Gaya Solekan ‘Work From Home’ Yang Ideal, Ringkas & Menarik Pilihan Jurusolek Popular, Khir Khalid!

Share

Sepanjang tempoh ‘total lockdown’ ini, pasti ramai yang sibuk menyiapkan kerja pejabat di rumah. ‘Work from home’ sudah menjadi perkara normal dalam kehidupan kita semenjak pandemik Covid-19 menyerang dunia termasuk di Malaysia.

Untuk kaum wanita khususnya, pasti ramai yang buntu untuk mencari gaya fesyen menarik serta stail yang sesuai digayakan saat melakukan kerja di rumah. Bukan itu sahaja, malah, gaya solekan juga menjadi masalah untuk kekal rapi dan kemas tatkala menghadirkan diri di ‘online meeting’. Walaupun hanya di rumah, gaya solekan yang tepat boleh menaikkan seri wajah kamu. Untuk itu, kami menemu bual jurusolek terkenal, Khir Khalid yang sentiasa memberi sentuhan magis pada setiap karya solekannya!

“Kebiasaannya, sebagai seorang yang membawa watak wanita berhijab, gaya solekan anda tidak sepatutnya keterlaluan kerana pada Khir, seseorang yang berhijab haruslah tampil bersederhana dari ‘head-to-toe’ namun masih bergaya, atau kata lainnya, tidak keterlaluan.”

Gaya solekan terbaik ‘Work from home’ pilihan Khir Khalid.

1.Gaya solekan polos.

Gaya solekan pertama ini pasti disukai ramai. Tambahan pula pada wanita yang tidak terlalu sukakan warna-warna yang kuat dan terang. Menurut Khir, gaya solekan polos menjadi kegemarannya untuk wanita yang berhijab. Tidak sukar dan sangat ringkas, ia cukup dengan permainan warna yang tidak berlebihan di wajah, ia mampu menghasilkan solekan yang sempurna. Gaya solekan polos ini juga mampu untuk menjadikan keseluruhan gaya kamu kemas dan mewah!

2. Permainan rona ‘earth colours’.

Antara gaya solekan yang menghasilkan aura seksi walaupun bekerja di rumah! Usah hanya fokuskan kepada keseluruhan bahagian muka. Untuk gaya solekan ini, Khir memfokuskan kepada bahagian kelopak mata. Menurutnya, permainan warna kelopak mata dalam rona ‘earth colours’ mengikut kulit wajah seseorang dan jua olesan eyeliner yang tepat, adalah padanan yang terbaik!

3. ‘Less is more’!

Bagi mereka yang sukakan gaya yang ringkas, gaya solekan ‘less is more’ ini adalah pilihan yang bijak! Kita tahu tidak semua wanita sukakan gaya solekan yang terlampau, maka plihan ketiga ini khas untuk kamu!

“Solekan ‘LESS IS MORE’ adalah solekan yg paling sesuai bagi wanita berhijab yang sibuk melakukan ‘work from home’.”

Tambah Khir, untuk para hijabi masa kini yang sentiasa mengikut trend, tidak salah juga sekiranya mereka mahu kenakan gaya solekan untuk ‘work from home’ seperti ini kerana masing-masing bebas berkarya tentang solekan mereka. Walaupun hanya di rumah, mereka boleh menghasilkan gaya solekan ala editorial. Terpulang kepada mereka.

Apa-apapun, setiap gaya solekan yang dihasilkan itu pasti menjadikan wajah kamu berbeza-beza. Terpulang kepada setiap individu untuk memilihnya mengikut keselesaan sendiri. Apa yang pasti, usah terlalu keterlaluan, cukup sekadar mengikut kesesuaian bentuk muka serta kulit muka kamu.

Nasihat Khir Khalid pada semua tentang Covid-19 dan ‘total lockdown’?

“Seseorang itu perlu bijak mem-busykan diri masing-masing. Hati perlu tenang, tabah dengan apa yang sedang berlaku. Tidak perlu untuk menjadi ‘attention seeker’ kerana anda ialah wanita modest dan jadilah watak seorang hijabi yang seharusnta ‘low key’ serta tidak keterlaluan’.

Sumber gambar: Koleksi peribadi Khir Khalid.

 

Published by
Putra