Sebelum ini tular di laman sosial di mana ramai yang gembira melihat kemesraan serta keakraban antara Bella dan Erra Fazira dalam satu foto yang dimuat turut. Kegembiraan mereka ini menarik perhatian dan dikatakan memberi contoh yang baik kepada masyarakat. Malah kedua-duanya dikatakan sangat rapat dan ramai mendoakan agar hubungan itu kekal terjalin sampai bila-bila.
Ramai di kalangan netizen mengandaikan bahawa seperti tiada apa-apa yang berlaku sebelum ini. Umum mengetahui Engku Emran yang sebelum ini pernah berkahwin dengan Erra Fazira telah selamat mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan Laudya Cynthia Bella September lalu. Hubungan mereka tetap baik kerana masing-masing punya tanggungjawab pada anak mereka Engku Aleesya yang kini menjadi permata hati kedua-duanya.
Bella sendiri dalam Sinar Harian Online mengakui hubungan silaturahim antara dia dan Erra seperti adik dan kakak. Dia bersyukur kerana ikatan itu kerana punya teman untuk saling bercerita mengenai apa sahaja. Keadaan itu yang membuatkan mereka berdua semakin rapat.
Admin sebenarnya juga senang sekali melihat hubungan erat yang terjalin antara Bella dan Erra. Malah kedua-duanya tidak kekok keluar makan bersama-sama sambil masing-masing berkongsi cerita tersendiri. Malah anak kesayangan Erra dan Emran juga baik dan rapat dengan Bella. Untungnya dia mempunyai dua ibu yang masing-masing mengasihaninya sepenuh hati.
Baik Bella ataupun Erra masing-masing punya daya tarikan tersendiri. Admin suka melihat gaya dan penampilan kedua-duanya yang cantik berhijab. Biarpun stail digayakan berbeza, namun kejelitaan dua pelakon yang cukup popular ini memang mampu buat mata tak kelip memandang.
Jom kita lihat gaya Bella VS Erra yang sering dimuat turun dalam laman instagram masing-masing. masing-masing mempunyai follower hingga mencecah jutaan di laman instagram.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM BELLA & ERRA