Kecantikan

Garis Penuaan Muncul Atau Lingkaran Gelap Timbul? Jangan Pandang ‘Remeh’ Penjagaan Kulit Sekitar Mata!

Share

Menjaga kulit adalah satu cara untuk menunjukkan kasih sayang kepada diri sendiri. Semakin meningkat usia, kulit kita akan semakin terdedah kepada masalah terutamanya di bahagian mata.

Kulit di sekeliling mata sangat nipis dan mudah rosak. Penting untuk menjaganya kerana ia lebih nipis berbanding kulit lain.

Artikel Berkaitan : Patutlah Bawah Mata Kering, Mengelupas Dan Bengkak, Rupanya Dalam Krim Mata Ada Bahan-Bahan Ini

Beberapa perkara yang boleh menyebabkan kulit di sekeliling mata anda menua lebih cepat ialah genetik, sinaran UV matahari dan tekanan luaran yang lain. 

Jika memakai banyak eyeshadow, kulit di sekeliling mata menjadi kurang anjal. Ini boleh menyebabkan pembayang mata anda dan alat solek lain berkedut dan tidak kekal, yang sangat menjengkelkan. 

Penggunaan Krim Adalah Sangat Penting.

Krim mata didatangkan dalam pelbagai formula untuk menjadikannya lebih selesa untuk digunakan. Gunakan hujung jari dengan sentuhan paling ringan untuk mengelakkan sebarang tarikan.

Doktor Marisa Garshick dari New York City mengatakan bahawa menggunakan krim mata adalah sangat penting untuk orang yang mempunyai lingkaran hitam, garis halus dan kantung mata. 

Jika mempunyai kulit kering, kita boleh menggunakan krim mata yang mengandungi niacinamide. Ini akan membantu memperbaiki penampilan kulit dan melindunginya daripada radikal bebas.

Selain itu, menggunakan vitamin C dan asid hyaluronik boleh membantu menjadikan kulit kelihatan lebih cerah dan lebih terhidrat.

Cara Merawat Kulit Bahagian Mata.

Untuk mengelak daripada mendapat masalah yang lebih serius, kita boleh cuba merawat kawasan mata, ini bermula dengan tidur lebih awal. Kerana berjaga malam adalah punca utama kantung mata.

Artikel Berkaitan : 5 Pelembap Bajet Terbaik Drugstore Untuk Mengimbangkan Semula Kulit

Jika memakai solekan di bahagian mata, kita harus membersihkannya dengan lembut kerana ia boleh menyebabkan garis-garis kecil jika menggunakan terlalu banyak tekanan.

Produk Cadangan

Jom kita lihat senarai krim mata paling berkesan dan produk hilangkan gelap bawah mata.

SK-II SKINPOWER Eye Cream, SKINTIFIC 360 Crystal Massager Lifting Eye Cream , Safi Youth Gold Lifting Eye Contour Cream, Himalaya Herbal Under Eye Cream (15ml).

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Farah Zulaikha