Ada apa dengan gaya androgini? Ramai yang takut untuk menggayakan stail androgini kerana takut dilabel kecelaruan identiti kerana ia adalah gabungan DNA maskulin dan juga feminin.
Ketepikan dahulu persoalan itu kerana hakikatnya, stail androgini mampu untuk menyerlahkan sisi kuat dan maskulin sebagai kaum hawa pada era ini! Lakukan renovasi untuk gaya inovasi gaya androgini!
Kot labuh bukan sahaja mengilham gaya fesyen yang serba sofistikasi, malah ia juga adalah salah satu trik untuk menjadikan gaya fesyen androgini anda lebih menyerlah. Pastikan ukuran kot labuh anda itu tidak melebihi lutut dan pilih rona yang kuat sifatnya seperti hitam, kelabu mahupun biru gelap. Trik ini sebenarnya sesuai untuk anda yang mahu kelihatan sopan tetapi penuh dengan ciri-ciri maskulin dalam gaya seorang feminin! Sungguh profesional!
2. SELUAR POTONGAN BESAR
Lupakan seketika skirt labuh ataupun celana jenis lurus dan ketat. Raikan sisi androgini dengan menyarung seluar potongan besar. Volum yang ada pada seluar jenis ini memberikan gaya kasual yang moden dan terkini. Sesuai untuk anda yang inginkan gaya muslimah namun masih mahu tampak ranggi dan moden, eksperimenkan stail fesyen dengan seluar jenis ini. Tidak kira denim mahupun khakis, ia pastinya trik terbaik untuk menaikkan aura maskulin dalam diri anda!
3. AKSESORI PERSIS LELAKI
Ketepikan segala jenis anting-anting mutiara serta rantai yang punya simbol cinta itu. Kali ini, kita fokuskan dalam penghasilan imej yang lebih kasar namun ada batasnya! Trik seterusnya dalam mencipta stail androgini ialah memakai padanan aksesori persis lelaki. Jam tangan besi, cincin dalam adunan tona perak, serta rantai besi yang berkilauan cukup untuk menaikkan seri androgini kamu! Usah takut untuk mencuba sesuatu yang baru. Masih mahu kelihatan sedikit feminin? Tambahkan saja gelang yang sedikit halus dan kecil serta pin bunga untuk dipinkan pada kot labuh kamu! Mudah bukan?
4. SENI GRAVITI
5. HIJAB NORMA BARU
Trik terakhir, untuk menyempurnakan lagi stail androgini, cuba pilih jenis fabrik yang tidak terlalu lembut seperti satin. Apa kata kali ini gunakan fabrik yang kasar seperti kapas ataupun nilon. Pilih juga padanan warna yang lebih gelap seperti hitam untuk mencedok sisi maskulin dalam stail anda! Bukankah fesyen itu luas? Ayuh bereksperimen!
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe