Tren solekan terbaru yang masih lagi berlegar di media sosial, kini gaya solekan ‘Angelic Look‘ menjadi pilihan orang ramai. Memberikan wajah tampak mempersona dan segar tanpa solekan yang keterlaluan.
Sudah tentu ramai yang suka akan gaya solekan yang kurang menonjol dan menunjukkan hasil yang natural. Tidak semua yang gemar solekan yang terlalu menonjol dengan pembayang, blusher, dan gincu yang sangat terang kerana ada yang tidak berani untuk gayakan solekan seperti itu.
Kini, ramai pengguna di media sosial terutama sekali di TikTok menghasilkan gaya solekan yang tampak seperti tidak memakai apa-apa produk mekap, no-make up-make up look, kerana solekan ini ‘ringan’ dan sesuai dengan cuaca panas di Malaysia. Tetapi saban hari, tren solekan ala ‘tidak menggunakan mekap’ di evolusikan lagi menjadi lebih menarik dengan nama yang baharu.
Solekan ala bidadari ataupun ‘Angelic Look’ ini juga menjadi salah satu trademark buat jurusolek terkenal Filipina, Paul Unating, yang gemar membuat solekan ala bidadari ini kepada model. Ramai yang suka akan hasil yang beliau lakukan dan juga menjadi salah satu tarikan untuk kebanyakan orang mencuba gaya solekan ini menggunakan teknik mereka sendiri.
Lihat! Nampak sangat segar dengan penggunaan warna rona merah jambu menaikkan seri wajah seseorang itu. Memang betul tampak seperti bidadari. Jadi memang sah ia menjadi kegilaan ramai orang kenapa ia banyak di hasilkan semula di TikTok.
Hijabista telah menelaah setiap video di TikTok untuk mencari cari yang mudah dan senang di lakukan oleh semua untuk mencipta gaya solekan ala bidadari untuk diri anda. Jadi kami menemui pengguna akaun TikTok bernama Jennie Dimova yang menghasilkan gaya solekan ini dengan mudah sekali.
#1 Gunakan Eyebrow wax atau Clear Mascara untuk kening yang natural
Bagi solekan gaya angelic look ini perlu minima penggunaan produk yang terlalu menonjol. Di sebabkan kening merupakan salah satu ciri utama di muka, jadi kita perlu kurangkan ‘penegasan’ di kawasan itu. Jadi, kening hanya perlu di bentuk menggunakan eyebrow wx atau clear mascara untuk mengemaskannya mengikut bentuk yang natural.
#2 Hanya gunakan concealer untuk tutup cela
Selalunya kita akan memilih untuk menggunakan foundation dan juga concealer untuk menutup cela di muka. Bagi solekan ini, anda tidak perlu menggunakan produk yang terlalu ‘berat’ dan hanya mengekalkan penggunaan produk yang minima. Hanya gunakan concealer untuk menutup cela di bahagian muka yang bermasalah seperti bekas jerawat, kawasan tona tidak sekata, dan yang lain-lain berkaitan.
#3 Gunakan contour untuk beri kesan muka terstruktur dan tirus
Jika tadi Jennie menggunakan produk berkrim, kini dia menggunakan powdercontour untuk membuatkan muka tampak berstruktur dan tirus. Menggunakan contour juga memberikan dimensi kepada muka. Hasilnya muka kelihatan terletak cantik dengan struktur yang menawan.
#4 Gunakan krim blusher dan higlighter
Mekap angelic look ini menampilkan warna rona merah jambu yang cantik di kawasan pipi dan bawah mata. Ia akan membuatkan muka kelihatan segar dan comel kerana warna merah jambu yang memberikan satu ciri yang manis. Jadi letakkan krim blusher dan highlighter di kawasan pipi dan bawah mata, jangan lupa untuk ratakan menggunakan alat solek seperti beauty blender. Seperti Jennie, selepas krim blusher dan highlighter di ratakan, dia meletakkan sedikit concealer di bahagian sudut hadapan mata untuk menerangkan kawasan tersebut.
Ads
#5 Letak bedak asas dan powder blusher untuk set muka anda
Setelah menggunakan produk berkrim di muka, kita tidak mahu ia kelihatan bercapuk setelah beberapa jam ia berada di muka. Jadi anda perlu gunakan produk yang berasaskan bedak untuk set mekap asas yang telah anda lakukan pada awalnya.
#6 Gunakan eyeshadow yang berwarna putih dan letakkan shimmer di kelopak mata
Gunakan pembayang atau eyeshadow yang berwarna putih atau warna coklat cair di jadikan sebagai warna asas di kelopak mata. Lalu, untuk menonjolkan sedikit warna di kawasan itu, anda gunakan shimmer untuk kelihatan seperti berkilat dan segar pada kawasan mata anda.
#7 Gunakan pencil higlighter untuk cerahkan hujung mata dan timbulkan tulang hidung
Penggunaan pencil highlighter di letakkan pada bahagian tulang hidung dan hujung hadapan sudut mata boleh berikan impak kesan yang bersinar buat kawasan itu. Jadi anda bukan sahaja boleh gunakan pencil highlighter, anda boleh juga gantikan dengan menggunakan apa-apa produk highlighter mengikut kesesuaian anda.
#8 Gunakan eyeshadow sebagai wing liner dan maskara untuk melebatkan bulu mata
Untuk berikan lagi kawasan mata kelihatan tampak lebih berwarna dan ‘tajam’ anda gunakan pembayang mata berwarna coklat gelap sebagai wing liner untuk kesan yang natural. Lalu, gunakan maskara untuk membuatkan bulu mata kelihatan lebat.
Ads
#9 Gincu yang berwarna rona merah jambu atau warna tanah
Akhir sekali untuk mencantikkan lagi solekan ini, gunakan lip liner yang berwarna coklat untuk membentukkan bentuk bibir yang mungil dan besar. Lalu, padankan dengan gincu yang berwarna rona merah jambu atau warna tanah untuk memberikan solekan yang bersahaja.
Siap sudah mekap anda, dah jadi bidadari!
Sudah siap gaya solekan ala bidadari atau lebih di kenali sebagai angelic look. Ia mungkin panjang untuk di perincikan melalui teks tetapi bila anda cuba sendiri, pasti ia akan tampak mudah. Bagi mereka yang baru mencuba mekap, tidak mengapa, teruskan untuk praktis sehingga anda boleh capai gaya solekan yang anda inginkan. Selamat mencuba!
Minuman bubble tea sememangnya menjadi kegemaran ramai. Di Malaysia sahaja, dianggarkan terdapat lebih 50 jenama yang menawarkan pelbagai jenis minuman bubble tea. Ya benar, ia sedap, tetapi bagaimana pula dari segi aspek kesihatan?
Menurut Pakar Pemakanan dan Pengurus Jabatan Dietetik dan Perkhidmatan Institut Jantung Negara (IJN), Mastari Mohamad, kandungan gula dalam segelas minuman bubble tea cukup membimbangkan.
Segelas minuman tersebut dianggarkan mengandungi antara lapan hingga 20 sudu teh gula. Dalam sehari sepatutnya mpengambilan gula untuk seorang yang normal tidak boleh melebihi 10 peratus daripada pengambilan kalori.
Contohnya, seorang lelaki bersaiz badan sederhana seperti orang Asia, keperluan kalori mereka sebanyak 2,000 sehari. Jadi, ia (pengambilan gula diperlukan) lebih kurang 200 kalori sahaja, iaitu kira-kira 10 sudu teh
Ini pandangan Kevin Zahri, seorang pakar kecergasan tentang ‘habit’ minum bubble tea.
Kebelakangan ini ramai yang bertanya “boleh ke minum bubble tea?” Banyak jugak posting social media tentang ketinggian kandungan gula, diabetes, kencing manis yang perhaps excessive untuk salahkan 1x minuman semata-mata.
Dalam pemakanan seharian di Malaysia ada pelbagai makanan dan minuman yang tinggi gula, calorie, lemak dll. Minuman bubble tea sememangnya trend (probably for the next 1 year) tapi minum bubble tea semata-mata BUKANlah penentu obesiti mahupun kencing manis (diabetes).
Obesiti dan kawalan berat badan ditentunya oleh pelbagai faktor: pemakanan secara menyeluruh, gaya hidup, senaman etc. Ia TIDAK terletak pada 1x minuman semata-mata.
Dieting is not black or white. Dieting is black, white, kelabu dan penuh warna-warni. Ia bukan soal “boleh” atau “tak boleh”.
Diet “black n white” ini sering menjadi tekanan dan salah faham majoriti yang ingin mulakan suatu program pemakanan sehingga ia menjadi selalu rigid dan beri tekanan tak tentu pasal.
Dieting adalah “suka hati kau” selagi anda mahir mengawal keseimbangan ikut pada keselesaan dan objektif masing-masing. Jadi 1-2 teh bubble teas seminggu bukan penentu apa-apa.
Jadi bab “bubble tea”, kalau tanya saya, i would not say “elakkan” kerana nak tak nak orang ramai akan minum jugak. But I would say “dont go crazy n make sure you balance it out dengan pemakanan dan gaya hidup seharian”.
Tidur yang berkualiti banyak memberi faedah kesihatan termasuk pengekalan berat badan yang sihat, peningkatan konsentrasi dan produktiviti dan kestabilan emosi. Maka sebab itulah ruang bilik tidur perlu sentiasa kemas dan bersih.
Mungkin pada hari-hari bekerja kita agak kekurangan masa untuk mengemas bilik tidur secara terperinci. Jadi, kita gunakan masa hujung minggu untuk mengemas bilik, ruang yang cukup privasi untuk kita beristirehat.
Bagi pasangan yang sudah berkahwin, inilah ruang yang paling bermakna untuk anda berdua. Oleh itu jadikan ruang ini sentiasa ‘hangat’ demi menyemai kasih sayang. Berikut dikongsikan tip memastikan bilik tidur sentiasa kemas dan selesa. Moga bermanfaat.
TIP AGAR BILIK TIDUR LEBIH BERSIH DAN NYAMAN
*Pastikan cadar dibasuh kerap. Paling LEWAT seminggu sekali. Ya lah. Masa itu lah baru cuti. Tujuan cuci cadar adalah bagi mengelakkan pengumpulan kuman pada cadar.
Sebab sebahagian masa di habiskan dengan tidur. Walaupun tidur 5 jam ke 6 jam sekalipun. Tetap waktu paling bernilai kan? Jadi kena pastikan sentiasa bersih.
*Letaklah pewangi untuk bilik tidur.
Biar wangi selalu.Kita akan sentiasa ingat bilik tidur sendiri walau ke mana pun kita pergi.
*Buka sedikit tingkap untuk pengudaraan yang lebih baik. Elak bilik berbau.
*Cuba guna cadar patchwork. Boleh juga cuba cadar biasa. Kalau cadar biasa perlu letak klip setiap bucu untuk bagi tegang. Kalau cadar patchwork, tak perlu. Selepas bentang, siap. Senang. Jimat masa kita bukan?
*Mesti kerap buang habuk, sapu atau vakum. Cuci segala tingkap, kipas, mop lantai. Ikut keadaan habuk. Paling baik bersihkan hari-hari. Sebab kalau biar habuk tebal lebih memenatkan bila hendak kemas.
*Tema warna bilik kita yang tentukan. Pilih perabot, warna karpet yang sesuai dengan tema bilik. Tak semestinya yang mahal. Dekorasi yang ringkas, sedap mata memandang pun sudah cukup.
Itu sahaja. Mungkin ada lagi tip yang lebih berguna. Bilik kita, kita yang tentukan. Sediakan jadual mengemas sendiri. Selamat mengemas ya.
HIJABISTA: Hujung-hujung minggu begini, eloklah kita ambil peluang untuk mengemas bilik tidur dengan lebih ‘terperinci.’ Selain ruang-ruang yang lain, bilik adalah tempat paling banyak kita menghabiskan masa. Oleh itu sentiasa pastikan bilik tidur sentiasa berada dalam keadaan bersih.
Sumber kredit: #kemasrumahwithhani Top image: Photo by terry-magallanes from Pexels.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Inspirasi dari pelbagai atlet yang berhijab, Nike jenama sukan terkenal telah mengeluarkan Nike Pro Hijab. Namun inspirasi itu tidak terhenti hanya mereka cipta hijab khas untuk atlet muslimah, malahan pereka Nike terus berinovasi mengeluarkan pakaian renang khas untuk atlet muslimah. Inovasi ini khas untuk atlet dari semua latar belakang yang terlibat dalam aktiviti sukan berasaskan air.
Melihat jurang yang menarik dalam pakaian untuk sukan air, sebagai pereka Nike melihat pelbagai kekurangan khususnya, kekurangan pilihan untuk atlet wanita muslimah yang memilih antara kesopanan dan pergerakan dengan keselesaan juga keyakinan. Produk sedia ada tidak mempunyai ciri-ciri atau fungsi, para atlet inginkan bagi menjaga aurat ketika bersukan. Sering kali, atlet berkata, pakaian renang mempunyai pelbagai halangan untuk mereka melakukan aktiviti di dalam air.
Martha Moore, Pengarah Kreatif Nike, VP. berkata “Ketika Niker terus memperluas visi untuk inovasi mereka pakaian sukan, kami teruja untuk memberi inspirasi kepada lebih ramai wanita untuk melibatkan diri mereka dalam sukan dengan berfikir secara kreatif dan mereka bentuk secara inklusif. Bagi pihak Nike, Koleksi Nike Victory Swim menunjukkan kekuatan inovasi untuk menarik semua wanita untuk bersukan tanpa batasan. ”
Dibina dari fabrik warp-knit, koleksi Nike Victory Swim adalah ringan, bernafas dan cepat kering. Faedah untuk atlet yang mencari perlindungan matahari dengan rating UPF 40+ kepala hingga ke kaki.
Kedua-dua Nike Victory Full-Coverage Swimsuit dan Nike Tide Swim Tunic Top mempunyai sport bra berserta dengan perforated cups. Sama seperti bahagian atas pakaian renang ini, Nike Victory Swim Leggings mencerminkan siluet yang sederhana namun membolehkan kelajuan dan ketangkasan tanpa berpaut berlebihan.
The Swim Hijab mempunyai poket berjaring bersepadu yang memegang rambut di seluruh pergerakan bawah air. Ini terbukti apabila ramai atlet seluruh dunia yang menguji Nike Victory Swim merasa kagum.
Zahra Lari Pemain Ski Ais United Arab Emirates berpendapat koleksi ini, membantu beliau melakukan aktiviti berenang dengan baik dan lebih berkeyakinan kerana material fabriknya amat berbeza dengan pakaian renang yang sedia ada di pasaran.
Hijabi yang masih tercari-cari pakaian renang yang sesuai nantikan koleksi terbaharu dari Nike ini di pasaran pada 1 Februari 2020 di stor-stor terdekat dan di laman web nike.com.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Serlahkan aura penampilan anda dengan stail yang lebih moden, ranggi dan sopan! Hijabista akan kongsikan idea dan juga tip untuk ‘upgrade’kan stail fesyen yang...