Jika urat anda kelihatan seperti bercampur warna hijau dan biru, atau anda rasa bahawa baju ungu anda kelihatan cantik persis baju jingga anda, tidak mustahil anda memiliki tona kulit NATURAL. Juga disyorkan untuk memeriksa tompokan di mata anda. Jika lebih ke arah keemasan atau hazel, anda mungkin mempunyai tona kulit WARM. Biru atau kelabu menandakan tona kulit COOL, dan gabungan kedua-duanya menandakan tona kulit anda NATURAL.
Pakar warna bersetuju bahawa mereka dengan tona kulit NATURAL memiliki fleksibiliti terbaik apabila dikaitkan dengan warna. Mereka boleh memakai apa-apa sahaja warna rambut jenis blonde, cool platinum, pale beige blonde hingga warna lebih keemasan atau amber blonde.
UJIAN TONA BAJU
Antara langkah termudah untuk menentukan tona kulit ialah melalui almari anda. “Fikirkan blaus atau baju kegemaran anda, yang membuatkan anda rasa selesa dan anggun, yang membuatkan orang lain memuji anda.”
“Apakah warna baju tersebut? Jika kuning, jingga atau pic, anda mungkin memiliki tona warna kulit WARM. Jika biru, hijau atau ungu, anda mungkin memiliki tona warna kulit COOL. Jika anda kelihatan cantik dalam kedua-duanya, tona warna kulit anda ialah NATURAL.”
Ads
CADANGAN WARNA GARNIER COLOR NATURALS
Jika anda dapati tona kulit anda NATURAL, Garnier Color Naturals Cream #4 Coklat adalah tona blonde yang terbaik untuk anda. Selain itu bagi menambah seri wajah si hijabi yang bertona kulit NATURAL, Garnier Color Naturals #3 Coklat Gelap juga sesuai untuk anda. Lebih gelap warna kulit anda, lebih mudah untuk anda mengguna pakai warna yang kuat terhadap bibir anda seperti warna plum dan burgundy. Jika warna rambut anda terlalu dekat dengan warna kulit, ciri-ciri anda yang lain akan tenggelam.
‘Tak perlu JADI yang sempurna untuk bahagia, cukuplah dengan menyempurnakan orang lain’. Ungkapan ini bersesuaian buat insan yang mendirikan rumah tangga di mana mereka saling melengkapi kelebihan dan kekurangan masing masing.
Lazimnya dalam berumah tangga, pasangan suami isteri pasti akan diuji dengan pelbagai dugaan yang menjadi ‘asam garam’ kehidupan. Ada yang sanggup hidup susah senang bersama-sama, tetapi apabila sudah mula berharta, ada pasangan akan mula lupa jasa dan pengorbanan pasangan mereka.
Kata orang, kesetiaan seorang isteri diuji di saat suami tidak mempunyai apa-apa lagi dan kesetiaan seorang suami diuji di saat dia mempunyai segalanya. Hakikatnya, tidak ramai pasangan yang sanggup susah dan senang bersama.
Namun berbeza buat wanita ini yang sanggup menjaga suaminya, seorang kelainan upaya (OKU). Pengorbanan serta kegigihan wanita ini ketika menjaga suaminya telah mengundang perhatian dan sebak orang ramai.
Kisah wanita yang dikenali sebagai Cikgu June itu dimuat naik di laman TikTok oleh seorang aktivis kemanusiaan iaitu Hamsatul Hamzah yang tampil menghulurkan bantuan kepada pasangan tersebut baru-baru ini.
Menerusi perkongsian melalui TikTok tersebut, dilihat Cikgu June sedang menggendong suaminya, Mazlan Othman turun dan naik dari tingkat empat. Difahamkan, Cikgu June sering menggendong suaminya dan telah menjadi rutin setiap kali suaminya perlu mendapatkan rawatan susulan di hospital.
“Memahami kepayahan yang dihadapi oleh seorang isteri yang tabah dan setia, di mana setiap kali adanya rawatan susulan di hospital, dia akan menggendong suaminya yang sakit dari tingkat empat kediaman mereka sehingga ke bawah.
“Tanpa jemu sentiasa berada disamping suami tiap kali adanya janji temu berjumpa dengan doktor,” tulis Hamsatul Hamzah.
Hamsatul Hamzah yang memuat naik video tersebut telah mendapatkan kerjasama Persatuan OKU Berdaya Hulu Langat untuk meringankan beban pasangan tersebut.
“Kini, beban itu dapat dikurangkan apabila Persatuan OKU Berdaya Hulu Langat bersama-sama membantu dia membawa suaminya ke hospital.
“Semoga Allah mempermudahkan segala urusan Cikgu June sekeluarga dan Allah mengurniakan sebaik-baik kesembuhan buat suami dia,” katanya.
Hasil pemerhatian Hijabista, tidak diceritakan dengan terperinci mengenai keadaan dan masalah kesihatan suami Cikgu June ini. Namun Hijabista menjumpai TikTok Cikgu June sendiri, dan wanita tersebut dilihat aktif memuat naik hantaran dan sekali sekala dia berkongsi keadaan suaminya itu.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar wanita tersebut terus kuat menghadapi ujian dan mendoakan agar suaminya sentiasa sihat. Setakat ini, perkongsian video yang tular itu telah meraih lebih 305.5K tontonan, 21.7 kesukaan, 2733 perkongsian dan 3164 komen.
“Ya Allah berilah kekuatan berterusan kepada isterinya untuk menjaga
“MasyaAllah Allahuakbar… Moga Allah ganjarkan syurga buat makcik.. Dan moga makcik dan pakcik juga sabar atas ujian ini… 😢😢” suaminya…” 😭😭😭😭
“Hebat cikgu ni. Sebelah kaki dah dalam syurga Inn shaa ALLAH..”
“Sungguh mengharukan pengorbanan seorang isteri”
“Ya Allah kurniakan lah kebahagiaan berpanjangan utk kedua mereka..aamiin”
MasyaAllah, sesungguhnya besar pengorbanan seorang wanita yang bergelar isteri ini. Apa yang dilakukan bukanlah sesuatu yang mudah, tapi atas dasar cinta dan kasih, dia tidak pernah mengeluh. Semoga pengorbanannya dibalas di syurga kelak.
Penyanyi yang baru meningkat naik iaitu Nuha Bahrin yang terkenal dengan lagunya Casablanca tidak dapat menahan sebak apabila mengetahui video nyanyiannya dalam sebuah pertandingan realiti sebelum ini kembali tular.
Umum mengetahui bahawa lagu duet penyanyi ini, Nuha Bahrin bersama Naufal Azrin berjudul Casablanca telah mendapat sambutan baik daripada netizen. Namun, disebalik kejayaan lagu duet tersebut, timbul pula satu isu yang tidak menarik baru-baru ini selepas video nyanyian lamanya ketika menyertai pertandingan nyanyian iaitu Vokal Mania, kira-kira dua tahun yang lalu dijadikan bahan jenaka netizen.
Terdahulu, pada Oktober 2020 Nuha dikritik dan dilabel sebagai ‘perosak lagu’ kerana menyanyikan lagu Kekasih Awal dan Akhir milik Datuk Jamal Abdillah dengan cara tersendiri.
Jelasnya, dia tidak mahu peduli dengan kata-kata sindiran tersebut dan langsung tak terasa hati malahan dia sentiasa berdoa diberi kekuatan untuk menempuh cabaran dalam industri hiburan.
“Saya juga cuba melihat daripada sudut positif di mana kecaman dan kritikan itu juga sebagai salah satu peringatan supaya tidak melakukan kesilapan yang sama.
“Tak mengapa, terima kasih kerana mengingatkan saya. Alhamdulilah saya rasa nyanyian saya semakin bertambah baik. Mungkin tidak ‘sesedap’ yang orang sangkakan, mungkin juga tidak mencukupi bagi sesetengah orang, tak apa sebab masih banyak lagi yang saya harus saya pelajari,” ujarnya menerusi temubual bersama Gempak.
Namun dia juga mengakui bahawa emosinya sedikit terganggu apabila ibunya terkesan dengan komen negatif yang dilemparkan.
“Awak (individu muat naik video) sebenarnya sudah mengguriskan hati ibu saya. Apatah lagi, keluarga dan sepupu saya juga terkesan dengan perkara tersebut.
Kalau awak berniat hendak memburukkan saya, sebenarnya saya sangat risau kerana awak turut mengajak orang lain melakukan dosa dengan menjatuhkan orang lain,” katanya selepas sidang akhbar majlis pelancaran lagu Casablanca dalam versi Arab.
Ketika mengulas mengenai perkara itu, Nuha tiba-tiba mengalirkan air mata dan mengakui hal tersebut sedikit sebanyak membuatkannya beremosi kerana memberikan impak terhadap keluarganya.
“Siapa yang menularkan semula video tersebut, saya tak ada benda yang ingin dikatakan… Saya harap diberi kekuatan untuk maafkan anda.
“Bagi saya jika anda ingin memburukkan saya, saya tidak kisah. Tapi apabila ia sudah melibatkan keluarga, itu sangat melukakan hati saya.
“Siapa yang tidak terluka apabila melihat ahli keluarga terutama ibu mereka dikecam. Sepatutnya saya seorang sahaja yang rasa sakit. Tapi tanpa sedar semua itu beri impak kepada orang sekeliling. Hati saya sedih sangat melihat ibu saya menangis.
“Saya merayu padanya supaya tidak membaca semua komen negatif tersebut. Tak adil bagi mereka untuk turut terluka sebab bukan salah mereka pun.
“Kepada yang memberikan sokongan hingga ke hari ini, saya berterima kasih sangat-sangat” ujarnya lagi.
Masyaallah… Buat netizen yang asyik meninggalkan komen negatif itu, boleh lah berhenti. Banyak lagi perkara berfaedah yang boleh dilakukan. Tapi apakan daya, mulut orang kita tak boleh nak tutup. Buat Nuha, teruskan berkarya dan jangan berputus asa di dalam industri ini.
Corona virus adalah kumpulan virus yang menyebarkan penyakit kepada mamalia, termasuk manusia, dan burung. Ia ditemui pertama kali pada tahun 1960, corona virus mendapat namanya daripada bentuknya yang seakan-akan mempunyai mahkota, oleh itu ia dinamakan sebagai corona yang membawa maksud mahkota atan crown.
Coronavirus adalah salah satu keluarga virus yang besar dan kebanyakannya hidup dalam haiwan seperti unta, lembu, kucing dan juga kelawar.
Pada masa kini, 2019-nCoV (Covid-19) telah menimbulkan perasaan gusar dalam kalangan populasi dunia. Virus ini dikenali umum kerana telah meragut sekurang-kurangnya lebih 1000 nyawa dan disyaki telah menjangkiti lebih 43, 000 orang. Oleh itu, tidak hairanlah jika penyakit ini merupakan ancaman besar kepada masyarakat dunia.
Pelbagai persoalan telah dilemparkan dan antara persoalan yang sering menjadi tanda tanya ialah cara penyakit dijangkiti dan disebarkan. Menurut para saintis, mereka telah mengenal pasti dua cara utama penyebaran virus ini. Antaranya ialah penularan haiwan kepada manusia dan penyebaran sesama manusia.
Pada awalnya, ramai pesakit yang didapati menghidap virus ini dikaitkan dengan pasar makanan laut dan pasar haiwan di Wuhan,China. Hal ini secara tidak langsung membuktikan bahawa virus ini disebarkan daripada binatang kepada manusia.
Walaubagaimanapun, ekoran terdapat kes-kes yang menjejaskan pesakit di luar negara asal Wuhan China, hal ini menunjukkan virus ini turut disebarkan antara manusia.
Jelas seperti terma “penyebaran antara haiwan kepada manusia”, virus ini disebarkan melalui haiwan yang dijangkiti 2019-nCoV kepada manusia di sekeliling haiwan tersebut dan ia boleh berlaku melalui pelbagai cara. Virus- virus dibawah kategori koronavirus seperti MERS-CoV, SARS-CoV, 2019-nCoV turut menjejaskan haiwan seperti kelawar, kambing, kucing dan unta. Sama ada haiwan itu masih hidup atau mati, kedua-duanya boleh berisiko menyebarkan penyakit kepada manusia.
Sebarang kaitan dengan produk haiwan di pasar, atau haiwan yang mungkin hidup di pasar boleh meningkatkan risiko penyebaran seperti menjadi penjual, penyembelih dan penternak haiwan-haiwan tersebut.
Malahan juga memakan haiwan yang terjejas terutamanya jika ia mentah atau kurang masak juga berisiko menyebarkan penyakit ini. Pekerja di rumah sembelih, veterinari, dan mereka yang mengendalikan produk haiwan yang terjejas turut berisiko menjangkiti virus ini.
Oleh itu, adalah sangat disyorkan bahawa sesiapa yang mungkin bersentuhan dengan haiwan-haiwan yang terjejas perlu mengamalkan langkah-langkah menjaga kebersihan termasuk menjadikan amalan membasuh tangan dengan sabun sebagai rutin. Elakkan menggunakan daging haiwan yang mentah atau kurang masak dan amalkan rutin keselamatan menjaga kebersihan makanan yang baik untuk mengelakkan pencemaran antara produk haiwan terjejas dengan makanan yang lain.
Seperti virus-virus di bawah kategori koronavirus yang lain yang boleh disebarkan melalui cecair badan sewaktu batuk dan bersin, bersentuhan dan penyebaran melalui barang-barang pesakit seperti baju, sarung cadar dan telefon, virus 2019-nCOV turut disebarkan melalui proses yang sama.
Hanya dengan menyentuh pakaian pesakit yang terjejas sahaja boleh meningkatkan risiko penyebaran. Oleh itu, langkah-langkah menjaga kebersihan yang baik dan mengelakkan daripada melawat tempat-tempat yang sesak adalah kunci utama untuk melindungi diri daripada menjangkiti virus tersebut.
Bagi seseorang yang memiliki gejala seperti batuk, amalan yang beretika ketika batuk iaitu dengan menutup mulut semasa batuk atau bersin, kerap mencuci tangan secara rutin serta menjaga jarak antara pesakit dan orang sekeliling sekurang-kurangnya satu meter perlu disyorkan tidak kira samada pesakit menghidap virus berbahaya ini atau penyakit lain.
Virus ini terutamanya berisiko tinggi menjejaskan seseorang yang mempunyai masalah kronik seperti kencing manis, kegagalan buah pinggang dan lain-lain lagi. Maka, bagi mereka yang mempunyai penyakit kronik, golongan ini harus lebih mengamalkan langkah pencegahan yang teliti seperti yang telah dinyatakan di atas.
Memandangkan virus ini ialah virus yang baru ditemui dan masih dalam kajian, terdapat banyak lagi aspek yang perlu dipelajari dan dikaji rawatan, penyebaran, tahap keterukan serta simptom-simptom yang boleh dihadapi pesakit 2019-nCoV.
Cloud skin ialah trend solekan lembut yang memberi efek kulit halus, segar dan natural. Ketahui cara hasilkan kemasan makeup yang nampak mahal dan elegan.