Umum mengetahui pelakon popular ini memang ada menghidap sakit gastritis yang membuatkan perutnya pedih dan timbulkan rasa tidak selesa. Kalau orang lain mungkin ada yang mengambil kesempatan untuk tidak berpuasa gara-gara diserang sakit berkenaan.
Namun bagi Amyra Rosli, sakit yang dialami sejak dia masih remaja itu sudah sebati dengan dirinya. Malah sebenarnya bulan puasa adalah cara terbaik dalam berhadapan dengan masalah ini.
View this post on Instagram
Menurutnya, dia tidak ada masalah babitkan penyakit kronik, sebaliknya hanya alami gastrik biasa. Malah tidak ada masalah sebelum ini kerana sudah amalkan puasa bertahun-tahun sebelum ini.
Artikel Berkaitan: Amyra Rosli Rupanya Hidap Gastritis Sejak Remaja Lagi
“Myra boleh manage masalah itu. Jangan terlalu ikut sebenarnya. Gastrik itu sebenarnya doktor pernah nasihatkan puasa adalah ubat paling mujarab. Sebab kita tak ada makanan yang boleh merosakkan lagi kolon kita.
“Myra puasa macam biasa. Infact bila ada Anaqi ni tak terasa puasa sebab uruskan hal dia tak perasan dah waktu nak berbuka. Tak ada masalah apa-apa.
View this post on Instagram
“Cuma untuk kekal tenaga seharian berpuasa itu, Myra akan ambil diet kurma dan susu. Memang jadi favourite Myra pagi-pagi. Myra rasa kalau pagi-pagi makanan nasi Myra akan cepat rasa lapar. Tapi Myra rasa mind set. Sebenarnya benda tu healthy. Memang berkesan (amalkann diet kurma dan susu) pada Myra untuk tahan sepanjang berpuasa ini.
“Memang Myra sediakan sendiri, susu dan kurma dan itulah jadi diet Myra ketika bersahur,” katanya yang turut dikritik baru-baru ini kerana dikatakan dirinya terlalu kurus dan nampak tidak cantik.
View this post on Instagram
Menurut Myra, dia memang amalkan produk yang diusahakan sendiri. Sebelum jual pada orang ramai memang testimoni pada dirinya sendiri dan diamalkan ketika berpantang dulu. Dan ia berjaya apabila berat badannya kekal seperti sebelumnya.
Tambahnya produk yang diminum itu sangat serasi dengan dririnya kerana berasaskan buah-buahan. Dia olah dulu bahan kandungannya sebelum diedarkan kepada orang lain. Apa yang penting dia sihat walaupun tubuhnya sedikit kurus berbanding sebelumnya dengan berat hanya sekitar 41 kg.
Malah dia juga mendapat nasihat doktor mengambil suplemen berkenaan tetapi diminta untuk minum lebih banyak air dan jangan diet teruk.
View this post on Instagram
Bercerita mengenai kehadirannya dalam The New Johnson, Amyra hadir sebagai KOLs yang berperanan untuk beberapa tugasan diatur seperti hadir dalam majlis yang dianjurkan dan juga melakukan beberapa posting di media sosial.
Tambah Amyra dia cukup gembira diberi peluang untuk bekerjasama dengan JOHNSON’S dalam kempen terbaru ini kerana sebelum itu sejak kecil jenama berkenaan sudah sebati dengan dirinya.
“Semua tahun JOHNSON’S is a big brand, jadi bila dapat rezeki ini memang alhamdulillah. Benda yang kita pakai dan lagi senang untuk kita explain dalam media sosial,” tambahnya yang pertama kali bekerjasama dengan produk mandian ini.
View this post on Instagram
Dalam majlis berkenaan, Amyra Rosli hadir pada majlis pelancaran JOHNSON’S yang baharu turut memberikan sokongan kepada pelancaran JOHNSON’S CHOOSE gentle’. Selebriti ini yang menjadi ibu pada tahun 2017 merupakan penyokong produk penjagaan bayi yang lembut untuk anak lelakinya berusia 1 tahun 7 bulan, Aqeef Anaqi. Dan pastinya pilihan ‘gentle’ Amyra untuk Aqeef ialah Johnson’s Milk + Rice Bath and Lotion.
View this post on Instagram
JOHNSON’S yang menjadi pilihan nombor 1 para ibu menambah baik ciri kelembtan dalm produk bayi dengan memperkenalkan JOHNSON’S Baharu – rangkaian produk penjagaan bayi dengan formulasi Ultra Gentle yang mengandungi 0% paraben, ftalat, sulfat dan pewarna-pewarna, dan dihasilkan tanpa sebarang kerengsaan terhadap kulit bayi dan kanak-kanak kecil yang sedang berkembang.
View this post on Instagram
KREDIT FOTO: INSTAGRAM AMYRA ROSLI
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI