan simetris kamu boleh mepamerkan fokus wajah pada area bawah wajah hingga bahagian dagu. Meyapu blush on pada bahagian atas tulang pipi dalam gerakan memanjang ke arah telinga dapat menyamarkan bahagian pipi yang melebar.
3. Wajah Panjang
Dahi yang tinggi dengan dagu yang meruncing memang menjadi bentuk wajah idaman bagi banyak wanita. Anda tidak perlu kalut membuat shading bila sudah memiliki bentuk wajah yang memanjang agar terlihat tirus. Kamu dapat menyapu perona wajah dengan gerakan horizontal atau mengaplikasikannya hanya pada bahagian ujung tulang pipi ke arah telinga untuk membuat wajah tampak lebih lebar.
4. Wajah Hati
Berbeza dengan persegi, jenis wajah berbentuk hati biasanya memiliki dahi dan pipi yang melebar namun memiliki dagu yang meruncing. Biar wajah tampak proporsional pada bahagian dagu, cuba sapukan blush on pada area bawah tulang pipi menuju arah telinga seperti teknik shading. Dengan gerakan memanjang ke atas dapat menyembunyikan bahagian dagu dengan menjadikan wajah yang tampak tirus sebagai fokus utama.
5. Wajah Bulat
Bentuk wajah yang bulat dapat membuat anda terlihat tembam bila menggunakan riasan yang tidak sesuai. Wajah yang tidak memiliki sudut meruncing justeru membuat pipi tampak lebar dengan dagu yang melingkar. Anda boleh menyamarkan wajah untuk kelihatan lebih tirus dengan meyapukan blush on pada area tulang pipi. Hindari pemakaian pada apple cheeks kerana akan membuat wajah anda semakin lebar.
6. Wajah Oval
Mirip dengan bentuk wajah panjang, wajah oval memiliki dahi yang tidak terlalu tinggi dengan dagu yang memanjang. Beruntung bila kamu memiliki bentuk wajah seperti ini kerana tidak perlu bersusah payah menyamarkannya untuk terlihat proporsional. Anda boleh menyapu blush on yang dimulai pada bahagian apple cheeks dan membaurkannya dengan gerakan memanjang ke arah telinga. Cara ini dapat membuat bahagian pipi terlihat jelas untuk segera anda pamerkan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN) Fasa 1 Bermula 6 April 2020
Pembayaran fasa pertama Bantuan Prihatin Nasional (BPN) akan dibuat secara berperingkat mulai Isnin ini, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Beliau berkata, ia membabitkan 8.3 juta penerima isi rumah dan individu bujang yang sudah diluluskan dengan jumlah keseluruhan RM5.63 bilion.
“Sukacita saya memaklumkan bagi fasa pertama BPN Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) akan dibuat secara berperingkat mulai 6 April (Isnin).
“Saya ingin merakamkan penghargaan kepada semua pihak terbabit terutama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Bank Simpanan Nasional (BSN) dalam membolehkan bayaran BPN dipercepatkan demi membantu rakyat Malaysia memerlukan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tengku Zafrul berkata, sejumlah RM3.24 bilion diperuntukkan bagi pembayaran fasa pertama kepada golongan B40 iaitu isi rumah pendapatan di bawah RM4,000 manakala RM1.81 bilion kepada bujang berpendapatan di bawah RM2,000.
Selain itu, katanya, kerajaan memperuntukkan RM440 juta untuk golongan M40 isi rumah berpendapatan RM4,001 hingga RM8,000 dan RM140 juta kepada bujang (pendapatan RM2,001 hingga RM4,000).
Pembayaran BPN diawalkan dan akan dibayar secara berperingkat bermula 6 April (Isnin) hingga 12 April bagi penerima B40.
Manakala bagi M40 pembayaran akan dibuat bermula 13 – 15 April 2020.
Jadual pembayaran seperti berikut:
Dalam pada itu, beliau turut menasihati rakyat agar berhati-hati dengan scammer yang semakin berani mengambil peluang menipu orang ramai dengan merujuk kepada sumber rasmi dan tidak memberikan maklumat kepada pihak tidak dikenali.
Terdapat empat kategori penerima iaitu:
1. Isi rumah berpendapatan RM4,000 ke bawah (B40)
2. Isi rumah berpendatapan RM8,000 ke bawah (M40)
3. Bujang 21 tahun ke atas berpendapatan RM2,000 ke bawah
4. Bujang 21 tahun ke atas berpendapatan RM2,000 ke atas
Berikut adalah kriteria kelayakan seperti berikut:
Bantuan RM1,600 akan diberikan kepada isi rumah berpendapatan RM4,000 sebulan ke bawah.
RM1,000 akan dibayar pada April baki RM600 akan dibayar Mei 2020.
Dan buat pertama kalinya Bantuan Prihatian Nasional turut diberikan kepada golongan M40 iaitu sebanyak RM1,000 kepada hampir 1.1 juta isi rumah yang berpendapatan lebih RM4,000 hingga RM8,000 sebulan
RM500 akan dibayar pada April, baki RM500 dibayar Mei.
Individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah akan dibantu RM800 di bawah skim ini.
Individu bujang berpendapatan RM2,000 ke atas turut dapat RM500 iaitu RM250 pada April manakala baki pada bulan Mei.
Selain itu, para pelajar juga akan dapat bantuan RM200 secara one-off yang akan dibayar pada bulan Mei nanti.
SEMAKAN STATUS BPN
Semakan status BPN boleh dibuat di portal rasmi BSH https://bsh.hasil.gov.my
Kemaskini: Portal rasmi BPN kini boleh diakses di https://bpn.hasil.gov.my/
Segala maklumat atau pertanyaan lanjut ada di web BSH.
Pastikan anda tidak mengisi apa-apa borang online bagi mengelakkan sebarang kecurian data.
Untuk panduan menggunakan sistem BPN, anda boleh baca manual di sini.
SIAPA YANG LAYAK?
Berikut dikongsikan kategori penerima yang layak bagi setiap kategori.
Isi rumah B40
*Kahwin; atau
*Ibu atau bapa tunggal / balu / janda / duda yang melaporkan maklumat anak pada permohonan BSH 2020; dan
*Pendapatan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
Bujang B40
*Bujang atau ibu bapa tunggal / balu / janda / duda yang tidak melaporkan anak pada permohonan BSH 2020; dan
*Pendapatan bujang RM2,000 dan ke bawah
Isi rumah M40
*Kahwin; atau
*Ibu atau bapa tunggal / balu / janda / duda berdasarkan data percukaian; dan
*Pendapatan aggregat bulanan adalah RM4,001 hingga RM8,000 berdasarkan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) terkini
Bujang M40
*Individu berstatus bujang dalam data percukaian; dan
*Had umur 21 tahun ke atas; dan
*Pendapatan bulanan RM2,001 hingga RM4,000 berdasarkan BNCP
KAEDAH PEMBAYARAN
Berdasarkan kenyataan media Kementerian Kewangan, kaedah pembayaran bergantung kepada kategori penerima.
Kaedah pembayaran bagi B40 adalah seperti berikut:
Ada maklumat akaun — bayaran adalah secara kredit ke akaun; atau
Jika status gagal kredit — bayaran adalah secara tunai di BSN
Tiada akaun — bayaran adalah secara tunai di BSN
Kaedah pembayaran M40 pula seperti berikut:
Bayaran akan dibuat melalui akaun bank yang dinyatakan di dalam BNCP terkini
Bayarana akan dikreditkan ke akaun ketua isi rumah
Jika taksiran bersama telah dipilih, bayaran akan dikreditkan ke akaun bank atas nama pembayar cukai yang ditaksir
CARA MOHON BPN 2020
Kementerian Kewangan melalui posting rasmi di Facebook mereka memaklumkan permohonan baru boleh dibuat bermula 1 April menerusi laman web rasmi LHDN.
Berdasarkan satu temu bual ekslusif bersama Menteri Kewangan, beliau memaklumkan Kerajaan mempunyai database B40 dan M40 yang layak.
Kerajaan akan kreditkan wang BPN terus ke akaun masing-masing pada tarikh yang ditetapkan nanti.
Notis rasmi telah dikeluarkan di portal rasmi BSH mengatakan kaedah pelaksanaan seperti Permohonan, Pembayaran dan Semakan Status Bantuan Prihatin Nasional akan dimaklumkan dalam masa terdekat sama ada melalui portal Kementerian Kewangan atau portal rasmi BSH.
Pada 24 Mac lalu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Prihatin berjumlah RM250 bilion untuk disalurkan kepada semua sektor awam dan swasta yang terjejas akibat pandemik Covid-19.
Sumber kredit: Harian Metro dan Semakanonline
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI