Pertandingan Pekan Olahraga Nasional (PON) Aceh-Sumut 2024 sudah pun berlalu.
Beberapa anak selebriti Indonesia turut menyertai pertandingan tersebut, salah seorangnya ialah Aisha Hakim anak kepada selebriti terkenal, Irfan Hakim.
Aisha yang merupakan anak sulung dalam keluarga bakal bertanding dalam sukan ekuestrian bagi mewakili Jakarta.
Berita gembira itu telah dikongsi oleh bapanya dan dimuat naik di Instagram peribadi.
“Bismillah, terharu melihat anak sulung Aisha @aishakeem15 kini dilepaskan untuk bersiap sedia berjuang menjadi wakil DKI Jakarta di arena Pekan Olahraga Nasional XXI Aceh-Medan.
“Jadilah versi terbaik @aishakeem15 walau apa pun ibu dan ayah sentiasa bangga dengan kamu.”
Sosok Aisha Hakim menarik perhatian ramai. Menerusi Instagram peribadinya, Aisha sering berkongsi foto penampilannya yang berhijab ketika menunggang kuda.
Berikut beberapa foto menarik yang menampilkan gaya Aishaa yang stylish ketika menunggang kuda.
Walaupun bergelar atlet berhijab, Aisha tetap tampil bergaya dan sporty.
Dalam foto ini Aisha menggabungkan jaket, skirt dan tudung putih dengan inner hitam. Penampilannya nampak lebih bergaya dengan topi hitam rona senada.
Ketika pertandingan itu, Aisha kelihatan sangat menawan dengan jaket hitam yang digabungkan dengan skirt putih dan tudung.
Biarpun bersukan, Aisha sentiasa menitikberatkan soal penampilan mengikut gaya terkini.
Aisha menggabungkan kemeja polo berwarna krim dengan baju lengan panjang hitam dan skirt hitam.
Gaya ini juga menjadikan penampilan Aisha lebih menarik.
Semoga Aisha Hakim terus sukses dan istiqamah sebagai seorang Muslimah.
BACA JUGA: “Ikan Duyung Versi Berhijab” RIA RICIS Suka Hobi Lasak, Ada Lesen Diving Profesional
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
3 Gaya Fesyen Hijabi Ala Model Indonesia Vira Tandia
Gaya fesyen para hijabi kini penuh dengan perincian dan ‘mood’ tersendiri. Ramai yang anggap hijabi hanya bergaya ala feminin sahaja, tidak sama sekali!
Artikel berkaitan: Celana Pilihan Hijabi Lebih Lapang Dan Mudah, Padankan ‘Flared Jeans’ Dengan Jenis Kasut Yang Lebih Onz
Bermain dengan warna dan gaya sofistikated!
Sudah tentu ramai yang ingin juga mencuba gaya lain dari yang lain. Mungkin ada yang sudah bosan untuk menggayakan stail yang lebih kurang sama sahaja setiap hari.
Kini, kami temui seorang selebriti fesyen hijabi dari Indonesia, Vira Tandia, 29, yang banyak menjadi perhatian para hijabi di sana. Dia juga merupakan model yang cukup terkenal.
Apabila melihat gayanya yang sering dikongsikan di akaun Instagram miliknya, memang tidak dinafikan fesyen cukup versatil kena pada dirinya. Jadi ayuh kita tinjau gaya fesyen Vira Tandia yang boleh jadi inspirasi anda!
#1 Padanan bersama jaket!
Vira sering menggayakan dirinya bersama jaket ataupun blazer yang memberikannya aura profesional serta bergaya. Padanan warna rona yang monotone juga tidak menampakkan gayanya itu terlalu menonjol namun tetap menjadi satu fashion statement!
#2 Tidak takut dengan corak
Pilihan corak juga menjadi pilihan dan model ini tidak takut untuk menggayakannnya. Bukan sahaja tertumpu kepada corak, padanan warna hijab, inner, beg tangan, dan aksesori yang lain juga amat penting sepertimana Vira hanya menggunakan aksesori minimalis.
#3 Gaya simple dan sedikit maskulin
Ha? Maskulin? Bukan berpakaian seperti lelaki malah Vira sering memberikan sedikit gaya maskulin seperti memakai tie atau jaket kulit. Namun, dia memadankan lagi gayanya itu dengan kasut tumit tinggi yang berwarna ‘monotone‘ sebagai pemanis.
Artikel berkaitan: Nampak ‘Bosan’, Tapi Inilah Warna Fesyen. Beg Tangan Yang Berbaloi Ada Dalam Koleksi
Tidak mudah untuk memadankan stail baju bersama aksesori yang pelbagai. Jadi bagi mereka yang ingin tampil simple tetapi lebih stylish, anda boleh ikuti gaya Vira Tandia ini. Ingat, fesyen kena juga patuh syariah compliance!
Sumber: Instagram Viratandia
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ayu Raudhah SYUKUR Nyawa Masih Panjang Setelah Alami APENDIKS & Jangkitan Kuman, Walaupun Hampir MAUT
Selain Rozita Che Wan, adiknya Ayu Raudhah juga sering jadi perhatian netizen kerana keayuan dan kecantikan wajahnya. Sejak melahirkan anak ketiganya, cerita mengenai dirinya jarang terpapar di media sosial. Hinggakan ramai tidak tahu rupa-rupanya awal tahun ini Ayu hampir maut kerana mengalami apendiks yang memaksa dia melakukan pembedahan segera kerana sudah pecah. Bukan itu sahaja, dia juga terkena jangkitan kuman pada paru-paru. Ayu yang baru sahaja sembuh sepenuhnya bersyukur kerana diberi peluang kedua oleh Allah untuk menghirup udara yang segar ini.
Pada Mulanya Sakit Perut & Rasa Mual
Ketika bertemu di majlis perlantikan kakaknya, Rozita Che Wan sebagai duta bagi produk serum Nell Aesthetica di sebuah hotel di ibu kota, Ayu memberitahu pada mulanya dia hanya diserang sakit perut dan berasa mual-mual. Dia yang pada menyangka dirinya mengandung kerana mengalami muntah teruk sehingga keluar muntah hijau.
Dan apabila pergi mendapatkan rawatan di klinik, doktor hanya memberikannya ubat angin. Namun sakit itu tidak hilang malah semakin teruk hingga memaksa dia mendapatkan rawatan di hospital.
Keadannya ketika itu cukup serius sehingga perlu dimasukkan ke wad emergency. Setelah dibuat pemeriksaan teliti, doktor mengesan dia mengalami apendiks dan perlu jalani pembedahan segera kerana apendiks berkenaan telah pecah.
Lepas Pembedahan, Diserang Jangkitan Kuman Pada Paru-Paru
Setelah pembedahan selesai, Ayu sekali lagi diduga apabila dia diserang demam. Apabila membuat pemeriksaan darah dan x-ray, doktor membritahu ada jangkitan kuman pada paru-paru. Malah bacaan CRP juga tidak normal dan dia terus di tahan di wad HDU kerana sukar untuk bernafas dan dada terasa begitu ketat.
Pada masa itu, Ayu merasakan nyawa bagaikan di hujung tanduk. Kesukaran untuk bernafas dan badan yang semakin lemah menyebabkan dia betul-betul rasa tidak sihat.
Ayu kemudiannya terpaksa masuk semula ke hospital selama 11 hari untuk mendapatkan rawatan antibiotik bagi merawat jangkitan kuman pada paru-paru. Setelah sihat dia kemudiannya dibenarkan untuk balik ke rumah. Tetapi sekali lagi dia merasakan sakit semula.
Ketika itu Ayu tidak mampu untuk berdiri, tak boleh berjalan dan apabila pergi semula ke hospital dan membuat rawatan CT scan, tiada apa-apa yang berlaku. Cumanya jangkitan kuman baru mahu hilang dari badannya. Justeru untuk memastikan kesihatan benar-benar pulih, Ayu sekali lagi perlu ditahan untuk tempoh seminggu dan meneruskan rawatan antibiotik.
A post shared by Ayuraudhah_7 (@ayuraudhah_7) on
Susu Badan Jadi Racun, Baby Tak Boleh Menyusu
Apabila rawatan antibiotik ini berterusan menyebabkan bayinya yang baru berusia 7 bulan tidak dapat menyusu badan kerana susu sudah menjadi racun. Susu yang dipam bertukar menjadi warna hijau kebiru-biruan kerana pelbagai ubat yang masuk dalam badannya sepanjang berada di wad.
Memaang Ayu bersedih sebab perlu menggantikan dengan susu formula tetapi dia bersyukur kerana bayinya tidak ada masalah untuk minum susu formula sebagai gantian. Sehingga sekarang selepas keluar dari wad Ayu tidak berani untuk memberikan susu badan memandang masih lagi perlu menghabiskan makan antibiotik.
Semua Hanya Pinjaman & Allah Berhak Ambil Semua
Sepanjang sakit itu memang Ayu tidak berkongs kesakitan yang dihadapi awal tahun ini dengan mengikutnya di laman sosial. Cuma setelah sembuh barulah Ayu berkongsi kos rawatan yang perlu ditanggung olehnya dan mengingatkan followernya agar mengambil insuran peribadi memandangkan kos di hospital amatlah tinggi.
Ketika sakit itu Ayu terfikir kalau Allah nak ambik diri kita, bila-bila masa sahaja pun boleh. Bayangkan selama ini tidak ada tanda-tanda sakit dan apabila terus diserang sakit yang teruk boleh dikatakan seperti berada di ambang maut.
Menurutnya, kesihatan atau apa sahaja yang ada bukan milik abadi dan ia hanya pinjaman. Allah berhak untuk ambil apa yang Dia mahu. Situasi ini menyebabkan dirinya terasa begitu kerdil di sisi Allah dan lahir perasaan insaf.
Dalam masa sama sama ibu kepada tiga cahayamata, Aisy Qaiser, Aisy Aryan dan Laura Zuleykha turut beruntungg kerana dikurniakan suami yang cukup memahami kesihatan diri yang tidak sihat ketika itu. Begitu juga dengan sokongan dan pertolongan dari ahli keluarga yang boleh menjaga anak-anaknya sepanjang dia menerima rawatan di hospital.
Walaupun kini sudah sembuh dari dugaan yang menakutkan itu, tetapi bagi Ayu dia akan lebih berhati-hati menjaga kesihatan diri terutama soal pemakanan dan kesihatan diri supaya penyakit sama tidak berulang.
KREDIT FOTO: TUAN AZMAN (TOP IMAGE) & INSTAGRAM AYU RAUDHAH
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dek Kerana Pengakuan Berani Faiz Roslan, Ini Teguran Mufti Wilayah Persekutuan Yang Cukup Berhemah
Beberapa hari yang lalu, viral di media sosial tentang video Faiz Roslan yang mengaku dirinya tidak berpuasa dan juga tidak menunaikan solat 5 waktu. Allahuakbar, begitu berani anak muda masa kini membuat pengakuan sebegitu secara terang-terangan.
Kronologi bermula apabila Faiz Roslan memuat naik video parodi bersama dua orang rakannya yang dengan aksi yang tidak senonoh. Video itu meraih perhatian ustaz-ustaz, netizen dan juga para selebriti tempatan. Rata-rata menyatakan bahawa Faiz dan rakan-rakannya itu seakan tidak menghormati bulan Ramadan yang baru sahaja bermula.
Terkini, viral pula video ‘live’nya di mana dia mengaku tidak berpuasa. Malah, salah seorang rakannya juga sedang enak menikmati kentang goreng yang dibeli di salah satu restoran makanan segera.
Berikutan hal ini, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri telah menegur perbuatan Faiz dan rakan-rakannya itu. Ekoran video tersebut, akaun Instagram milik Faiz juga dikatakan telah ‘dipadamkan’ oleh pihak Instagram sendiri.
Teguran Mufti Wilayah Persekutuan ini begitu sopan dan berhemah hingga meresap ke dalam jiwa. Malah, Dr. Zulkifli juga turut menjemput Faiz Roslan dan rakan-rakannya untuk hadir ke Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Malah, Mufti juga mengharap dan menunggu balasan daripada Faiz Roslan sendiri.
Sebagai seorang dewasa, anda di luar sana tentu tahu menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Sempena bulan Ramadan ini, usahlah kita bertengkar sesama sendiri. Lebih baik kita tumpukan pada amalan-amalan kebaikan yang boleh menjana pahala. Ini isi kandungan teguran Mufti Wilayah Persekutuan terhadap Faiz Roslan. Semoga yang baik dijadikan tauladan dan yang tidak baik dijadikan sempadan.
- Sehari dua ini, kami terdengar isu yang begitu hangat diperbincangkan oleh netizen Malaysia berkenaan seorang “instafamous” anak muda lelaki yang sering memuatnaik gambarnya dengan pakaian wanita serta mengaku tidak berpuasa di bulan Ramadhan.
- Sejujurnya, saya baru sahaja meneliti beberapa maklumat yang diperoleh tentang anak muda ini melalui rakan-rakan staf di Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Saya juga dimaklumkan yang beliau telah menutup akaun Instagramnya baru-baru ini atas sebab yang tidak diketahui.
- Kepada saudara Faiz, saya yakin dan percaya saudara mempunyai iman yang baik, semangat serta keberanian yang tinggi. Jika tidak, masakan saudara dan rakan-rakan sanggup hadir jemputan Motif Viral tempohari dan berbincang dengan baik.
- Sudah menjadi kebiasaan manusia kadangkala terkhilaf dalam menyampaikan pandangan dan tindakan. Justeru, sebaiknya adalah kembali kepada kefahaman sebenar al-Qur’an dan al-Sunnah yang telah digariskan dalam Islam. Saya yakin, setiap masalah akan ada titik penyelesaiannya.
- Ada juga yang meminta Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan mengenakan tindakan penguatkuasaan kepada beliau atas kelakuannya yang tidak menghormati bulan Ramadhan. Ingin saya nyatakan bahawa sebarang bentuk tindakan penguatkuasaan undang-undang berkaitan adalah di luar bidang kuasa Mufti dan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
- Saya dengan penuh rendah diri dan sukacita menjemput saudara Faiz Roslan dan rakan-rakan untuk hadir ke Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan yang beralamat di:
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan,
Aras 5, Kompleks Islam Putrajaya Blok D,
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, WP Putrajaya.
Saudara Faiz boleh berhubung melalui Setiausaha Mufti di talian 03-88709104 ATAU Ustaz Muhammad di talian 017-2559506. Saya menanti balasan daripada saudara Faiz. Semoga ada penyelesaiannya bagi isu-isu yang berbangkit.
Akhukum fillah,
Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan
Sumber: Facebook Mufti Wilayah Persekutuan
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI