Gara-Gara Pakai CONTACT LENS Tiruan, 2 Gadis Ini Hampir Jadi BUTA. Ini Caranya Nak Tau PALSU Atau TIDAK

Share

Menggunakan kanta lengkap sekarang ini bagaikan sudah menjadi trend agar hijabi nampak lebih bergaya tanpa mengenakan kaca mata. Apatah lagi kalau dimomok dengan tawaran hebat dari kedai kaca mata menjadikan kanta lengkap yang murah senang sekali untuk didapati di pasaran. Dari pelbagai warna dan fesyen terkini penggunaan kanta lengkap menjanjikan penampilan yang berbeza.

Tetapi harus diingat kuantiti dan tawaran harga yang hebat tidak menjanjikan keselamatan untuk mata pengguna. Salah pilih boleh merosakkan mata. Ikuti perkongsian dua gadis ini yang begitu menakutkan kerana hampir memudharatkan diri mereka sendiri.

Fikir Sebelum Terkena

Gadis terbabit yang menggunakan nama Instagram @adlinahanim, menceritakan apa yang berlaku kepadanya setelah menggunakan contact lens sejak berumur 17 tahun. Dia hampir kehilangan nikmat penglihatan yang Tuhan berikan gara-gara memakai kanta lengkap tiruan.

Contact lens

Saya dah lama nak tulis post ni; jadi gadis-gadis yang pakai contact lens, dengar sini“.

Saya sudah mula memakai contact lens sejak umur 17 sebab masa tu rabun dah naik dan pakai spek tudung ‘tak jadi’. Bila start pakai

(contact lens) saya rasa seperti ‘yass, saya dapat mata saya balik’. Ia sangat menyelesakan dan eyetastic (fantastik). Jadi saya jarang guna spek mata saya

Menceritakan lebih lanjut, @adlinahanim berkata pada satu hari dia pergi ke pantai dan mendapati penglihatannya kabur. Pada awalnya @adlinahanim hanya menyangka contact lensnya sudah kering tetapi apabila dia membuang contact lens terbabit dan memakai semula spek mata, penglihatannya semakin kabur.

Power naik ni“, sangka @adlinahanim.

Keesokan harinya, @adlinahanim pergi ke kedai kaca mata dan dia diberitahu power matanya sudah naik dari 300 ke 450. Tetapi dia masih merasa tidak sedap hati kerana matanya terasa seperti dicucuk-cucuk.

Tidak berpuas hati, @adlinahanim pergi ke klinik dan doktor di klinik berkata matanya terkena jangkitan bakteria. Menggunakan ubat titik yang diberikan oleh klinik terbabit, @adlinahanim berkata rasanya seolah-olah matanya terbakar apabila ubat itu dititikkan ke matanya.

Keesokan harinya, @adlinahanim dibawa ke KPJ Ipoh oleh bapanya untuk pemeriksaan mata. Setelah pemeriksaan selesai, doktor berkata kornea matanya terkoyak.

Doktor cakap kornea mata saya terkoyak & syukur kerana kami pergi berjumpa doktor awal dan tak jadi ulser lagi. Kalau dah jadi ulser, saya mungkin buta.

“Saya merasa takut pada ketika itu. Saya beritahu doktor tersebut saya, SELALU cuci contact lens, tukar setiap bulan dan selalu beli contact lens yang mahal”.

Doktor tersebut kemudian menjawab : “Contact lens lambat laun akan membahayakan mata kamu, cuma tunggu masa sahaja“.

Gadis ini kemudiannya mengakhiri post tersebut dengan menasihati wanita-wanita di luar sana yang memakai contact lens dengan niat untuk kelihatan cantik supaya berhenti.

Tak berbaloi kehilangan mata untuk tampil cantik kalau esok kamu tak boleh melihat kecantikan itu sendiri

“.

Peringatan Ke 2 Untuk Hijabi Dari FB Cik Khairunisha

Mohon maaf sekiranya status ini menyebabkan ade rase tidak puas ati pada mana2 pihak… Sy xsalahkn lens…sy xsalahkn seller2 yg jual lens.. Sy hnya ckp.. Behati2 pada spe2 yg nk gunakan lens.. Dan sy xckp pun xbole pakai lens… Sy pakai lens da betahun2 dari zaman skola lgi… Mmg sy da jaga lens dan kebersihan sebaik mungkin… tpi kite manusia xpenah lari dri buat silap… Mungkin ade pekara yg sy terlepas pdg masa menggunakn lens.. Mungkin Allah da takdir kn mata sy nk sakit… Spe yg bole elak ketentuan tuhan.. Betul x.. Sy xde niat nk menjatuhkan mana2 pihak optical, seller2 lens yg lain… Sy hanya share ape yg sy alami dn sy share utk kwn2 terdekat sahaje..sy xsangka ramai yg share status ni.. Terima kasih byk2 atas doa2 komen2 positif dri sume yg mendoakan sy.. Semoga Allah dpt membalas jasa kalian semua.. Sy mohon maaf sekali lgi jika ade yg terasa dgn status sy… ????

Beware spe yg pakai lens…. Ni yg aku kne corneal ulcer… Byk luke dlm mataa.. Smpai xbole nk bukak mata… Bile kene cahaya lgi sakit… Smpai tangkap kepala.. Mmg xbole bukak mata langsung.. Sakit die Allah je yg thu…aku mule2 kene die rase mata pedih.. Pastu berair… Then terus jdi teruk.. P jumpe doktor terus… Yg warna hijau tu doktor buh ubat.. Die tukar jdi warna hijau.. Sbb da teruk sgt… Dekat mata hitam pun ade luke.. Tu pling bahaya.. Nasib cpt pegi jumpa doktor.. Kalo x bole buta mata… Sekdar ingatan utk sume.. Hati2 pakai lens.. Aku pkai yg rabun .. Beli kt kedai cermin mata pun bole jdi cmni.. Lgi pulak pakai yg xori tu… Berwaspada… Skrg hampir pulih.. Masih lgi di wad…

Cara Mengetahui Sama Ada Contact Lens Tiruan Ataupun Tidak

Cara untuk mengetahui sama ada kanta lengkap yang dibeli palsu atau tidak

Pada mereka yang menggunakan kanta lengkap tegar, harus bijak memilih kualiti kanta lengkap jangan sampai beli barang tiruan. Hijabi harus berhati-hati jangan membeli kanta lengkap yang terlalu murah, berkemungkinan besar ia adalah dari negara China.

Kanta lengkap tiruan, warnanya boleh tertanggal dalam mata. Sebelum memakainya, cuba coletkan kanta lengkap dengan menggunakan cotton butt yang telah dibasahkan dengan air pencuci kanta lengkap untuk menguji sama ada ia selamat dipakai atau tidak. Sekiranya warna tanggal dari kanta lengkap seperti dalam gambar ini, bermakna ia tidak selamat untuk digunakan.

Perkongsian gadis ini bukan sekadar berkongsi pengalaman mereka tetapi memberi amaran kepada hijabi di luar sana agar berhati-hati dengan penggunaan kanta lengkap.

Published by
SH