Baru-baru ini pelakon muda berbakat besar dari Indonesia, Syifa Hadju menarik perhatian ramai dengan penampilannya yang manis bertudung.
Menerusi akaun Instagram peribadinya, selebriti berusia 24 tahun ini berkongsi beberapa foto menunjukkan dirinya bertudung.
Muat naik itu disambut dengan pelbagai pujian peminat dan pengikutnya yang terpukau dengan keanggunannya.
Sekian lama menjadi tumpuan dalam dunia hiburan Indonesia, Syifa kini semakin memukau dengan gaya Muslimahnya.
Syifa mengakui, pemakaian tudung tidak menghalangnya untuk tampil bergaya.
Ternyata, dia bijak dalam menyuai padankan outfit yang sesuai.
Hijabista kongsikan beberapa koleksi foto selebriti jelita ini ketika bertudung: –
Syifa melakonkan watak seorang gadis Muslimah yang kuat, rajin dan sopan dalam sinetron Saleha.
Watak yang dilakonkan dalam sinetron itu sangat sesuai dengan personaliti Syifa yang ramah dan lemah lembut.
Dengan gaya yang sederhana, pesona Syifa masih menyerlah tanpa memerlukan banyak aksesori mahupun perhiasan.
Syifa meraih perhatian ramai apabila tampil dengan busana Muslimah ketika menghadiri pengajian yang diadakan oleh Ustaz Hanan Attaki.
Busana Muslimah ini mempunyai gaya syariah yang menawan.
Dengan senyuman manisnya, penampilan Syifa Hadju kali ini berjaya memukau para peminatnya.
Didoakan agar dikurniakan hidayah buat Syifa suatu hari nanti untuk kekal bertudung dan menutup aurat dengan sempurna.