Nama Dian Ayu sememangnya tidak asing lagi di kalangan masyarakat Indonesia. Pemilik nama penuh Dian Ayu Lestari ini sudah jarang dilihat di televisyen.
Pun begitu, selebriti kelahiran 1986 ini dilihat masih aktif memuat naik perkongsian kehidupan peribadinya di Instagram peribadi.
Calon Miss Indonesia 2007 yang kini berusia 36 tahun ini semakin cantik sejak berhijab pada pertengahan 2018.
Malah, penampilan ibu anak tiga ini juga semakin stylish sehingga sering menjadi bualan dan mencuri perhatian ramai.
Dian Ayu turut digelar sebagai lady biker yang lasak dan cantik. Kalau ramai wanita memilih kereta yang lebih selesa untuk bergerak ke sana sini, jiwa Dian Ayu pula lebih lasak.
Dian Ayu memilih motor berkuasa tinggi dan vespa sebagai hobinya.
Terlihat ‘Garang’ Ketika Menunggang Motor
Kalau sebelum ini Dian Ayu menunggang motor berkuasa besar, kali ini dia menaiki motor jenis Vespa pula. Walaupun berbeza jenis kenderaan, Dian Ayu tetap nampak ‘garang’ ketika menunggangnya.
Aksi Persis ‘Budak Motor’
Aksi Dian Ayu ketika menunggang motosikal di jalanan ibu kota berjaya mencuri perhatian. Selebriti cantik ini kelihatan sangat hebat dan meyakinkan persis ‘budak motor’ sebenar.
Tampil Stylish
Gaya Dian Ayu sering mencuri perhatian ramai. Sebagai wanita bertudung, penampilan Dian Ayu tetap mengikut syariah.
Kredit Foto: Instagram Dian Ayu Lestari
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI