Lama tidak mendengar perkhabaran aktress dan pengacara serba boleh Wardina Safiyyah yang pernah popular dengan sitkom Spanar Jaya. Pelakon berdarah kacukan itu kini sudah menetap di Brisbane Australia. Walaupun jarang kelibatnya kelihatan di kaca televisyen, tetapi Wardina cukup aktif dalam di laman sosial. Terbaru Wardina memuat naik gambar terbaru mereka sekeluarga menyambut Syawal.
Jelas terbayang keceriaan mereka sekeluarga menyambut Syawal di sana. Malah anak-anak yang dulunya kecil kini sudah besar panjang terutama dua anak daranya yang semakin dewasa.
Selain itu, followernya juga memuji kecantikan Wardina yang tidak dimamah usia dan kelihatan muda.
round_label Sangat cantik..kecantikan u langsung tak dimamah usia..anak anak yg semakin membesar juga mengikut kejelitaan bonda mereka..salam lebaran buat semua di sana
Wardina atau nama penuhnya Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot, 38 tahun, telah selesai menamatkan pengajian dalam bidang Psikologi di sebuah universitii di Australia tahun lalu.
Dia yang sudah hampir beberapa tahun menetap di Australia dan menjalani kehidupan penuh keceriaan dan keberkatan di sana. Malah ahli keluarga lain juga sudah menetap di sana.
Walaupun jarang muncul di kaca televisyen, tetapi peminatnya tetap merindui Wardina yang dikenali sebagai insan selebriti lantang bersuara mengenai sesuai isu dalam atau luar negara.
Kasih ibu membawa ke syurga. Kasih ibu juga tiada penghujungnya. Akan terus berkekalan walaupun maut memisahkan. Bagi selebriti Linda Rafar yang kehilangan arwah ibunya, Allahyarham Rasimah Abd Rahman awal tahun ini mengakui sukar untuknya melupakan momen terakhir mereka bersama sementelah pelbagai kontroversi yang melanda.
Linda memberitahu hubungan dia dan ibunya memang sangat rapat. Sejak pembabitannya dalam kumpulan Elite lagi sehinggalah berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri.
Jadi apabila ibunya meninggal dunia memberi satu tamparan hebat buat Linda. Biarpun pahit untuk menerima, momen terakhir bersama ibunya akan terus dikenang hingga ke akhir hayatnya.
“Linda memang tak putus menjaga emak sepanjang emak 90 hari berada di hospital. Linda memang tidak putus-putus mendoakan diri emak dan sentiasa mengajarnya mengucap khalimah syahadah. Dan ketika emak dibawa balik ke rumah (setelah sihat sedikit), kami sempat membuat kenduri doa selamat.
“Waktu inilah Linda luangkan masa terakhir bersamanya. Linda lap mukanya dan ketika itu ada yang perasan wajak emak kelihatan berseri-seri seperti bermekap. Linda cake hanya lap mukanya sahaja.
“Linda juga turut mandikan arwah bersih-bersih, pakaikan baju putih, seluar putih malah cadar tempat emak tidur pun Linda tukar putih. Siapa sangka itu layanan terakhir Linda pada arwah,” jelas Linda yang memberitahu ibunya diserang sesak nafas sebelum di bawa ke hospital.
Menurut Linda ketika ambulan sampai di rumah, Linda dapat melihat wajah ibunya buat kali terakhir ketika itu dan dia sempat menciumnya dan ajar mengucap. Itulah saat-saat terakhir ibunya sebelum menghembuskan nafas terakhir.
“Walaupun sedih, tetapi Linda gembira di saat-sat akhirnya itu dapat berbakti dan memberi layanan terbaik untuk arwah emak. Dan apa yang Linda lakukan sekarang adalah untuk menuntut hak dan keadilan buat arwah emak.
“Sebelum meninggal arwah memang tahu kes viral berkenaan dan menyuruh Linda hanya bersabar. Katanya lagi biarlah tiada layanan istimewa diterima. Linda akui cukup trauma menghadapi situasi ini. Linda juga sebenarnya turut mengalami depresi rentetan dari kes itu hinggalah emak meninggal dunia.
“Bila emak meninggal, memang Linda berada dalam keadaan yang cukup tertekan. Depress yang Linda alami menyebabkan Linda tak boleh jumpa orang, tak boleh kerja. Bukan itu sahaja, Linda jadi tidak boleh tidur dan cakap sorang-sorang.
“Ada kalanya Linda pergi kubur cakap dengan emak di sana dan memang sukar untuk Linda gambarkan situasi sebenar. Seolah-olah memang Linda tak dapat menggembirakan emak saat akhir (merujuk pada kes viral berkenaan),” tambah Linda ketika ditemui dalam satu sidang akbar di Shah Alam semalam.
Menurut Linda ramai yang menghentam dirinya rentetan satu kisah viral membabitkan dirinya dengan jururawat di sebuah hospital. Namun sebenarnya ramai tidak mengetahui kejadian sebenar.
“Sebenarnya emak Linda digigit serangga ketika di rumah Diana di bahagian tangan hingga menyebabkan jadi bengkak. Kami sudah cuba bawa emak ke hospital swasta tetapi kes emak tidak diterima dan menyuruh Linda merujuk ke hospital kerajaan berdekatan.
“Sepanjang emak menerima rawatan di sana, memang layanan daripada kakitangan semuanya baik. Malah mereka juga turut mengambil gambar bersama Linda dan keluarga untuk diabadikan kenangan.
“Linda layan mereka seperti biasa sehinggalah terjadinya kes viral berkenaan. Jadi apabila emak meninggal dalam keadaan kes berkenaan tidak selesai buat Linda jadi sedih,” ceritanya yang perlu membuat tuntutan saman adalah untuk mempertahankan hak emaknya dari terus menjadi kecaman netizen.
“Linda bukanlah jenis nak cari gaduh. Kalau lihat rekod sebelum inipun memang Linda tiada masalah dengan orang.
“Tapi kali ini Linda perlu lakukan kerana mahu menuntut keadilan untuk arwah emaknya. Linda tak menyesal lakukan ini sebab Linda pertahankan hak emak. Linda tidak mahu arwah terus menjadi mangsa buli siber hingga boleh menjatuhkan maruah seseorang.
“Inilah masanya Linda sebagai anak menolong arwah walaupun dia sudah tiada. Mungkin dengan cara ini akan membuatkan nasib keluarga lain yang menerima nasib sama akan terbela.
“Memang Linda akui kes berkenaan sangat memberi tamparan hebat buat kami sekeluarga. Bayangkan bukan sahaja Linda, tetapi ahli keluarga lain turut terkena tempiasnya misalnya bisnes keluaga jatuh teruk,” tambah Linda yang mendapat sokongan adik beradiknya berdepan kes berkenaan.
Dalam sidang akhbar semalam Linda telah memfailkan saman terhadap lebih 100 pengguna laman sosial yang menulis komen keterlaluan hingga memburukkan diri dan keluarganya berhubung isu fitnah sekumpulan jururawat di Hospital Shah Alam pada Disember lalu.
Linda, 41 tahun, atau nama sebenarnya Azlinda Rafar menuntut individu berkenaan membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi platform media sosial yang digunakan.
Linda menerusi wakil peguamnya, Nurul Hafidzah & Associates berkata, notis tuntutan itu akan dihantar dalam tempoh sebulan bermula tarikh semalam.
Bolehkah anda memakai lipstik merah pada usia berapa pun? Adakah masker wajib pakai? Dan adakah anda sebenarnya perlu menggunakan toner? Pakar kecantikan terkemuka untuk menjawab soalan-soalan ini dan banyak lagi. Jom semak beberapa soalan yang terkadang anda sendiri nak tahu tetapi malu nak bertanya.
Pakar kecantikan dan solekan dalam industry negara ini menjawab dan mencadangkan beberapa produk yang sesuai untuk anda.
Anda mungkin menganggap ini adalah langkah yang tidak berguna dalam rejim kecantikan tetapi toner cukup penting. Ia akan menyapu lapisan atas sel kulit mati, kotoran dan minyak, menjadikan kulit kelihatan lebih sihat. “Penyegar membantu menyiapkan kulit untuk fasa seterusnya dari rejim penjagaan kulit, yang akan membantu produk kemudian menembusi jauh ke dalam kulit,” kata Hayley Wren, pengurus pendidikan kebangsaan Estée Lauder. “Bagi mereka yang melabur dalam perawatan kulit mereka, pastikan toner adalah bahagian dari ritual harian anda.”
“Salah satu muslihat yang saya gemari adalah menggunakan kapas solekan yang boleh dikupas dengan toner Calendula, memastikan kelembapan tetapi tidak basah. Kemudian, saya kupas kapas menjadi lima keping satu di dahi, satu di hidung, dua di pipi dalaman dan satu di dagu. Biarkan selama 5 minit, kemudian saya menekan telapak tangan ke muka untuk membiarkan produk menyerap. Saya suka melakukan teknik ini kerana menyeimbangkan kulit: memberikan kelembapan tetapi memperbaiki liang pada masa yang sama” , kata Nina Park,Kiehl’s Global Consulting Makeup Artist.
Jawapan ringkas – ya! Juru Solek Selebriti Shila Mohamad mengatakan bahawa sesiapa sahaja boleh memakai lipstik merah yang glamor “selagi ia digunakan secara merata, tidak berdarah di garis bibir, dan anda mempunyai kepercayaan bahawa anda kelihatan hebat di dalamnya”.
Untuk mengelakkan penyebaran bakteria, sebaiknya basuh berus sekurang-kurangnya sekali seminggu. “Semasa mencuci, gunakan syampu dan perapi agar bulu tidak licin dan lembut,” kata Nadia Henry, pengurus jenama Smashbox Cosmetics.
Saya tidak memakai pelapik bibir tetapi tertanya-tanya adakah saya patut palikasinya.
Juru solek nasional MAC, Kiekie Stanners menjelaskan, “Ini adalah langkah yang sangat penting untuk mengekalkan lipstik di bibir anda lebih lama. Saya selalu mengisi keseluruhan bibir terlebih dahulu dengan warna pelapik. Ini bukan sahaja memberi anda garis bibir yang lebih tajam, tetapi juga menyediakan asas untuk lipstik dipatuhi. ”
Ya – ia akan membantu melindungi bahan aktif dalam krim pada dasarnya menjadikannya lebih berkesan.
Kiekie Stanners juru solek artis MAC nasional berkongsi kaedah terbaik. Inilah panduan langkah demi langkahnya:
Masker muka menguatkan rejim kulit harian anda, kata Caroline Parker, ketua pendidikan Dermalogica New Zealand. “Setiap masker dapat memiliki tindakan yang berbeza – menyuburkan, menghaluskan, menenangkan atau menghidrat, memberi kita kesempatan untuk mensasarkan masalah kulit tertentu,” kata Parker.
Untuk mengatasi zon T berminyak, menggunakan masker tanah liat pembersih yang mendalam akan menjadi langkah yang tepat untuk anda. Dan untuk kulit kering, anda harus memilih masker penghidratan. Namun, hari ini begitu banyak masker di pasaran mempunyai pelbagai fungsi, yang bermaksud mereka akan melakukan pelbagai perkara, memberi anda lebih banyak keuntungan.
Terdapat beberapa aliran pemikiran yang satu ini. Orang yang menganut teori ini mengatakan tidak kira berapa kali anda membilasnya setelah merapi, anda tidak akan mengeluarkan residu dan sisa itulah yang menurunkan rambut anda. Oleh kerana itu, pembalikan pesanan dikatakan memberi anda lebih banyak jumlah.
Walau bagaimanapun, Richard Kavanagh berpendapat bahawa anda harus tetap menggunakan syampu terlebih dahulu. “Mengatur rambut membolehkan anda menambahkan protein pekat atau bahan berasaskan kelembapan pada rambut dengan cara yang disasarkan dan spesifik,” katanya. “Sekiranya anda membuat keadaan sebelum mencuci muka, anda akan membersihkan semua kebaikan dan kesan kecantikan dari perapi. Sentiasa bersihkan diri selepas mencuci dan gunakan rawatan regim kecantikan setiap hari untuk menambah kesempurnaan.”
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Apabila kita dibebani pelbagai tuntutan kerja, pastinya badan dan minda kita juga akan cepat letih hingga menimbulkan rasa mengantuk. Boleh tahan mencabar juga situasi ini apatah lagi ketika di bulan puasa. Nak tak nak kena teruskan jugalah.
Namun, jika rasa mengantuk itu makin kuat mencengkam diri, anda bolehlah cuba ikuti tip yang Hijabista sarankan ini. InsyaAllah, sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk hilangkan rasa mengantuk itu.
Ambil snek seperti buah-buahan untuk menghilangkan rasa mengantuk anda. Elak daripada mengambil makanan yang berat dan mengandungi karbohidrat kerana ia akan membuatkan anda bertambah mengantuk. Tapi jangan dicuba pulak pada bulan puasa ya!
Kajian menunjukkan bahawa jalan-jalan selama 10 minit boleh meningkatkan aliran oksigen dalam darah dan menambah tenaga selama 2 jam.
Salah satu cara untuk menghilangkan mengantuk adalah dengan tidur. Tidak perlu tidur lama-lama, cukup sekadar 25 minit untuk menghilangkan rasa mengantuk dan menambah tenaga anda.
Sekiranya anda sedang melakukan tugasan dan mengantuk, apa kata telefon BFF anda dan berborak seketika. Bila sudah ‘membawang’, mesti hilang rasa mengantuk kan? Hehe
Mendengar lagu ketika sedang mengantuk pasti akan membuatkan anda lebih segar. Lagi-lagi bila dengar lagu favourite kan.
Salah satu penyebab anda mengantuk adalah disebabkan oleh dehidrasi. Jadi, jangan lupa minum air okay!
Menatap PC dengan terlalu lama boleh menyebabkan mata anda penat. Jadi, alihkan dan rehatkan mata anda daripada melihat PC. Cuba lakukan perkara lain seperti berborak dengan kawan, touch up makeup atau melihat pokok yang hijau.
Cara ini sering menjadi pilihan orang ramai kerana ia dikatakan lebih efektif. Satu hingga tiga hirupan kopi mampu mengembalikan kembali tenaga anda.
Pastikan pencahayaan di sekitar anda terang dan tidak malap. Keadaan yang malap akan membuatkan anda semakin mengantuk.
Jika anda tidak mempunyai waktu yang cukup untuk berjalan-jalan atau quick nap, cuba lakukan stretching. Lakukan dengan perlahan serta nafas yang dalam. Oksigen akan mengalir ke dalam aliran darah lalu rasa mengantuk pun hilang.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Cloud skin ialah trend solekan lembut yang memberi efek kulit halus, segar dan natural. Ketahui cara hasilkan kemasan makeup yang nampak mahal dan elegan.