Gaya Sedondon NANA MAHAZAN & Anak Daranya Raih Pujian “Mummy Doakan Althea Istiqamah”

Share

Ibunya makin cantik, anak pun terinspirasi. Semestinya lah hendak kelihatan secantik ibunya, kan?

Mungkin ia juga menjadi asbab kepada Althea, anak sulung kepada pengacara Nana Mahazan yang kini berusia 14 tahun terbuka hati untuk bertudung pada usia muda.

Sebagai ibu sudah tentulah Nana merasa sangat bersyukur dan gembira dengan perubahan anaknya itu.

Memetik kata-kata Nana buat puteri sulungnya itu.

“ALHAMDULILLAH.. KITA MAK MAK NI KALAU BOLEH NAK SUPPORT SEMAMPU MUNGKIN ANAK-ANAK KITA AND THIS IS HOW MUCH I LOVE HER, AND I WANT HER NEW JOURNEY NI SANGAT INDAH.

“ALHAMDULILLAH.. ALTHEA TEMUI AWAL DARI MUMMY.. MUMMY DOAKAN ALTHEA ISTIQAMAH. SAMA-SAMA KITA FOKUS AGAR MENJADI INSAN YANG LEBIH BAIK.”

Sejak itu, Nana dan Althea sering memakai pakaian sedondon. Gaya kasual dan sporty sering menjadi pilihan ibu dan anak ini.

Sekali pandang macam kakak dan adik pula. Nana nampak semakin muda sehingga meraih tumpuan ramai.

Sejak bertudung, semakin murah rezeki Nana. Makin ligat mengusahakan rangkaian bisnesnya,

Nana Mahazan Beauty dan Selauk Nana di samping aktif dalam bidang pengacaraan.

Ternyata, hikmah di sebalik penghijrahannya itu telah menjadikan Nana kini seorang selebriti yang bermotivasi tinggi.

Nana yang kini berusia 40 tahun merupakan bintang program realiti TV Akademi Fantasia musim pertama (AF1).

Sejak bergelar usahawan selebriti, ibu kepada dua cahaya mata ini aktif melakukan Live di Instagram serta Facebook.

Selain itu, penampilan Nana yang sederhana namun stylish sering mendapat perhatian dan pujian ramai.

Walau berfesyen tetapi isteri kepada Raqeem Brian Abdullah ini masih mengikut syariat iaitu berpakaian longgar, berstoking dan tidak berlebihan. Sesedap mata memandang.

Hijabista mendoakan agar Nana kekal tenang dan bahagia menjalani kehidupannya di samping keluarga tersayang seterusnya menjadi seorang Muslimah sejati di dunia mahupun akhirat.

Yakinlah, bila kita sentiasa berusaha untuk berubah ke arah kebaikan, Allah sentiasa menjaga kita dalam rahmatnya.

Kredit Foto: Facebook Nana Mahazan

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini

 

Published by
Amy Mohd