Jika sejak akhir-akhir ini ketika anda melihat cermin dan terfikir bahawa penampilan diri tidak menarik dan nampak kusam, mungkin inilah saatnya anda memikirkan untuk mengubah penampilan. Meskipun berhijab, rambut merupakan antara daya penarik buat seorang wanita. Di sebalik sehelai hijab ‘tersembunyi’ kecantikan seorang wanita.
Memilih warna rambut yang sesuai dengan tona kulit bukanlah semudah memetik jari. Berapa tip penting daripada penata gaya amat membantu para hijabi ketika memilih warna rambut yang bersesuaian dengan tona kulit.
Rangkaian Garnier Color Naturals menjanjikan pilihan warna yang sesuai untuk semua tona kulit hijabi. Daripada sembarangan memilih warna yang anda sukai, amat penting untuk memastikan warna rambut sesuai dengan nuansa dan warna kulit anda. Warna rambut yang tepat akan menonjolkan penampilan dan membuatkan anda tampak lebih berseri.
Antara langkah termudah untuk menentukan tona kulit ialah melalui almari anda. “Fikirkan blaus atau baju kegemaran anda, yang membuatkan anda rasa selesa dan anggun, yang membuatkan orang lain memuji anda.”
“Apakah warna baju tersebut? Jika kuning, jingga atau pic, anda mungkin memiliki tona warna kulit WARM. Jika biru, hijau atau ungu, anda mungkin memiliki tona warna kulit COOL. Jika anda kelihatan cantik dalam kedua-duanya, tona warna kulit anda ialah NATURAL.”
Jika baju kegemaran itu tidak muncul di fikiran dengan segera (atau jika anda sering memakai warna hitam, kelabu atau putih) anda masih boleh gunakan teori ini. Apabila melihat ke dalam cermin di dalam bilik dengan pencahayaan yang sempurna, pegang sehelai baju bertona hijau atau biru terang pada wajah anda, kemudian tukar dengan tona merah atau kuning. Jika anda rasakan bahawa tona kulit anda nampak lebih baik dengan baju biru, anda mungkin memiliki tona kulit COOL.
Jika ia kelihatan lebih baik dengan baju merah, anda memiliki tona kulit WARM.Bagi hijabi yang memiliki tona kulit COOL
juga mereka amat sesuai dengan tona-tona rambut seperti merlot, burgundy atau tona lembut mocha. Warna yang dicadangkan ialah Garnier Color Naturals Merah Berry 6.64.Oleh itu amat penting untuk hijabi membuat pilihan warna rambut yang tepat dengan tona kulit agar penampilan tidak kelihatan janggal. Warna rambut yang serasi dengan tona kulit mampu menjadikan aura hijabi lebih menyerlah.
#WarnaBerkilauRambutTerawat #garnier #GarnierMalaysia #hermo #lazada #rambutsihat #shopee #warnarambut
VIDEO: Cara yang betul untuk mewarnakan sendiri rambut di rumah.