Gastronomi Mewah & Memuaskan Dalam Resepi Makanan Laut, Ketam Viral Pilihan Wajib Untuk Rasa Ketam Yang Segar & Lazat!

Share

Menu makanan laut seringkali menjadi dambaan mereka yang sukakan rasa kemanisan isi ikan mahupun rasa segar isi ketam. Pun begitu, masih ramai yang tercari-cari restoran yang benar-benar memberi kepuasan dalam menghidangkan menu hidangan makanan laut. 

Usah buntu mencari solusi. Ketam Viral, pakar dalam penyediaan sajian hidangan makanan laut yang merangkumi 10 hidangan ketam istimewa bakal memberi kepuasan pada lidah anda!

Terkenal dengan pilihan hidangan laut yang segar dan rasa yang memikat jiwa, Ketam Viral menghidangkan pelbagai jenis resipi dari seluruh Malaysia termasuklah Ketam Masak Iban, Ketam Masak Lomak Nogori (Ketam Masak Lemak Cili Api), Chilli Crab, Ketam Buttermilk Lurpak, Ketam Berlado, Ketam Kam Heong, Ketam Kari 21 Hari, dan juga sesuatu yang unik iaitu Ketam Juseyo (inspirasi masakan Korea), Ketam Manickam (hidangan Ketam Bunga istimewa) dan Ketam Portuguese,

serta pelbagai pilihan juadah yang pasti memikat selera. 

Tidak bernokhtah di situ sahaja, Ketam Viral juga turut menghidangkan menu hidangan lain yang memberi kesempurnaan gastronomi kepada anda dalam resipi Siakap Laksa Siam, Chef Rathnor’s Flower Tofu, dan Nasi Lemak Alai yang dibungkus rapi dengan daun pisang. Harga pada kesemua hidangan ini benar-benar berpatutan dan mampu milik!

Bagi penulis sendiri yang sudah merasai kelazatan hidangan Ketam Viral, penulis suka akan rasa pedas dalam menu Ketam Masak Cili, Ketam Buttermilk Lurpak, Ketam Masak Iban, Chef Rathnor’s Flower Tofu, dan Nasi Lemak Alai. Ia bagaikan sebuah hidangan yang sempurna menggabungkan kesinambungan rasa manis, pedas, masam dan masin dalam satu hidangan. Anda sendiri harus mencubanya!

Setiap masakan yang dihidangkan penuh dengan rasa magis dan kesempurnaan. Jadi tidak hairanlah setiap satu resipinya menjadi pilihan hati pelanggan yang berkunjung tiba. Menggalas tanggungjawab dalam memastikan setiap masakan memiliki rasa yang mewah, Chef Rathnor yang merupakan Naib Presiden Persatuan Chef Kedah serta mendapat pengiktirafan Pingat Kehormatan pada tahun 2019, sentiasa meletakkan mutu kualiti masakannya sebagai aspek utama.

Apa yang menariknya, Ketam Viral juga turut menyediakan khidmat Ketam Valet atau Ketam ‘Bae’ iaitu sebuah bentuk servis istimewa bagi membantu mengupas ketam tanpa merumitkan para pelanggan dan menjadikan santapan lebih mudah dan tidak dapat dilupakan!

Berlokasi di Sunway Gandaria, Seksyen 9 Bangi, Ketam Viral menawarkan ruang makan yang luas dan menarik untuk menikmati hidangan makanan laut dengan selesa. Hubungi 03-8912 2868 atau 012-580 5113 untuk maklumat lanjut layari www.ketamviral.restaurant untuk menu www.ketamviral.menu. Tempahan boleh dibuat di https://letsumai.com/widget/Ketam_Viral 

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

 

 

Published by
Putra