Gaya Mekap Ala ‘Bidadari’, Cuba Ikuti Tren Baru Ini Untuk Kelihatan Manis!

Share

Tren solekan terbaru yang masih lagi berlegar di media sosial, kini gaya solekan ‘Angelic Look‘ menjadi pilihan orang ramai. Memberikan wajah tampak mempersona dan segar tanpa solekan yang keterlaluan.

Sudah tentu ramai yang suka akan gaya solekan yang kurang menonjol dan menunjukkan hasil yang natural. Tidak semua yang gemar solekan yang terlalu menonjol dengan pembayang, blusher, dan gincu yang sangat terang kerana ada yang tidak berani untuk gayakan solekan seperti itu.

Kini, ramai pengguna di media sosial terutama sekali di TikTok menghasilkan gaya solekan yang tampak seperti tidak memakai apa-apa produk mekap, no-make up-make up look, kerana solekan ini ‘ringan’ dan sesuai dengan cuaca panas di Malaysia. Tetapi saban hari, tren solekan ala ‘tidak menggunakan mekap’ di evolusikan lagi menjadi lebih menarik dengan nama yang baharu.

Solekan ala bidadari ataupun ‘Angelic Look’ ini juga menjadi salah satu trademark buat jurusolek terkenal Filipina, Paul Unating, yang gemar membuat solekan ala bidadari ini kepada model. Ramai yang suka akan hasil yang beliau lakukan dan juga menjadi salah satu tarikan untuk kebanyakan orang mencuba gaya solekan ini menggunakan teknik mereka sendiri.

Lihat! Nampak sangat segar dengan penggunaan warna rona merah jambu menaikkan seri wajah seseorang itu. Memang betul tampak seperti bidadari. Jadi memang sah ia menjadi kegilaan ramai orang kenapa ia banyak di hasilkan semula di TikTok.

Artikel berkaitan: Solekan Mata Ringkas Tak Semestinya Membosankan, Ada Cara Untuk Dipelbagaikan.

Jom kita cuba solekan ala bidadari!

Hijabista telah menelaah setiap video di TikTok untuk mencari cari yang mudah dan senang di lakukan oleh semua untuk mencipta gaya solekan ala bidadari untuk diri anda. Jadi kami menemui pengguna akaun TikTok bernama Jennie Dimova yang menghasilkan gaya solekan ini dengan mudah sekali.

#1 Gunakan Eyebrow wax atau Clear Mascara untuk kening yang natural

Bagi solekan gaya angelic look ini perlu minima penggunaan produk yang terlalu menonjol. Di sebabkan kening merupakan salah satu ciri utama di muka, jadi kita perlu kurangkan ‘penegasan’ di kawasan itu. Jadi, kening hanya perlu di bentuk menggunakan eyebrow wx atau clear mascara untuk mengemaskannya mengikut bentuk yang natural.

#2 Hanya gunakan concealer untuk tutup cela

Selalunya kita akan memilih untuk menggunakan foundation dan juga concealer untuk menutup cela di muka. Bagi solekan ini, anda tidak perlu menggunakan produk yang terlalu ‘berat’ dan hanya mengekalkan penggunaan produk yang minima. Hanya gunakan concealer untuk menutup cela di bahagian muka yang bermasalah seperti bekas jerawat, kawasan tona tidak sekata, dan yang lain-lain berkaitan.

#3 Gunakan contour untuk beri kesan muka terstruktur dan tirus

Jika tadi Jennie menggunakan produk berkrim, kini dia menggunakan powder contour untuk membuatkan muka tampak berstruktur dan tirus. Menggunakan contour juga memberikan dimensi kepada muka. Hasilnya muka kelihatan terletak cantik dengan struktur yang menawan.

#4 Gunakan krim blusher dan higlighter

Mekap angelic look ini menampilkan warna rona merah jambu yang cantik di kawasan pipi dan bawah mata. Ia akan membuatkan muka kelihatan segar dan comel kerana warna merah jambu yang memberikan satu ciri yang manis. Jadi letakkan krim blusher 

dan highlighter di kawasan pipi dan bawah mata, jangan lupa untuk ratakan menggunakan alat solek seperti beauty blender. Seperti Jennie, selepas krim blusher dan highlighter di ratakan, dia meletakkan sedikit concealer di bahagian sudut hadapan mata untuk menerangkan kawasan tersebut.

#5 Letak bedak asas dan powder blusher untuk set muka anda

Setelah menggunakan produk berkrim di muka, kita tidak mahu ia kelihatan bercapuk setelah beberapa jam ia berada di muka. Jadi anda perlu gunakan produk yang berasaskan bedak untuk set mekap asas yang telah anda lakukan pada awalnya.

#6 Gunakan eyeshadow yang berwarna putih dan letakkan shimmer di kelopak mata

Gunakan pembayang atau eyeshadow yang berwarna putih atau warna coklat cair di jadikan sebagai warna asas di kelopak mata. Lalu, untuk menonjolkan sedikit warna di kawasan itu, anda gunakan shimmer untuk kelihatan seperti berkilat dan segar pada kawasan mata anda.

#7 Gunakan pencil higlighter untuk cerahkan hujung mata dan timbulkan tulang hidung

Penggunaan pencil highlighter di letakkan pada bahagian tulang hidung dan hujung hadapan sudut mata boleh berikan impak kesan yang bersinar buat kawasan itu. Jadi anda bukan sahaja boleh gunakan pencil highlighter, anda boleh juga gantikan dengan menggunakan apa-apa produk highlighter mengikut kesesuaian anda.

#8 Gunakan eyeshadow sebagai wing liner dan maskara untuk melebatkan bulu mata

Untuk berikan lagi kawasan mata kelihatan tampak lebih berwarna dan ‘tajam’ anda gunakan pembayang mata berwarna coklat gelap sebagai wing liner untuk kesan yang natural. Lalu, gunakan maskara untuk membuatkan bulu mata kelihatan lebat.

#9 Gincu yang berwarna rona merah jambu atau warna tanah

Akhir sekali untuk mencantikkan lagi solekan ini, gunakan lip liner

yang berwarna coklat untuk membentukkan bentuk bibir yang mungil dan besar. Lalu, padankan dengan gincu yang berwarna rona merah jambu atau warna tanah untuk memberikan solekan yang bersahaja.

Siap sudah mekap anda, dah jadi bidadari!

Sudah siap gaya solekan ala bidadari atau lebih di kenali sebagai angelic look. Ia mungkin panjang untuk di perincikan melalui teks tetapi bila anda cuba sendiri, pasti ia akan tampak mudah. Bagi mereka yang baru mencuba mekap, tidak mengapa, teruskan untuk praktis sehingga anda boleh capai gaya solekan yang anda inginkan. Selamat mencuba!

Artikel berkaitan: Bedak Tetapan Terbaik Menurut Pakar, Solekan Tahan Lama Tak ‘Cakey’. Lihat Dahulu Cara Uji Ini!

Sumber gambar dan info: Jennie Dimova dan Paul Unating

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Qee