Pasti ramai diantara kita yang sedang sibuk buat kerja di rumah kan? Sepanjang musim PKP ini ditambah pula dengan arahan ‘total lockdown’ dari kerajaan yang berkuatkuasa hari ini menjadikan kita lebih banyak menghabiskan masa di rumah.
Namun, ada sesetengah dari kita yang harus tampil ‘bersiap’ walaupun melakukan kerja di rumah. Tambahan pula apabila ketua mahupun rakan sekerja mengadakan ‘meeting’ secara ‘virtual’ atau ‘online’. Oleh itu, mesti ramai yang buntu untuk menggayakan gaya hijab yang mudah namun masih nampak kemas dan sesuai untuk lihat seperti bersiap ala di pejabat.
Kami bawakan pendapat Didiyana Ehsan, penata gaya hijab yang popular dengan seni penggayaan hijab yang menarik, urban dan mudah khas untuk semua pembaca majalah Hijabista!
Menurut Didiyana, instant hijab amat mudah digayakan dan wajib dimiliki oleh semua wanita kerana ia menjadikan anda bersiap dengan ringkas tidak sampai lima minit pun!
“Instant hijab is a must especially if tiba-tiba kena attend meeting atau tiba-tiba kena on video call dgn boss. ‘Instant hijab’ ialah penyelamat!”
2. Gaya hijab dengan satu pin sahaja!
Tipulah kalau gaya ini bukan pilihan ramai bukan? Hanya menggunakan satu pin sahaja, seluruh penampilan kamu sudah lengkap bergaya walaupun ‘work from home’. Gaya hijab ini tidak sarat dengan cara yang rumit, malah hanya lilit sahaja dan kenakan dengan pin. Asalkan kamu tahu jenis fabrik yang digunakan serta piliohan rona yang sesuai dengan keseluruhan gaya kamu, nah! Sempurna!
3. Gaya hijab lebih casual tapi formal!
‘Loose style hijab’ ini buat kita nmpk lebih santai dan tidak terlalu bersungguh-sungguh namun masih terapkan elemen formal dalam keseluruhan gaya! Apa yang menariknya, gaya ini sesuai untuk mereka yang memakai cermin mata.
Semoga tiga pilihan gaya dari Didiyana ini dapat membaeri kamu idea dan inspirasi untuk sentiasa bersemangat melakukan kerja di rumah sepanjang ‘total lockdown’ ini dijalankan. Apa yang pasti, jaga diri, duduk di rumah, tetapi serlahkan gaya keanggunan anda dalam berfesyen!
Sumber video dan gambar: Instagram Didiyana Ehsan.