Syawal tahun ini tidak banyak perbezaanya dengan tahun yang lepas. Dek kerana pandemik Covid-19 semakin berleluasa dan kes meningkat hari-ke hari menjadikan sambutan Aidilfitri tahun ini serba sederhana.
Sekatan rentas daerah dan negeri menjadikan raya tahun ini sedikit berbeza dan serba ringkas. Begitu juga dengan gaya fesyen selebriti yang menyambut Aidilfitri dengan gaya yang serba sederhana.
1. Wany Hasrita
Sumber gambar: Instagram Wany Hasrita
Menyarungkan rona biru lembut rekaan Abayalubnaa menjadikan penampilan anak muda ini berseri biarpun hanya nampak bersahaja. Tanpa sebarang oles solekan yang tebal sudah cukup membuatkan Wany Hasrita memuka. Biarpun tampil sederhana namun gaya fesyen Wany untuk Syawal kali ini begitu suci bagaikan safa, sesuai dengan personaliti dirinya. Sejuk mata memandang!
2. Fazura
Sumber gambar: Instagram Fazura
Kelahiran Fatima menjadikan Syawal tahun ini serba meriah biarpun diraikan dalam situasi pandemik Covid-19. Lihat sahaja gaya fesyen Fazura yang serba merah jambu, cukup manis dan santun auranya persis anak dara biarpun sudah bergelar ibu! Sisi kesederhaaan itu dapat dilihat dari keseluruhan gayanya yang menyarungkan baju kurung moden ilham dari Altelia Amani serba oles solekan yang cukup ringkas melengkap definisi ‘less is more’. ternyata Fatima melengkapkan kisah cinta pasangan merpati sejoli ini. Apa yang menariknya, satu keluarga menyarungkan rona yang sedondon menjadikan ia lebih bermakna dan istimewa. Benarlah kata orang, walaupun Syawal dirai serba biasa, namun jika bersama yang tersayang, kemanisan dan kemeriahannya akan dirasa.
3. Lisa Surihani
Sumber gambar: Instagram Lisa Surihani
Rona cokelat yang disarungkan oleh Lisa ini cukup cantik dan menawan. Dalam kata lainnya, sempurna! Biarpun ringkas dalam rekaan abaya hasil daripada Fustaann, namun kejelitaan Lisa masih terserlah. Rekaan abaya ini menjadi pilihan Lisa untuk tampil selesa dan mudah untuk bergerak, dan paling penting, masih menjaga aurat. Foto keluarga bersama suami dan anak tercinta begitu manis apabila semuanya memakai rona yang sama! Kemanisan wajah Lisa lebih terserlah apabila berhijab!
4. Nabila Razali
Sumber gambar: Nabila Razali
Penyanyi lagu Peluang Kedua, Nabila Razali meraikan Syawal tahun ini dengan rona merah dari atas hingga ke bawah penggayaannya. Apa yang kurang pada gayanya? Tiada! Kejelitaan Nabila jelas terserlah dalam rona ini dalam busana rekaan Nuritha Harith. Biarpun rekaan tidak memerlukan perincian manik yang ‘heavy’ namun sentuhan pereka ini tampak eksklusif dengan pemilihan warna yang mahal serta material yang eksklusif. Sesuai dengan gaya Nabila yang sememangnya ‘sweet’, keseluruhan gaya Syawalnya tidak terlalu meriah namun ‘secukup rasa’!
5. Ernie Zakri
Sumber gambar: Instagram Ernie Zakri
Ernie tampil comel dalam rekaan ‘blouse’ pendek rona ungu sedondon dengan suaminya, Syamel. Tampak bersahaja dan ringkas namun masih jelas kelihatan sisi manis Ernie. Walauopun nampak sederhana namun sudah pasti pasangan ini tetap ceria dan bahagia meraikan Syawal bersama-sama!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI