Anak perempuan kepada usahawan terkemuka Sendayu Tinggi, Noor Hayati Kamarzaman (Yatie) menzahirkan rasa kesal, apabila pembantu rumah mertua telah melarikan barang kemas milik ibu mertuanya.
Sehubungan itu, Yatie telah meminta bantuan orang ramai untuk menjejaki amah tersebut dan bersetuju menawarkan ganjaran kepada individu yang berjaya memberkas pembantu rumah berkenaan.
Perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh Yatie menerusi hantaran di laman Instagram miliknya, dengan mendedahkan wajah serta nama suspek yang dikenali sebagai Citra.
“Sesiapa yang ada terjumpa suspek di gambar bernama Citra, sila hubungi saya,”tulisnya pada ruangan kapsyen di laman Instagram miliknya.
Mengulas isu sama, pengasas Sendayu Tinggi yang juga ibu kepada usahawan berkenaan, bonda Rozita Ibrahim turut berkongsi entri sama kepada pengikut di laman sosial miliknya serta memaklumkan barang kemas bernilai RM 300,000 milik besanya telah dibawa lari oleh suspek.
Artikel Berkaitan: Sering Berpakaian Seperti Lelaki, Gadis Ini Terharu Bila Aliff Syukri ‘Offer’ Jadi Model Hijab Keluarannya. Cun Habis!
“Maid yang jadi perompak terhormat. Disayangi ni balasannya. Melarikan hampir RM300,000 barang kemas besan saya.
“Bonda mohon bantuan pada semua followers sebar-sebarkan,”tulis Bonda Rozita di ruangan kapsyen hantaran berkenaan.
Menurut Rozita lagi, suspek bukanlah pembantu rumah baharu. Malah, telah berkhidmat selama tiga tahun dan mendapat layanan yang cukup baik serta dianggap sebagai sebahagian dari keluarga besan dan anak menantunya.
“Yati sangat baik menjaga pembantu rumah. 3 tahun bekerja menjaga mak mentua Yatie. Tergamak betul mencuri,” luahnya.
Sumber:Instagram Yatie Kamarzaman & bondarozitaibrahim
Artikel Berkaitan: Menteri Hal Ehwal Agama Minta Padam MV ‘Kelepok Raya’, Beri Teguran Hikmah Buat Aliff Syukri
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.