Siapa tak kenal dengan usahawan kosmetik terkemuka yang berasal dari pantai timur, Hasmiza Othman, atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida yang sinonim dengan produk jenama Qu Puteh.
Sebut sahaja namanya, sudah pasti terbayangkan riak muka bibir mungil muncung dengan dengan dua jari diletakkan di bahagian pipi. Malah penampilan Vida yang sentiasa berani menggayakan busana-busana berat sentiasa membuatkannya Outstanding sekaligus menjadi peratian umum.
Terdahulu, Vida telah memberi kejutan buat warga net, apabila tampil dalam satu majlis keramaian dengan busana minimalis namun mengekalkan gayanya yang elegan.
Selain penampilannya itu yang menjadi bualan hangat di alam maya, netizen turut terpukau dengan ‘Bunga Tangan Emas 916’ yang digayakan Vida pada majlis tersebut.
Menurut Harian Metro, bunga itu bertujuan menggantikan tas tangan ahli perniagaan tersohor itu.
Lebih memeranjatkan warganet, apabila Vida mendedahkan bahawa harga bunga tangan yang diperagakannya itu mencecah harga setengah juta ringgit. Malah ia merupakan koleksi terbaharu Vida.
“Selepas ini, saya memang akan membawa bunga tangan emas ini sebagai ganti tas tangan. Kalau ada acara besar dan berkonsepkan kemelayuan, saya akan bawa.
“Kenapa memilih emas sebab bagi saya ia cukup sinonim selain memberikan sinergi dan aura kepada saya. Sebab itu, memang susah nak nampak saya pakai barangan kemas selain emas,” katanya.
Barang Kemas Di Badan Saya Hampir Cecah RM 1 Juta
Ads
Vida menjelaskan dia kini lebih selesa untuk menggayakan konsep “less is more”. Tegasnya lagi, konsep itu perlulah memakai barang kemas yang sedikit tetapi besar nilainya. Tak perlu pakai banyak-banyak kalau dah besar.
“Kalau saya pakai barang kemas kecil, memang tak nampak. Jadi sebab itu kena pakai yang besar saja. Orang kata ‘less is more’ tapi konsep ‘less is more’ saya adalah kena pakai yang besar.
Ads
“Macam rantai yang saya selalu pakai harga lebih RM400,000 dan gelang pun lebih RM200,000. Pendek kata, di badan saya saja cecah RM1 juta. Tapi, saya pakai kalau keluar rumah untuk menghadiri acara dan majlis,” jelasnya lagi.
Sehubungan itu, demi merealisasikan konsep gaya “less is more” yang menelan belanja jutaan ringgit itu, Vida juga telah menggajikan beberapa pengawal peribadi khusus untuk menjaga keselamatan dirinya dan barang kemas yang diperagakannya itu ketika di khalayak ramai.
Siapa tidak mengenali pengacara dan pelakon Dahlia Eleanor Iking atau lebih sinonim dengan nama Daphne Iking. Cuba untuk menjadi seorang mualaf baru yang betul-betul mendalami Islam dan kekal istiqomah. Salah satu caranya adalah dengan meninggalkan whatsapp group yang menurutnya tidak memberi faedah.
Figura ini sering menjadi pengacara di majlis pelancaran hijab dan majlis rasmi yang lain. Malah umum pastinya keliru dengan penampilan dan anutan beliau.
Berbicara secara dekat bersama Daphne membuat admin tertarik ingin tahu lebih dekat pendekatannya mengenai Islam dan cara beliau menguruskan diri sebagai seorang saudara baru. Juga bagaimana cara didikan beliau terhadap dua anaknya, Putera Iman 4 dan Puteri Isabell ketika di bulan Ramadan lalu.
Usrah Untuk Terus Istiqomah
Mula mendekati agama dengan mengikut kelas usrah dan mendalami Al Quran. Dengan pengalaman yang dilaluinya beliau merasakan cara menyampaikan agama Islam yang agak kasar tidak akan terkesan di hati bagi mereka yang baru menganut agama suci ini dan ia adalah pandangan peribadi Daphne.
Kristian adalah agama anutannya sebelum memeluki Islam dan mendalami Al Quran. Daphne juga pernah mendalami kitab bible dan seronok serta teruja untuk mendalami Al Quran kerana kedua-duanya mempunyai persamaan.
Setiap kali beliau mendalami baris ayat serta maksud Al Quran dan jika ada sesuatu berlaku yang memberi pengajaran untuknya, Daphne akan terus mendalami kita suci ini.
Pengajaran dari Surah An Nisa sendiri, kita tidak boleh ada private conversation dan mengatakan hal orang lain. Lalu Daphne mengambil keputusan untuk mengundurkan diri dari beberapa kumpulan whatsapp selain mendiamkan diri.
Ini adalah bagi mengelak dirinya dari terjerumus dan merosakkan ibadahnya. Melainkan kumpulan whatsapp yang disertainya itu bertujuan untuk charity, kebaikan dan menyatukan ummah.
Seringkali muncul di majlis-majlis pelancaran tudung berjenama terkenal seperti Duck Scarves dan Nealofar Hijab, seringkali juga soalan yang sama diajukan kepadanya. Daphne bila mahu berhijab? Jawapannya, “Ya umum tahu saya telah memeluk Islam dan sering muncul majlis seperti ini, bukan tidak bersedia lagi meskipun koleksi hijab penuh dua laci”.
“Satu lagi nasihat paling melekat di minda saya, apabila ustazah saya memberi teguran, sempurnakan solat dahulu insyallah perasaan untuk berhijab akan datang dengan semulajadi.” Kongsi Daphne ketika ditemui ketika majlis pelancaran Doily Duck baru-baru ini.
Mempunyai pelbagai koleksi dari pelbagai jenama seperti Duck, Cakenis, Nealofar dan pelbagai lagi, beliau tidak meletakkan standard dan gaya untuk berhijab. Sebagai pengacara non hijab wear adalah salah satu hint atau petunjuk untuk Daphne berhijab satu hari nanti, Insya-Allah.
Bagi Daphne mendidik anak untuk bermula puasa tidak menjadi masalah baginya kerana suami sentiasa memberi dorongan dan tunjuk ajar. Belajar berpuasa sejak zaman di USM, “Memandangkan saya mempunyai rakan Melayu jadi tiada masalah untuk saya berpuasa”.
Beliau mula berpuasa sebagai Islam 8 tahun lalu, Daphane dan anak perempuannya Isabell yang kini berusia 11 tahun tidak menjadi masalah baginya. Namun lain pula ceritanya bagi anak lelaki beliau, Iman yang berusia 4 tahun.
Iman mempunyai semangat untuk berpuasa seperti Ibu dan ayah serta kakaknya. Rajin bangun sahur akan tetapi Iman tidak tahu lagi konsep puasa yang sebenar. Puasa yang pertama adalah yang paling bermakna buat beliau kerana masa berkumpul bersama keluarga amat berharga baginya.
Pengalaman Memberi Pengajaran
Seperti muslim yang lain Daphne juga digalakkan oleh suami untuk mengerjakan terawih bersama. Beliau akui masih kurang pengetahuan mengenai Islam, terutama mengenai solat sunat mahupun solat wajib, tetapi suami mendorong untuk mengikuti apa yang dilakukan oleh jemaah lain, sedangkan Daphne hanya hafal surah Al-Fatihah.
Beliau sedar banyak lagi kekurangan yang perlu diperbaiki, namun sebagai mualaf Daphne berharap orang di sekeliling memahami dan memberi dorongan serta teguran secara kasih sayang. Bercerita mengenai pengalamannya berterawih yang lalu, beliau rasa tersinggung dengan teguran seorang jemaah lain mengenai penampilannya.
Daphne akui ketika itu beliau tidak sempurna dan memakai pengilat kuku. Salah seorang jemaah terlihat lalu menegur secara kasar, “Ini tak sah, sembahyang tak sah ini”. Dengan nada penekanan dan sedikit kasar ketika itu saya begitu tersinggung dengan teguran itu”. Ada juga teguran lain yang mengguris hati saya sebagai saudara Islam yang baru menganut agama Islam.
Dengan perasaan berbaur sedih dan protes saya bercerita kepada suami. Mujur suami seorang yang positif, memujuk agar jangan tersinggung dengan perbuatan mereka. Bagi Daphane tidak salah menegur, tetapi harus dibuat dengan nada kasih sayang dan lembut bukan secara kasar.
Staycation Raya
Raya bagi Daphne untuk dia berehat dari sebarang aktiviti. Sepanjang raya selalunya tiada aktiviti yang memenatkan, cukaplah sahaja dengan berehat bersama keluarga atau bercuti bersama rakan terdekat.
Destinasi percutian selalunya jarang dirancang seawalnya kerana dia dan suami suka membuat keputusan saat akhir. Walau bagaimanapun persediaan wajib beraya tetap disediakan seawalnya.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Walaupun perkataan “mencuci” dan “membersihkan” adalah sinonim, secara amnya, ia berfungsi membersihkan dan membuang kotoran dari wajah. Tetapi mana yang lebih baik untuk anda dan mana yang tidak? Jom semak perbezaan kedua-duanya.
Buih
Pencuci muka berbuih semasa anda mengurut ke wajah dengan air, mewujudkan buih putih yang perlu dibilas. Sementara itu, pembersih wajah biasanya tidak berbuih dan tidak semestinya dibilas. Ia boleh ditanggalkan dengan mudah dengan kain lap atau tisu muka.
Misalnya, pembersih berbuih dianggap sebagai pencuci muka sementara pembersih losen atau pembersih susu dianggap sebagai pembersih wajah.
Fungsi
Pencuci muka menghilangkan kotoran berat yang terkumpul di lapisan kulit yang lebih dalam dan membersihkan pori-pori dengan lebih mendalam berbanding dengan pencuci muka. Fungsi buih cenderung lebih keras dan kering pada kulit.
Manakala pembersih muka pula membersihkan kotoran di wajah, tetapi memberi tumpuan untuk menghilangkan kotoran solekan dan sebum berlebihan yang kekal di lapisan atas kulit. Teksturnya yang berkrim dan lembut juga menjadikannya pembersih yang lebih lembut ketika mencuci muka.
Menghilangkan solekan yang berat dan pembersih berganda untuk kulit berminyak, pembersih muka harus terlebih dahulu menyingkirkan sebarang kotoran solekan, diikuti dengan mencuci muka untuk membersihkan pori-pori anda dengan mendalam.
Jenis Kulit Yang Sesuai
Oleh kerana pembersih muka lebih ringan dan lebih melembapkan kulit, ia adalah yang terbaik untuk individu yang mempunyai kulit normal, kering dan sensitif. Manakala bagi mereka yang mempunyai kulit kombinasi dan berminyak, sangat sesuai untuk menggunakan pencuci muka untuk pembersihan yang lebih mencukupi.
Sekiranya kulit anda terasa ketat dan menjadi agak kemerahan selepas pembersihan, kemungkinan pembersih itu terlalu keras untuk kulit anda. Pertimbangkan untuk menukarnya menjadi yang lebih lembut agar tiada kesan sampingan.
Senarai Pencuci Muka Terbaik Di Bawah Bajet
Cetaphil Daily Facial Cleanser
Pembersih wajah ini mempunyai formula berbuih rendah yang menghilangkan lebihan minyak dan kotoran tanpa mengeringkan atau merengsakan kulit anda. Ia juga bukan komedogenik, menjadikannya pilihan yang tepat untuk kulit sensitif. Pastikan anda menggunakan pembersih wajah ini dua kali sehari dan ikuti pelembap kegemaran anda selepas itu.
Sekiranya kulit anda terdedah kepada jerawat, Neutrogena Oil-Free Acne Wash adalah pembersih yang sesuai. Ia mengandungi 2% asid salisilat yang membantu menghilangkan liang pori dan melawan jerawat dengan berkesan. Anda tidak perlu risau tentang formula mengeringkan kulit anda kerana ia dapat mengekalkan keseimbangan pH kulit anda sambil membersihkannya secara menyeluruh.
Pembersih sangat lembut dari Cosrx ini menjadikan pencuci muka waktu pagi yang terbaik. Formula pH rendahnya tidak akan menghilangkan kulit dari minyak semula jadi. Ia mengandungi bahan-bahan botani yang disertai dengan asid ringan untuk membersihkan kulit anda dengan lembut jelas sekali teksturnya yang paling lembut. Sekiranya anda yang mempunyai kulit sensitif dan terlalu kering, jadikan pencuci ini dalam rejim kecantikan anda.
Sekiranya kulit anda berada di bahagian kering dan masih memerlukan pembersihan yang menyeluruh tanpa mengeringkan berlebihan, cubalah Innisfree Green Tea Cleansing Foam. Pencuci muka Korea ini berfungsi dengan sangat baik untuk menghilangkan kotoran dan sebum sambil membantu kulit anda mengekalkan kelembapannya dengan Teh Hijau Jeju segar. Formulanya mempunyai sekitar 88% bahan semula jadi, ekstrak tumbuhan berfungsi sebagai antioksidan yang menjadikannya pilihan yang terbaik untuk kulit sensitif.
Pembersih gel dari La Roche-Posay ini membersihkan kotoran dan minyak sambil mengekalkan keseimbangan pH kulit anda. Ia mengandungi zink yang merupakan ramuan keajaiban untuk melawan jerawat dan noda. Rumusannya juga menyembuhkan dan meremajakan kulit yang letih atau kusam. Sekiranya anda mempunyai kulit yang sangat berminyak dan mudah berjerawat, pembersih muka ini akan memberikan keajaiban bagi anda.
Sekiranya anda menghadapi masalah jerawat, pembersih dari CeraVe ini adalah yang tidak boleh anda lewatkan. Buihnya yang lembut membersihkan pori-pori tanpa mengganggu penghalang kulit. Rumusannya mengandungi ceramida penting dan asid hyaluronik untuk membantu menjaga kulit anda gebu dan anjal.
Permulaan yang baik untuk mencapai kulit yang lebih muda. Formula anti-penuaan menghilangkan 99% kotoran penuaan kulit seperti penumpukan minyak, kotoran dan solekan. Ia mengandungi Blackberry Complex yang membantu mengurangkan kesan kehilangan elastin dan kolagen yang kelihatan sambil menyuburkan kulit anda. Sekiranya anda adalah individu yang mempunyai kulit yang menua atau matang, ini adalah pembersih yang hebat untuk penggunaan harian.
Sekiranya anda sedang mencari pencuci muka tanpa sulfat dan juga bebas dari pewangi juga pewarna tambahan, pembersih berbuih dari Simple ini adalah pilihan terbaik. Ini adalah campuran sempurna dari bahan semula jadi yang menjaga kulit anda bersih tanpa mengeringkannya secara berlebihan. Formula ini sangat sesuai untuk jenis kulit berminyak dan kombinasi.
Pembersih muka ini mengangkat kotoran dari jauh ke dalam liang roma anda. Formula ini sangat sesuai untuk kulit kusam dan berminyak. Ia mengandungi asid salisilat dan mentol yang membuat kulit anda terasa sejuk dan segar.
Diperkaya dengan ekstrak air beras, pembersih berbuih ini dari jenama kecantikan Korea, membantu meratakan kulit anda seperti pembersih lain. Air beras adalah penyelesaian semula jadi untuk mencerahkan kulit dan formula ini memberikan hasil yang baik dengan mengembalikan cahaya muka yang berseri-seri.
Pembersih harian dari Bioré ini mengandungi baking soda semula jadi yang menjadikan liang anda terasa 91% lebih bersih. Ia membersihkan dan mengelupas kulit yang kering dan mengelupas sehingga permukaan muka anda cantik dan licin. Formula seimbang pH juga bebas minyak dan ia tidak akan menyumbat pori-pori anda. Ini penyelesaian terbaik untuk kulit kombinasi dan berminyak.
Mencuci muka mungkin perkara asas, tetapi ini adalah langkah pertama untuk kulit yang sihat dan bercahaya. Pastikan anda memilih produk yang sesuai untuk kulit anda untuk membantu memenuhi keperluannya. Rutin penjagaan kulit anda tidak perlu diperincikan untuk menjadikan ia berkesan. Tetapi dengan produk yang tepat menjadikan wajah anda berbeza dari sebelumnya.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Kecantikkan dan kaum hawa memang tak dapat dipisahkan, setiap wanita pastinya mendambakan untuk sentiasa terlihat cantik dari hujung rambut sampai hujung kaki.
Maka untuk mencapai matlamat ini, pelbagai cara sanggup dilakukan seperti membeli alat solek high-end, mengambil supplemen tambahan, lebih buruk ada yang sanggup spend beribu ringgit melakukan pembedahan mahupun mendapatkan suntikan keremajaan kulit.
Justeru, melihatkan ‘obses kecantikkan’ yang tidak dapat lari dari wanita ini, Hijabista terpanggil untuk berkongsikan ‘rahsia’, tip dan amalan kecantikan secara semulajadi yang boleh diamalkan mengikut anjuran Islam tanpa perlu mengeluarkan sebarang ‘kos’.
Malah, pastinya memberikan ‘result’ yang didambakan sekiranya hijabi rajin dan konsisten melakukannya!
1. Amalkan Bangun Pagi Dan Mandi Sebelum Subuh
Ramai antara kita yang terlepas pandang ‘hikmah’ disebalik bangun seawal pagi dan amalan mandi sebelum subuh, malah perkara ini amat dianjurkan oleh Islam.
Jika hijabi memiliki lingkaran hitam di bawah mata, adalah disarankan untuk mandi dengan menggunakan air sejuk. Ini demikian kerana ia dipercayai dapat mengurangkan kegelapan di bahagian bawah mata.
Selain itu, mandi diawal pagi ini akan memberi manfaat kepada kuku, dengan menjadikan kuku lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. Malah, kulit juga akan menjadi lebih lembut dan halus.
2. Minum Segelas Air Putih Sebelum Menggosok Gigi
Satu lagi tip yang patut menjadi amalan dan sangat disyorkan dalam Islam adalah, minum segelas air masak bersuhu bilik sebelum dan selepas bangun tidur, untuk lebih mujarab lagi, air tersebut perlulah diminum sebelum menggosok gigi. Ini kerana enzim-enzim di dalam mulut sebaik sahaja kita bangun tidur mengandungi khasiat yang buaik untuk kulit.
Caranya, kemam seketika air tegukan pertama di dalam mulut. Baca selawat sebanyak tiga kali di dalam hati, kemudian barulah disusuli dengan menelan air didalam mulut dan habiskan meneguk air di dalam gelas tadi.
3. Tadah Air Sambil Baca Selawat
Untuk mendapatkan kulit wajah yang bersih tanpa cela pula, Hijabi boleh amalkan membaca selawat terlebih dahulu sebelum menadah air pada telapak tangan. Amalan ini boleh dilakukan ketika mahu membasuh muka atau sewaktu mengambil wudhu’.
Baca selawat terlebih dahulu sebanyak tiga kali, kemudian hembuskan bacaan tersebut pada air dan usap air itu pada wajah bermula dari dagu naik ke atas hingga dahi. Ulang langkah sama tiga kali. InshaaAllah jika diamlkan pasti nampak perbezaanya kelak!
Nak cantik kena ada usaha sis! Jom sama-sama kita amalkan, InshaAllah pahala dapat cantik pun dapat.
Malah, jika dilihat menerusi perkembangan terkini di laman sosial miliknya, kehidupan anak saudara kepada pelakon veteran Wan Maimunah itu kini lebih kepada...