Gara-Gara Pesakit Menipu, Doktor, Suami & Bayinya Disahkan Positif Covid-19

Share

Semalam Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membuat perutusan khas kali kedua yang merayu agar rakyat mematuhi perintah kawalan pergerakan iaitu duduk di rumah dan tidak keluar bagi memutuskan rantaian jangkitan virus tersebut.

Pada hari ini, 15 kes positif telahpun sembuh dan dibenarkan discaj. Dengan ini, jumlah yang telah sembuh dan discaj adalah sebanyak 75 kes.

Dalam perkembangan lain, 110 kes baru dilaporkan, menjadikan kes keseluruhan sebanyak 900 kes.

Daripada 110 kes terbaru ini, 63 kes adalah berkaitan dengan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling.

Selangor catat kes positif tertinggi sebanyak 223 kes diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (123), Sabah (112) dan Johor (101).

 

 

 

 

Namun masih ada individu di negara ini yang enggan memberi kerjasama. Disebabkan individu yang tidak bertanggungjawab dan tidak mendedahkan sejarah perjalanannya, menyebabkan orang lain dijangkiti virus tersebut.

Menurut Nurfaizal Fariz Sahdan, rakannya yang merupakan pegawai perubatan disahkan positif Covid-19 disebabkan ada pesakit yang menipu.

Berikut perkongsian Nurfaizal Fariz Sahdan

Hari ini sahabat kami seorang Doktor disahkan Positif Covid-19, bukan itu sahaja, suami dan anaknya yang masih bayi pun telah disahkan positif Covid-19. Gara-gara seorang pesakit yang menipu bila ditanya tentang sejarah perjalanan dan kontak Covid-19.

Tolonglah jujur agar Anggota Kesihatan dapat bersedia menerima kehadiran anda.

Menangani Covid-19 adalah tanggungjawab kita rakyat Malaysia- tulisnya di Facebook.

Jadi tolonglah. Berikan kerjasama anda. Keluar untuk perkara yang penting sahaja. Jika tidak, lebih baik duduk di rumah sahaja.

Marilah kita sama-sama berdoa agar wabak Covid-19 ini segera berakhir. Aamiin.

Sumber kredit: Nurfaizal Fariz Sahdan dan Kementerian Kesihatan Malaysia

Published by
Norhasliza