Walaupun berhijab, ada momen anda membelek rambut di cermin pasti ada keinginan untuk merubah gaya rambut yang nampak fresh dan senang didandan ketika memakai hijab. Ada juga kurang pasti gaya rambut yang sesuai dengan bentuk muka.
Nah, dengan memberi perubahan pada rambut pasti banyak dengan mudah mengenali perubahan yang membuat diri anda kelihatan lebih fresh! Ada enam bentuk wajah yang perlu anda ketahui. Jom, semak gaya rambut sesuai dengan wajah anda!
Banyak yang berpendapat bahawa memilih gaya rambut untuk wajah bulat sangat sukar dibandingkan bentuk wajah lain. Jangan risau jika anda memiliki wajah bulat, hijabista punya beberapa alternatif yang boleh anda guna pakai. Gaya wajah bulat memang tidak boleh sembarangan dalam memilih gaya rambut, kerana jika salah akan membuat wajah anda semakin kelihatan chubby
.Beberapa gaya rambut sesuai bentuk wajah yang sesuai bagi anda yang berwajah bulat di antaranya adalah potongan mix layer, potongan dengan menggunakan kerana dan potongan shaggy dengan potongan rambut ini, wajah bulat anda akan terlihat lebih tirus.
Untuk anda yang mempunyai bentuk wajah kotak atau persegi, ada beberapa pilihan gaya rambut sesuai dengan bentuk wajah. Jika ingin memilih bangs sebagai pilihan gaya rambut, go ahead! Untuk bentuk wajah persegi, anda boleh mencuba gaya rambut bangs dengan membuat pinggiran lurus dengan sisi yang lebih panjang, hindari belahan tengah untuk bangs. Gaya rambut sesuai bentuk wajah yang sesuai untuk anda adalah gaya rambut bergelombang, ponytail dan shaggy yang tidak terlalu banyak.
Ciri khas pemilik bentuk wajah hati adalah dagu yang runcing serta rahang yang tegas. Gaya rambut sesuai bentuk wajah yang pemilik wajah hati adalah potongan rambut pendek. Potongan rambut pendek akan mempertegas bentuk wajah anda. Jika tidak ingin memotong pendek rambut, anda boleh memotong gaya rambut bob tetapi dengan rambut panjang.
Bentuk wajah lonjong atau oval mempunyai banyak alternatif dalam membentuk gaya rambut. Beberapa gaya rambut sesuai bentuk wajah yang dapat anda cuba di antaranya, rambut panjang dengan bangs, rambut pendek dengan potongan pixie, potongan bob untuk rambut paras bahu, dan potongan asimetris.
Bentuk wajah diamond memiliki tulang pipi yang menjadi bahagian terluas dari wajah. Selain itu, bahagian dahi dan garis rahang sempit. Gaya rambut yang sesuai untuk anda yang memiliki bentuk wajah seperti ini, disarankan untuk membuat tekstur rambut yang ikal dengan tekstur gelombang yang menonjol sehingga area dagu tidak telihat semakin runcing.
Ciri khas pemilik wajah segitiga adalah dagu panjang serta jarak pelipis yang lebih lebar dibandingkan jarak pangkal rahang. Gaya rambut sesuai bentuk wajah yang sesuai adalah shaggy
dan asimetris untuk rambut pendek. Jika anda memiliki rambut panjang, cukup tambahkan kesan shaggy di bahagian bawah rambut.Nah! Semoga panduan ini membantu anda untuk mengayakan rambut mengikut bentuk muka. Jangan risau sekiranya anda bertudung rambut tetap inginkan perapian mutlak agar anda tampak fresh di samping orang tersayang. Jangan lupa merawat rambut sentiasa dengan syampu dan perapi sesuai dengan keperluan rambut anda.
NOTA: Bagi anda yang berambut pendek, jangan risau sekiranya mengenakan hijab kelihatan leper. Gunakan scrunchie sebagai penganti sanggul, pilihlah mengikut kebesaran yang anda suka. Pastikan scrunchie dari material satin atau yang tidak menyakitkan rambut.
SUMBER: POPBELA