Berpeluang berkunjung ke Tanah Suci memang menjadi impian kebanyakan muslim. Bukan semua dapat peluang menjejakkan kaki ke sana bagi mengejarkan umrah atau haji. Pada waktu ini, pelakon dan penyanyi terkenal, Marsha Milan Londoh sedang menunaikan umrah bersama suami dan keluarga tercinta.
Gaya dan penampilan Marsha yang sederhana membuatkan sesiapa sahaja yang melihatnya berasa sejuk hati…
Pelbagai cara dilakukan oleh seseorang untuk meraikan sambutan hari lahir. Ada yang menyambut di luar negara atau sekadar majlis bersama keluarga. Bagi selebriti Mira Filzah dia juga mempunyai cara tersendiri untuk menyambut hari lahirnya yang ke 25. Pelakon cantik manis ini menggunakan tema ‘back to school’ untuk sambutan hari jadinya bersama keluarga dan peminat. Pada majlis itu Mira memilih persalinan uniform pengawas sekolah warna biru. Ternyata dia begitu comel dan begitu terserlah sifat sebagai seorang remaja sekolah.
Jika tahun sebelumnya Mira menyambutnya dengan bertemakan ‘garden’ dan ‘bollywood dan kali ini sambutannya memang lain dari yang lain dengan mengenang zaman persekolahannya.
Dia yang hanya mengenakan hijab segera dengan mekap polos memang menyerlah gaya budak sekolah. Malah Mira Filzah juga tetap kelihatan comel dan cantik.
Waktu Syawal memang waktu yang ideal sekali untuk kita melaram sakan lebih-lebih lagi berbaju sedondon dengan keluarga. Iyalah, jarang dapat peluang nak pakai begini pada hari-hari biasa kan. Selebriti juga tidak ketinggalan berpakaian sedondon bersama pasangan dan anak mereka. Jom kita lihat antara fesyen selebriti bersama ibu ataupun anak mereka.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Setiap orang pasti mempunyai gaya dan signature mereka yang tersendiri apabila kita melihat mereka. Elemen ini penting juga buat selebriti oleh kerana ianya suatu benda yang boleh membuatkan orang kenali mereka dengan lebih senang.
Cukup terkenal dengan gayanya yang berkilau serta unik, penampilan Dato’ Seri Vida baru-baru ini mengejutkan warganet dengan gaya yang lebih simple. Ada yang kata tampak lebih muda sebegini.
Siapa sahaja yang tidak tahu usahawan terkenal, Dato’ Seri Vida, 51, yang popular di sebabkan personalitinya yang menghiburkan orang ramai. Tambahan pula, dia juga turut menjadi perhatian orang ramai oleh kerana penampilan yang sering di tonjolkan.
Gemar di kenali sebagai DSV, dia juga turut memperagakan beberapa jenis pakaian yang luar dari kebiasaan. Tidak ramai seperti dia, aksesori emas, penggunaan baju serta tudung yang berwarna hot pink menjadi signature dia dan ramai yang tahu itulah dia DSV.
Penyanyi lagu Ku Ikhlaskan itu ada memuatnaik satu posting di ruangan Instagram miliknya itu baru-baru ini. Menjadi aktiviti normal untuk melihat DSV berkongsi tentang outfit serta perkembangan hidupnya seharian.
Namun, kali ini ia mengejutkan ramai orang kerana DSV memilih untuk berpakaian lebih simple dan tampak lebih muda seperti yang di katakan dalam ruangan komen. Siapa sangka DSV akan pilih untuk bergaya seperti itu.
Dato’ Seri Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman, mengenakan pakaian dress berwarna hot pink dengan perincian manik-manik yang melengkapi gaya yang simple dan sofistikated. Dia juga mengenakan gaya turban yang membuatkan gayanya tampak lebih fresh dan mempersona.
Sudah pasti ramai yang akan mengolah atau memberi komen tentang pemakaian DSV kerana dia sering menjadi perhatian orang ramai. Kini, ramai yang memberikan kata-kata positif mengenai pakaiannya. Bahkan ada juga yang minta kekalkan gaya seperti itu.
Rata-rata ramai yang memuji penampilannya yang tampak simple namun masih mengekalkan gaya signature Dato’ Seri Vida. Jelas sekali ramai yang menantikan yang gaya terbaru DSV setiap hari. Cantik dan ayu, tak sabar nak tengok apa yang akan di bawakan pada masa akan datang pula.