Lapisi muka dengan bedak yang tebal bukan cara untuk atasi masalah kulit berminyak sis, meskipun dilapisi dengan primer dan setting spray. Muka yang berkilauan bak boleh di buat cermin pasti menjadi hari sis tidak tenang dan aman.
Kebanyakan hijabis akan berminyak di bahagian T-Zone yang meliputi kawasan hidung dan dahi, manakala kering di bahagian pipi terutamanya. Jadi, meninggalkan rutin pelembap wajah adalah tidak wajar sama sekali kerana kulit akan kehilangan lembapan optimum lebih-lebih lagi apabila individu tersebut terdedah dalam keadaan yang berpenghawa dingin.
Memilih pelembap muka sama seperti memilih pencuci wajah yang bertepatan dengan berasaskan jenis kulit sama ada kering, berminyak atau kombinasi, pemilihan dua produk ini penting bagi penjagaan kulit kerana jika tidak rapi, ia boleh mendatangkan masalah yang lebih serius.
Jadi bagaimana caranya memilih pelembap wajah yang bersesuaian dengan kulit agar tidak berminyak saban hari? Ada tiga jenis pelembap yang harus kita ketahui.
Secara amnya, pelembap wajah terdapat dalam tiga pilihan iaitu:-
Krim
Gel
Losyen
Jika kulit adalah jenis yang kering dan terasa menegang, anda haruslah memanfaatkan pelembap wajah jenis krim.
Krim biasanya mengandungi 50% minyak dan 50% air. Ia memang berfungsi untuk memulih kulit yang kering dan berpigmentasi.
Biarpun begitu, pelembap jenis krim akan menghalang kemasukan udara ke dalam kulit wajah sekaligus menyukarkan penyerapan nutrisi ke dalam kulit. Oleh itu, adalah lebih baik jika pelembap jenis krim ini disapu secara nipis dan tidak berlebihan.
Bagi kulit yang berminyak atau kombinasi (kering + berminyak), pelembap jenis gel adalah pilihan yang bijak. Ini kerana formula gel mengandungi kadar lembapan air bebas minyak.
Bedak asas dan primer biasanya sudah mengandungi kadar minyak yang tinggi oleh itu, menggunakan pelembap jenis krim akan membuatkan wajah menghasilkan lebih banyak minyak!
BACA JUGA:
Sebaiknya gunakan pelembap jenis gel agar ia bisa menyalurkan kadar lembapan mencukupi untuk kulit dan pastinya mampu memperbaiki keadaan kulit yang kendur sekaligus memudahkan sapuan solekan ke atas kulit.
Bagi yang memiliki kulit berjerawat, anda juga dinasihatkan untuk memanfaatkan pelembap berasaskan gel kerana takut-takut pelembap jenis krim dan losyen akan menyesakkan sekaligus menyumbat pori-pori lalu menyebabkan lebih banyak jerawat!
Mengelupas sehingga menyebabkan kulit terasa perit dan pedih? Gunalah pelembap wajah berasaskan losyen. Ini kerana losyen mengandungi kadar lembapan yang lebih tinggi berbanding gel dan mampu menyerap lebih cermat ke dalam kulit.
Formulasi losyen juga kaya dengan nutrisi lain yang mampu membantu kekeringan kulit untuk pulih lebih cepat di samping melembap. Ideal untuk kegunaan ketika berada dalam iklim sejuk!
SUMBER: Wanista