Sebagai manusia, kita pastinya tidak terlepas daripada rasa kekurangan dengan diri sendiri.
Begitulah juga yang dirasai oleh penyanyi terkemuka, Yuna apabila dia membuka cerita bahawa dahulu dia pernah berasa tidak yakin dengan keadaan hidungnya yang pernah dikatakan besar oleh seorang rakan di sekolahnya.
Sewaktu saya kecil, saya sering memicit hidung kerana memikirkan ia akan menjadi kecil selepas seorang budak perempuan di sekolah mengatakan bahawa hidung saya terlalu besar untuk wajah saya. Saya bertanya kepada ibu, ‘kenapa saya tiada hidung yang kecil seperti ibu?’
Dia meyakinkan bahawa hidung saya adalah kombinasi yang terbaik di antara dia dan juga bapa dan ibu tidak mahukan saya berubah rupa. Selepas itu saya pun menerima jawapannya dengan hati terbuka dan tidak pernah melakukan apa-apa pada wajah. This
👃🏽went places y’all.Siapalah kita untuk menghina ciptaan Tuhan bukan? Jika kita bertemu dengan orang yang negatif begini, abaikan sahaja mereka kerana terlalu banyak nikmat dalam hidup untuk kita syukuri.